Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Melaka

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Melaka

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Melaka berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Lokasi Pejabat Agama Islam Melaka


Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
Aras 2, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Pusat Islam Melaka
75400 Melaka

Contact Number
06-333 3333 / 5600 / 5607

Fax Number
06-333 3333

Email: jaim@melaka.gov.my

Waktu Operasi
Isnin – Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang

Jumaat
7.30 pagi – 12.15 tghari
2.45 petang – 6.00 petang

Portal Rasmi
http://jaim.gov.my/

Lokasi Ibu Pejabat (Google Map)


Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah
Kompleks Agama Dan Mahkamah Syariah,
78000 Alor Gajah, Melaka.

Nombor Telefon
06-556 1254

Nombor Faks
06-556 1197

Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah
Lot 12, Taman MITC Prima,
Ayer Keroh, Melaka.

Nombor Telefon
06-231 1708 / 231 2037

Nombor Faks
06-2311563

Pejabat Agama Islam Daerah Jasin
77000 Jasin, Melaka.

Nombor Telefon
06-529 1277

Nombor Faks
06-529 1744

Peranan dan Fungsi


Melaksanakan fungsi dan peranan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka di peringkat daerah serta bertanggungjawab dalam pengurusan agama Islam negeri Melaka juga sebagai pelaksana kepada dasar yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri ini iaitu:

1. Perlaksanaan program dakwah dan pengurusan pendidikan Agama Islam

Memberi dan mendedahkan pendidikan kepada semua masyarakat supaya berpegang teguh kepada ajaran agama Islam menerusi program-program dakwah berserta menyeru masyarakat secara keseluruhan ke arah penyatuan dan perpaduan.

2. Pengurusan nikah kahwin, cerai dan rujuk serta pembangunan keluarga Islam

Mengukuhkan peranan institusi kekeluargaan Islam melalui bimbingan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan turut memastikan sesebuah keluarga dibina mengikut hukum dan syariah.

3. Pengurusan dan pengimarah masjid dan surau

Memastikan semua urusan pentadbiran masjid dan surau di kawasan dan daerah berjalan dengan baik serta melaksanakan program-program yang boleh memupuk kecintaan dan kasih sayang masyarakat untuk mengimarahkan masjid dan surau serta mengukuhkan perpaduan ummah.

4. Penyelidikan dan kajian akidah serta syariah

Membuat kajian berkaitan dengan isu-isu semasa dalam bidang akidah dan syariah, memaklumkan setiap hasil kajian kepada masyarakat sebagai satu usaha untuk membendung penularan pengamalan ajaran-ajaran sesat yang bertentangan dengan syariah Islam.

5. Penguatkuasaan undang-undang syariah dan pendakwaan

Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang syariah yang berkuatkuasa di semua daerah. Ianya bukanlah sekadar berbentuk sejenis hukuman tetapi juga turut memberi penerangan serta pemahaman kepada masyarakat berkaitan dengan agama Islam.

Perkhidmatan di PAD

Berbagai jenis perkhidmatan berkaitan dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu yang boleh didapati di JAIPk berserta cawangan-cawangan PAD mengikut daerah yang berhampiran dengan anda, antaranya adalah seperti berikut:

  • Perkahwinan
    • e-Munakahat Online
    • Peraturan Kursus
    • Kursus Pra Perkahwinan
    • Panduan Pemeriksaan Bakal Pengantin
    • Permohonan Perkahwinan
    • Kad Akuan Nikah
    • Khidmat Nasihat Keluarga
  • Permohonan Saudara Baru
  • Permohonan Sijil dan Logo Halal
  • Permohonan Tauliah Mengajar
  • Sekolah dan Madrasah
  • E-Iktisas dan Lain-Lain

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, anda boleh terus menghubungi melalui nombor telefon yang disertakan atau boleh terus pergi ke cawangan yang berdekatan untuk maklumat lanjut. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog