Setiap lelaki bujang pasti mempunyai keinginan untuk berumahtangga bersama isteri iaitu seorang perempuan pilihan hati dan perlu membuat persediaan yang lengkap zahir dan batin untuk menjadi seorang suami sebelum berkahwin.
Tetapi, adakah anda telah bersedia untuk melayari bahtera yang menyatukan dua ikatan antara dua insan yang akan membina keluarga dengan menjalankan tanggungjawab serta peranan penting untuk mengukuhkan hubungan sehingga ke akhir hayat.
Pelbagai aspek dan persediaan yang perlu diambil kira sebelum menghadapi segala cabaran dan rintangan yang akan datang selepas perkahwinan yang diidamkan telah pun terbina di atas dasar suka sama suka.
Antaranya yang terpenting adalah dari segi mental dan fizikal, kewangan yang kukuh, ilmu yang penuh di dada dan banyak lagi yang akan diterangkan satu persatu untuk anda yang memerlukan bantuan dan panduan yang serba lengkap.
Persediaan Diri Lelaki Sebelum Berkahwin dan Akad Nikah
Berikut adalah senarai persediaan untuk seorang lelaki sebelum kahwin menamatkan zaman bujang dan juga untuk anda yang masih single diwajibkan membacanya sebagai satu pengetahuan dan ilmu yang diperlukan untuk seorang suami.
1. Duit Simpanan
Ini perkara yang paling penting buat simpanan bagi tabung sebelum berkahwin. Jika tiada simpanan untuk masa depan, nanti nak kahwin perlu guna duit siapa? Adakah keluarga akan bantu atau mak ayah, semuanya diri sendiri dan jangan sekali-kali buat pinjaman bank untuk ini.
2. Kos Perkahwinan
Buat plan dan merancang dengan betul bersama bakal isteri untuk kos majlis kahwin bagi kedua-dua pihak bagi jumlah seperti RM30K, RM20K dan sebagainya. Berjimat cermat adalah perkara yang sangat digalakkan tapi jika bernikah di musim PKP pasti mudah dan jimat kos.
3. Rumah
Rumah perlu disediakan dan ramai yang salah faham dengan perkara ini. Untuk makluman, tidak semestinya anda perlu beli rumah untuk isteri, jika tak mampu carilah rumah sewa sebelum membelinya selepas berkahwin nanti.
Yang utama adalah anda dapatkan rumah sewa untuk anda suami isteri berteduh dan carikan lokasi yang sesuai serta berdekatan dengan tempat kerja masing-masing agar tiada masalah di masa depan nanti.
4. Kereta
Kenderaan atau kereta juga penting tetapi ia berpandukan kepada kemampuan setiap seorang lelaki. Jika tak punya kereta memadailah dengan motosikal asalkan anda boleh ke mana saja dengan bakal isteri tersayang.
Jika hanya ada motor, pastikan anda beli kereta selepas kahwin nanti ketika ekonomi keluarga semakin kukuh kerana satu masa nanti isteri anda akan mengandung dan dengan kereta isteri lebih selesa untuk ke sana ke mari.
Ansuran kereta perlu dipastikan tidak lebih daripada 15% daripada jumlah gaji anda dan isteri. Tetapi jika pendapatan anda lebih besar, anda boleh saja beli secara cash sahaja jika cukup dan berduit.
5. Nafkah Isteri
Kebiasaannya perkara yang dikaitkan dengan nafkah kebanyakannya ramai para suami mengabaikan atau buat-buat lupa, jika ya, tak perlulah berkahwin. Kenapa? Inilah tanggungjawab suami yang paling utama sebelum hal lain.
Jumlah nafkah pula, ia adalah sesuatu yang subjektif walaupun gaji isteri lebih besar daripada gaji suami, anda wajib memberikan nafkah mengikut kemampuan dan pendapatan bulanan sendiri.
Sebagai contoh anda boleh allocate sebanyak 10%, jika gaji penuh RM3000, berilah kepada isteri untuk membeli barang keperluan peribadinya sebanyak RM300. Untuk belanja dapur perlu diguna dengan duit yang lain jangan dicampurkan.
6. Simpanan Kecemasan
Ketika anda bujang dulu, bila langsung tiada duit, pasti anda tak kisah walaupun sekadar makan maggi, nasi kosong dengan telur tapi bila dah berkahwin jangan dibuat perkara yang sama kepada isteri.
Inilah guna duit simpanan apabila kecemasan yang perlu ada sekurangnya untuk tiga bulan perbelanjaan dan boleh anda guna apabila berhadapan dengan kecemasan yang datang tanpa diundang secara tiba-tiba.
7. Plan Sumber Kewangan
Apabila bercerita tentang duit ramai yang berfikiran negatif tak kira samada lelaki atau perempuan yang mana jika seseorang wanita memilih calon suami daripada yang berduit dikatakan mata duitan dan materialistik.
Sebenarnya, kita perlu positif dengan berpandukan kepada contoh situasi berikut iaitu untuk seorang ayah yang ingin melepaskan anak perempuannya kepada seorang lelaki pastinya si bapa perlu memastikan si lelaki tersebut mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Yang mana dengan mempunyai pendapatan yang mencukupi serta stabil pastinya ayahnya yakin untuk bermenantukan lelaki berkenaan. Jadi, anda seorang lelaki perlu menstabilkan sumber kewangan sebelum masuk meminang anak orang.
Untuk mendapatkan pendapatan yang stabil, perlulah untuk anda mencarinya samada dengan berkerja tetap atau buat kerja part time sekurangnya kewangan anda akan betul-betul dapat yakinkan bakal mentua.
8. Plan dan Rancang Dengan Betul
Merancang atau plan adalah perlu kerana kos sebelum dan selepas berkahwin amat berlainan. Jika sebelum kahwin anda boleh serumah atau sharing bilik dengan kawan-kawan. Tetapi apabila dah kahwin wajib sewakan sebuah rumah.
Malahan, ketika bujang anda hanya mempunyai satu kampung saja tapi bila dah menjadi suami orang secara atuomatik anda mempunyai dua kampung yang perlu anda balik apabila tiba masanya dan ini perlu diambil kira.
9. Rendahkan Keegoan
Nampak simple tapi diwajibkan belajar untuk merendahkan ego. Semestinya anda faham perangai seorang perempuan macamana kan? Mereka tak pernah buat silap kan? Jadi bila tiba-tiba dia merajuk kau hanya perlu minta maaf walaupun anda tak bersalah.
10. Jangan Lepak Lagi
Dulu sebelum kahwin anda mungkin seorang kaki lepak di mana-mana sampai waktu pagi tapi selepas dah bernikah jangan lagi dibuat perangai ini. Sedarlah yang anda telah menjadi milik orang.
Biasanya yang suka melepak hanya lelaki yang single sahaja tapi jika dibuat juga, kesianlah pada isteri yang tidur seorang diri sehingga pagi, lebih parah jika dapat isteri yang sangat penakut.
11. Kurangkan Hiburan
Jika anda seorang kaki gamer yang sentiasa melekat dengan telefon kerana game, sila kurangkan kerana kehidupan berumahtangga tidak lagi sama dengan waktu solo dulu.
Tapi, jika isteri anda juga seorang kaki game, tak salah kalau diajak bermain game sama-sama kan? Walau bagaimanapun, pastikan anda dapat menghabiskan masa yang terluang bersama isteri itulah yang sebaik-baiknya.
12. Tambahkan Ilmu Pengetahuan
Wajib tambahkan ilmu munakahat perkahwinan, ilmu fiqh berkaitan wanita. Sebagai ketua keluarga, anda perlu tahu jenis-jenis dan maklumat peribadi tentang seorang wanita seperti haid dan sebagainya.
Diwajibkan tahu tentang halal dan haram serta perkara-perkara yang berkait dengan hubungan bersama isteri. Jika anda tak tahu langsung bab ini pasti akan jadi teruk lagi sekiranya isteri turut sama tak tahu. Jangan main-main.
13. Hafal Surah Lazim
Sekurang-kurang anda perlu cari jalan atau cara untuk menghafal beberapa surah lazim dan perkara ini amat penting. Bila jadi Imam untuk isteri nanti taklah terasa kekurangan diri yang amat banyak dan isteri juga mesti gembira.
