Apabila nak masuk ke bilik untuk lena dan merebahkan diri selepas keletihan seharian, anda ada baca doa tidur sama ada sebelum atau selepas bangun pada hari esok?
Sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur kita harus membaca doa seperti yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umatnya dengan ringkas dan mudah.
Begitu juga ketika kita sedang lena nyenyak tetapi mendapat mimpi buruk, disebabkan itulah adanya bacaan doa tidur supaya tiada sebarang gangguan semasa dan setelah tidur.
Berdoa sebelum tidur amat dituntut oleh hukum syarak dalam Islam dan ia juga sunnah Nabi dengan melakukan perbuatan ini ketika berada di tempat tidur sebelum melelapkan mata.
Doa Sebelum Tidur & Selepas Bangun Tidur
Berikut dikongsikan doa sebelum tidur dan doa bangun tidur dalam tulisan jawi bersama dengan maksud terjemahan rumi Bahasa Melayu.
Selain itu, dikongsikan juga antara amalan-amalan sunat sebelum tidur sepertimana amalan Rasulullah iaitu sunnah Nabi.
Dengan panduan yang disertakan ini bersama dengan bacaan doa lengkap, insya Allah ia akan membantu anda untuk tidur dalam keadaan lebih tenang dengan penuh keimanan.
Doa Tidur
Doa Bangun Tidur
Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk
Ketika sedang lena tidur dan anda mendapat mimpi buruk yang menakutkan, anda boleh amalkan doa selepas mimpi buruk seperti di atas.
Dengan membaca ayat di atas, insya Allah, anda akan dijauhkan mimpi-mimpi buruk tersebut malah akan tidur nyenyak tanpa rasa takut lagi.
Baca : Ayat-Ayat Ruqyah Penawar Sihir dan Gangguan Jin
Antara Amalan Rasulullah Sebelum Tidur
Kenapa kita mengalami mimpi buruk yang menggerunkan sehingga tidak boleh diceritakan kepada sesiapa pun dan apakah penyebab demikian?
Berkemungkinan, sebelum tidur anda tidak membaca doa tidur atau tempat tidur tidak bersih dan anda tidak mengamalkan amalan sunat sunnah Nabi.
Antara amalan-amalan sebelum tidur mengikut sunnah sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah kepada umat Islam, seperti di bawah:
1. Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
Sebelum tidur, anda disarankan untuk berwuduk sepertimana amalan Nabi Muhammad SAW. Malah ada hadis berkaitan dengan tidur ini yang mempunyai dua kepentingan iaitu:
Yang pertama, hadis tersebut ada menyebut tentang sabda Rasulullah SAW seperti berikut:
Yang kedua, amalan sebelum tidur ini diumpamakan sebagai satu persediaan kita pada kemungkinan yang mana kita akan mati ketika dalam tidur lena.
Sehubungan itu, sepertimana setiap orang Islam yang telah meninggal dunia pasti akan dibersihkan serta dimandikan mayatnya sebelum dikapankan dan dikebumikan.
Seseorang itu yang mendapat tidur berkualiti adalah dengan membersihkan dirinya iaitu berwuduk serta menyediakan roh milinya untuk bertemu Allah yang Maha Esa.
Berikut sabda Nabi Muhammad SAW:
2. Dirikan Solat Witir Sebelum Tidur
Ada beberapa salah faham berkaitan dengan solat witir yang menyatakan solat malam iaitu solat sunat dan solat witir hanya boleh dilakukan di sepertiga malam yang terakhir sebelum menjelang subuh.
Disebabkan salah faham inilah ramai yang jadi tak bersemangat untuk melakukannya serta tidak pula mencuba untuk mendirikannya.
Yang betul dan tepatnya, waktu untuk melakukan solat malam dan witir, sebenarnya boleh dimulakan selepas waktu Isyak sehingga waktu Subuh.
Ini telah dijelaskan menerusi kenyataan berikut iaitu Aisyah meriwayatkan:
Adalah lebih baik dan betul, sekiranya seseorang itu dapat lena dan bangun semula sekitar jam 3 pagi untuk mendirikan solat tahajud dan witir.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda merasakan tugas ini amat berat, seperti yang disyorkan penulis Aku Islam, kita boleh mula bersolat malam.
Iaitu solat sunat selain daripada tahajud dan witir sebelum tidur. Biarpun ianya hanya 2 rakaat sahaja solat sunat dan 3 rakaat solat witir.
Menunaikan solat sebelum merebahkan diri di tempat tidur tentunya akan memberikan ketenangan dan rehat yang cukup sebelum tidur.
Malah, ianya dapat memudahkan proses untuk diri kita tidur lena dengan mudah selain dapat tidur dalam keadaan tenang penuh kenikmatan.
3. Amalan Baca Doa Tidur
Rasulullah SAW telah mengajarkan umat Islam tentang doa-doa khusus yang perlu dibacakan sebelum tidur dan perkara ini telah mengingatkan kepada kita tentang tidur itu umpama berdepan dengan mati.
Malah lebih tepat lagi tidur itu adalah saudara kepada kematian serta ia seperti menjelaskan tentang kebesaran Allah SWT yang mana kita hidup dan mati hanya kerana-Nya.
Tidur adalah salah satu nikmat yang telah Allah kurniakan kepada semua manusia yang mana ia adalah petanda betapa besarnya kekuasaan Allah.
Doa Supaya Mudah Tidur
Terkadang ada orang yang sangat susah untuk tidur dan melelapkan mata walaupun cuba bermacam cara.
Berikut dikongsikan juga doa agar cepat tidur dengan mudah yang boleh dibacakan sebelum tidur.
Doa supaya cepat tidur dan ngantuk ini boleh diamalkan dalam kehidupan dijadikan rutin seharian. Insya Allah berkat amalan ini anda akan dapat tidur nyenyak dan mimpi indah.
Penawar Insomnia Susah Tidur
Jika anda seorang yang susah tidur, sila dengarkan penjelasan daripada Ustaz Dasuki yang menerangkan tentang doa penawar insomnia.
Insya Allah, ceramah serta penerangan dari ustaz ini akan dapat membantu anda mengatasi masalah tidur yang sedang anda hadapi.
Amalan Ketika Ingin Tidur
Selain membaca doa tidur yang dinyatakan di atas, ada beberapa ayat suci Al-Quran daripada surah-surah terpilih yang boleh dibaca sebelum tidur iaitu:
- Ayat Kursi
- Ayat Amanarrasul sehingga akhirh surah Al-Baqarah
- Surah Al-Ikhlas
- Surah al-Falaq
- Surah An-Nas
- Surah Al-Mulk
Jangan lupa untuk mengucap dua kalimah syahadah selain berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW diikuti dengan solat, zikir-zikir sehinggalah terlena.
Tidur yang berkualiti adalah dengan membaca doa tidur serta mengamalkan sunnah Nabi serta tidak lupa untuk tidur menghadap kiblat dengan posisi yang betul mengikut ajaran dalam Islam.
Semoga ilmu doa sebelum tidur dan doa bangun tidur berserta dengan perkongsian yang berkaitan dapat membantu anda dengan cepat. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog