
Salam Jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah dan indah untuk semua sahabat atau mereka yang dihormati diiringi dengan ucapan Selamat Pagi, Assalamualaikum berserta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW bersama doa agar segala kesulitan dapat dipermudahkan oleh Allah SWT.
Syukur Alhamdulillah kerana sehingga ke saat ini masih lagi kita diberi peluang untuk meneruskan hidup dengan anugerah nafas yang dikurniakan-Nya, dilimpahi rezeki juga masih lagi sihat walafiat untuk sentiasa berbakti dan beribadah kepada-Nya.
Ucapan Salam Jumaat Penghulu Segala Hari
Berikut dikongsikan beberapa kad ucapan Salam Jumaat yang terindah yang mempunyai kata-kata dan ayat (Quotes) yang sesuai untuk dikongsikan kepada sesiapa sahaja di media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Tik Tok dan sebagainya. Anda boleh download secara percuma atau klik pada gambar dan tekan butang share.

Syukur Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana kau pertemukan lagi kami pada pagi yang indah ini dengan anugerah rasa kasih sayang dalam sebuah ikatan sillaturahim.
Ya Rabbi, kurniakanlah kepada kami kesihatan yang baik, rezeki yang berterusan lagi berkat.
Ya Allah, siramilah hati kami dengan rahmat-Mu, terangilah hati kami dengan cahaya-Mu, bimbingkanlah kami dengan petunjuk-Mu, tenangkanlah hati dan jiwa kami di bawah naungan kasih sayang-Mu, lindungilah kami dan semua insan yang kami sayangi walau di mana jua berada.

Bahagia, bukanlah dengan memiliki apa yang kita sayangi tetapi bahagia itu ialah kita mencintai apa yang kita miliki.

Assalamualaikum! Semoga semua pintu-pintu segala kebaikan akan terus terbuka luas untuk kita semua pada hari ini dan pada hari-hari yang mendatang. Insya Allah, Aminn.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diredhai Allah SWT, terhindar sebarang kesulitan, dipanjangkan usia dalam keberkatan dan ketaatan.
Diberikan kesihatan yang dimanfaatkan, diluaskan rezeki yang halal tanpa sempadan, dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat, diampunkan dosa-dosa kita terdahulu, dijauhi seksa api neraka kelak serta syurgalah untuk kita semua.

Salam Jumaat yang barakah. Ubah apa yang kita pilih untuk lakukan pada setiap hari. Nescaya hidup kita akan berubah pada suatu hari nanti.

Rahmat Allah SWT Maha luas. Seseorang hambaNya yang bersabar dengan sebarang musibah maka akan diampuni segala dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang sentiasa memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ketenangan hati dan fikiran dalam setiap situasi yang aku hadapi. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa berserah diri kepada-Mu dalam suka atau pun duka.
Ya Allah, jauhkan aku dari rasa resah gelisah, cemas, dan ketakutan yang tidak perlu. Berikanlah aku kedamaian batin dan keyakinan kerana setiap urusan dalam kuasa-Mu.
Limpahkanlah rahmat-Mu kepadaku agar aku mampu menjalani hidup ini dengan penuh ketenangan, keikhlasan dan tawakal kepada-Mu.

Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: Sesiapa yang membaca selawat sebanyak sepuluh kali pada waktu pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari Kiamat.

Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa mengucapkan tasbih kepada Allah Yang Menguasai Sekian Alam, Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.

Ya Allah, Engkau telah menghidupkanku kembali pada pagi ini di hari Jumaat yang terindah ini.
Hidupkanlah pula hatiku agar ia sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan anugerah yang telah Engkau berikan. Hidupkanlah fikiranku agar apa pun yang aku lakukan hari ini dan seterusnya, hanya Engkau yang selalu aku ingat.

Assalamualaikum dan selamat pagi. "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat. Maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat pada hari Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu yang sedemikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya."

Salam Jumaat yang penuh barakah. Bersyukur itu nikmat, sabar itu indah. Semoga Allah memberikan segala kemudahan untuk segala hal yang kita lakukan demi sebuah kebaikan.

Semoga kehidupan kita semua senantiasa dirahmati Allah, dikurniakan iman yang lebih sempurna, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang berkat, anak-anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berpanjangan, kesihatan yang baik, dilimpahi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Rezeki akan melimpah jika dibahagi, ilmu akan bertambah jika dikongsi, kasih sayang akan bercambah jika diberi. Jangan kedekut, jangan tamak dan tak perlu bimbang kerana segalanya hanya dari Allah SWT. Itu yang pasti.

Ya Allah, di hari Jumaat yang mulia ini, aku bermohon agar Engkau ampunilah dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku dan seluruh ahli keluargaku. Tunjukkanlah kepada kami ke jalan yang benar. Berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat.


Semoga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibukakan pintu rezeki yang luas dan segala pintu kebaikan buat diri kita, keluarga, sahabat handai dan semua orang yang kita hormati. Sayang dunia akhirat. Amin!

Hari ini kita di atas tanah, mungkin esok tanah di atas kita. Sesungguhnya hati manusia itu berkarat sepertinya berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: "Membaca Al-quran dan mengingati maut (mati)"


Salam Jumaat Yang Barakah. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.

Tetapkanlah sifat SABAR itu dalam diri, walau sesusah mana sekalipun. Ini kerana, orang yang kuat adalah orang yang kuat bersabar. Semoga yang kuat dan SABAR itu adalah diri kita.
Baca: 7 Zikir Harian Isnin Hingga Ahad Amalan Imam Al-Ghazali

Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah SWT akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat.

Jika kau sedang merasa seperti kehilangan sesuatu dalam hidupmu, sebenarnya ketika itu kau sedang lupa, lupa semuanya yang kau ada di dunia ini hanyalah sementara sahaja.
Kerana pada dasarnya tiada satu pun yang ada dalam dunia ini adalah milik kau, malahan udara yang kau hirup pada setiap saat itu pun perlu kau hembuskan kembali. Semuanya milik Allah SWT yang kekal abadi.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan semua doa kita diperkenankan Allah SWT, Aminnn!

Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik, berusaha, bersyukur dan bersabar.

Cukuplah Allah menjadi pelindung bagi kami. Allah adalah sebaik-baik memberi pelindung.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah pernah bersabda: "Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat kerana pada hari itu Nabi Adam diciptakan. Hari itu jugalah beliau dimasukkan ke dalam Syurga dan dikeluarkan semula dari situ."

Doa teristimewa untuk semua yang tersayang. Awali hari yang indah ini dengan doa dan harapan. Semoga dibukakan pintu rezeki yang maha luas dan pintu kesihatan yang sihat sejahtera buat kami semua.
Diampunkan dosa-dosa dan mohon agar dijauhi dari seksa api neraka, agar diterima semua amalan dan ibadah kita untuk bekalan akhirat kelak. Semoga dipermudahkan segala urusan harian di dunia dan akhirat.

Salam Jumaat yang barakah dan terindah ya Allah aku mohon kepada mu, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal ibadah yang diterima.

Di hari Jumaat terdapat suatu waktu di mana jika ada seorang hamba yang memanjatkan doa kepada Allah bertetapan dengan waktu tersebut, Allah akan memberi apa yang dia minta. Waktu itu adalah waktu ASAR.

Selalu ada HARAPAN bagi mereka yang berdoa. Selalu ada JALAN PERTOLONGAN bagi mereka yang berusaha. Selalu ada yang TERBAIK bagi mereka yang bertawakal. Insya Allah, yakinlah pada Allah SWT.

Ya Allah, lindungilah kami daripada apa jua kesakitan, kesusahan, kesulitan dan segala penderitaan, baik di dunia atau pun di akhirat. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar kami selamat daripada sebarang kepayahan, kesempitan, bahaya, kesedihan dan musibah, janganlah Engkau menguji kami dengan sesuatu yang berat. Amin!!

BERBUAT BAIK ITU TIDAKLAH SIA-SIA. Sebenarnya, orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. - Surah Al-Kahfi Ayat 30.
Baca Juga : Doa Agar Dipermudahkan Urusan Dunia dan Akhirat
Setiap daripada kita haruslah senantiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada diri kita dan keluarga. Bergembiralah seadanya diri kita kerana semuanya hanyalah daripada Allah SWT yang Maha Mengetahui segalanya dan tiada yang lain selain dari-Nya.
Bantuan serta pertolongan daripada Allah SWT, mungkin kadangkala tidaklah terlalu cepat atau tidak pula jadi terlambat tetapi yang pasti ia didatangkan ketika dan waktu yang sangat tepat di saat kita amat memerlukan.
Allah anugerahkan kepada kita matahari yang menyinari siang dengan keindahan alam untuk kita semua terus bergembira. Satu hari, Allah menurunkan hujan dan mempersembahkan ribut petir yang memanah langit dan bumi.
Kita bersedih dan sering tertanya, ke manakah pergi sang matahari yang sentiasa menemani dan menerangi dunia kehidupan kita, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kepada diri kita satu pelangi berwarna warni yang amat indah mencantikkan alam.
Selamat pagi Jumaat yang barakah paling terindah dengan penuh keberkatan. Lembutkanlah hati yang keras dengan tebalnya iman, tajamkan akal dengan segala kebaikan dan itulah sifat yang terbaik disusuli dengan manisnya senyuman. - FB
Akhir Kalam
Diharap perkongsian poster ucapan bergambar dengan kata-kata ayat untuk Salam Jumaat Penghulu Segala Hari yang barakah dan indah ini dapat membantu anda untuk dikongsikan kepada sahabat handai, keluarga, saudara mara dan sesiapa sahaja. Semoga bermanfaat dan jangan lupa jaga diri, hiasi peribadi dengan kebaikan. - Bukit Besi Blog