Jangan terlalu merendah diri sekiranya tak pernah hafal surah Al-Quran yang panjang tapi surah yang pendek pun solat kita masih lagi sah dan insya Allah akan diterima Allah. Yang lebih penting anda adalah bakal Imam nanti.
Baca : Senarai Persiapan Kahwin dan Majlis Kenduri Lengkap
14. Ketahui Bab Duniawi
Perkara dan hal duniawi ini sebenarnya ramai yang lupa buat kira-kira dengan betul sebelum kahwin. Tapi tak apa kerana masa masih lagi panjang untuk anda plan kewangan sebelum anda dapat anak pertama yang akan lahir nanti.
Zaman sekarang bukan sahaja suami yang berkerja mencari duit dan isteri pula menjaga anak di rumah yang akan menyebabkan rumahtangga sentiasa tak cukup duit.
Tapi kebanyakan isteri akan turut sama berkerja dan inilah yang perlu anda buat atau menitikberatkan demi mendapat perbelanjaan untuk isi rumah yang sentiasa menjadi keutamaan semua keluarga.
Apabila anda dapat rezeki bunting pelamin selepas kahwin, anda hanya mempunyai masa lebih kurang 9 bulan untuk menyediakan kos tambah untuk anak yang sulung akan dilahirkan nanti.
Segala keperluan memerlukan duit seperti barang baby, Pampers, duit pengasuh, Medical card dan semua itu perlu diambil kira dengan buat senarai berapa kesemuanya dengan tepat agar semuanya cukup.
Jadi, sebaiknya sebelum anak pertama lahir, cubalah buat simpanan yang mencukupi pada setiap bulan supaya tidak gelabah nanti selepas isteri bersalin. Anak kedua pula lebih kurang saja tapi mungkin sedikit berbeza.
Yang pasti, setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezeki mereka sendiri yang didatangkan oleh Allah SWT. Kita sebagai ibu bapa sekadar menumpang rezeki anak sahaja disebabkan itu perlulah kita menguruskan semuanya dengan baik dan teratur.
Tapi jangan pula anda mempunyai simpanan dan lebihan khas untuk anak itu, kita pula yang berbelanja membelikan keperluan untuk diri sendiri seperti tukar telefon, handbag dan sebagainya.
15. Bersedia Mental dan Fizikal
Bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bukan hanya menjaga badan dan fikiran tetapi pelbagai faktor dan aspek yang perlu dititikberatkan agar sebelum dan selepas perkahwinan anda nanti semuanya berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah.
Soal nikah kahwin bukanlah perkara biasa sebaliknya soal hidup dan mati anda bersama pasangan bakal isteri anda nanti. Jadi, sila telitikan setiap satu perkara supaya anda juga akan senang dan mudah di masa depan.
Persiapan Wajib Bagi Pengantin Dalam Islam
Berikut adalah video daripada Channel YouTube penjelasan daripada Habib Ali Zainal Abidin yang menerangkan tentang persiapan sebelum perkahwinan bagi semua pengantin yang beragama Islam, dengarkan satu persatu agar anda memahami kesemuanya.
Kesimpulan
Macamana? Nampak macam sangat susah kan nak kahwin? Sebenarnya, semua ini tak susah langsung dan yang menyusahkan adalah diri kita sendiri. Yang paling penting bakal isteri haruslah membantu bakal suaminya juga seperti bertolak ansur dan menerima diri anda seadanya.
Jangan sekali-kali anda rungsing kerana nak kahwin serta memikirkan bagaimana untuk mendapatkan duit memandangkan sumber kewangan anda masih lagi belum kukuh, jangan risau kerana janji Allah dalam Al-Quran seperti berikut melalui Surah An-Nuur Ayat 32.
Diharap perkongsian daripada Tuan Harith Faisal tentang senarai persediaan untuk seorang lelaki sebelum berkahwin ini dapat membantu semua bakal pengantin baru serta akan dapat memudahkan urusan anda. Semoga bermanfaat dan semoga berjaya. - Bukit Besi Blog