Doa Supaya Mudah Tidur Nyenyak dan Mimpi Indah

doa susah tidur malam mp3

Masalah susah tidur nyenyak nak lelapkan mata pada waktu malam pasti berlaku pada ramai orang. Terutamanya mereka yang stress atau memang payah lena tetapi tidak mudah untuk melelapkan mata.

Lebih memeningkan kepala, jika esok adalah hari berkerja dan tentunya bila tidur lewat akan bangun lambat. Muka pula akan nampak lesu, letih dan tak bermaya. Akhirnya, tertidur di tempat kerja, pejabat dan sebagainya.

Kesukaran tidur lena adalah satu jenis penyakit yang dikenali sebagai Insomnia yang mana ia berlaku terhadap semua golongan tidak kira jantina lelaki dan perempuan serta tua atau pun muda serta tidak mengira agama sama ada Islam atau sebaliknya.

Mereka yang berhadapan dengan Insomnia iaitu susah tidur sehingga sering berjaga sepanjang malam. Ada juga yang langsung tidak dapat tidur dan kadangkala sehingga ke waktu Subuh barulah dapat tidur nyenyak dengan mimpi indah.

ayat al-quran untuk tidur

Walau bagaimanapun, menurut kajian doktor, punca susah tidur melelapkan mata biasanya dikaitkan dengan gangguan tekanan perasaan iaitu stress serta terlalu banyak berfikir tentang masalah-masalah tertentu sehingga menganggu fikiran.

Doa Agar Mudah Tidur Lena


Sebenarnya, banyak cara untuk mengatasi masalah susah lena dan dapat tidur dengan mudah tanpa sebarang gangguan walaupun anda sedang mempunyai masalah atau stress dengan keadaan sekeliling.

Antara untuk menangani permasalahan Insomnia ini seperti yang dinyatakan oleh Aktivis Dakwah iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre adalah dengan mengamalkan bacaan doa agar mudah tidur seperti yang dibacakan oleh Rasulullah SAW terhadap sahabat Baginda.

Sahabat Rasulullah yang dikenali sebagai Zaid Bin Tsabit telah berdepan dengan masalah kesukaran untuk tidur yang agak teruk. Lalu, Baginda membacakan doa ketika susah tidur untuk sahabat yang dikasihinya.

Jika anda susah sangat nak tidur walaupun sudah bermacam cara dibuat tetapi masih lagi tidak dapat tidur nyenyak, anda boleh baca doa yang dikongsikan di bawah yang mana ia dipetik daripada Kitab Al Adzkar karya Imam An Nawawi.

Inilah doa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Zaid Bin Tsabit selepas Zaid mengadu kepada Rasulullah dan mengatakan dia tak dapat tidur lena atau sukar melelapkan mata tak ngantuk di malam hari.

doa agar mudah tidur rumi

Selepas Zaid mengamalkan bacaan doa supaya mudah tidur dan cepat mengantuk ini, Zaid dapat cukup tidur seperti biasa dan penyakit payah tidur malam yang dihadapinya telah hilang.

Doa untuk memudahkan tidur ini juga boleh dibaca untuk tidurkan bayi serta diikuti dengan bacaan ayat kursi atau ayat Al-Quran yang lain. Jangan lupa zikir dan selawat dibacakan kepada anak anda.

Baca : 10 Kesilapan Dalam Solat

Anda juga boleh download doa susah tidur Mp3 yang disediakan di bawah. Sila muat turun tanpa perlu minta kebenaran kerana ia percuma tanpa sebarang bayaran.


Doa Penawar Tidur


Ruqyah Tidur


Dengan izin Allah sesiapa saja yang mengamalkan cara doa agar mudah tidur yang dikongsikan Ustaz ini pasti akan dapat melelapkan mata serta dapat tidur nyenyak dengan tenang dari malam sehingga ke waktu Subuh hari. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog