Senarai Checklist Kahwin Persiapan & Majlis Kenduri Lengkap

Checklist Kahwin

Perkara nikah kahwin bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh dan ia haruslah dititikberatkan serta wajib diambil kira satu persatu bermula dari sebelum majlis perkahwinan sehinggalah selepas selesai bernikah atau kenduri.

Sememangnya, setiap bakal pengantin pasti akan melalui rasa debaran di hati memandangkan ini adalah kali pertama dan banyak perkara yang perlu dibuat persiapan demi menjayakan majlis kahwin tersebut.

Sebaiknya samada pengantin lelaki atau perempuan haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal serta membuat satu senarai checklist perkahwinan agar semuanya lengkap, teratur dan berjalan lancar.

Ingat, jangan diambil mudah tentang majlis besar ini walaupun berniat untuk mengadakan secara ringkas atau mengikut bajet persiapan yang simple dari sekecil perkara sehinggalah urusan dengan borang nikah.

Senarai Checklist Perkahwinan & Persiapan Lengkap


Jalan yang terbaik harus diambil adalah membuat senarai checklist persiapan untuk majlis ini dengan niat semoga tiada sebarang perkara yang tidak diingini akan berlaku ketika majlis sedang atau selepas berlangsung.

Sebagai panduan, dikongsikan checklist kahwin yang boleh anda buat rujukan sebelum buat keputusan atau menetapkan tarikh kenduri dan majlis akad nikah diadakan, mungkin sedikit sebanyak akan membantu.

Ketika 12 Bulan Sebelum Tarikh Kenduri


Dalam jangka masa 12 bulan sebelum mengadakan majlis kahwin, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira dengan serius untuk buat persiapan perkahwinan.

1. Tetapkan Lokasi Majlis Kahwin

Untuk mengadakan kenduri serta majlis pernikahan samada di pihak lelaki atau pun pengantin perempuan, lokasi yang bersesuaian harus ditetapkan mengikut keselesaan serta kemampuan masing-masing.

Untuk akad nikah, anda boleh pilih lokasi yang tepat seperti di rumah, dewan serbaguna, hotel atau kebiasaannya di masjid, sebaiknya buatlah pemantauan mencari lokasi yang terbaik dengan perbincangan bersama.

Sekiranya hotel atau dewan menjadi pilihan berpandukan kepada bajet poket anda, boleh terus buat tempahan atau buat bayaran permulaan untuk booking supaya pada tarikh yang dijanjikan boleh diadakan dengan jayanya.

Perlu dipastikan juga berkaitan dengan tarikh penting tersebut sekiranya majlis dibuat ketika cuti sekolah pastinya tempat yang diinginkan itu dipenuhi dengan tempahan lain, jadi segerakan agar tidak ketinggalan.

2. Pilihan Tema Majlis

Biarpun majlis kahwin tersebut masih lagi lama iaitu mungkin lagi 12 bulan, jangan pandang ringan tentang tema majlis kerana jika telah ditetapkan ini akan memudahkan banyak perkara seperti untuk memilih warna pakaian dan sebagainya.

Perkara ini termasuk dengan segala pemilihan berkaitan dengan dekorasi hiasan hantaran, warna yang bersesuaian dengan pelamin atau pakaian-pakaian ahli keluarga dan semuanya yang berkait.

Begitu juga pemilihan dan cadangan persalinan pengantin yang sesuai mengikut citarasa serta keinginan masing-masing seperti contoh idea memakai baju kurung, baju kebaya, gaun pengantin moden dan sebagainya.

3. Buat Survey Tentang Info Perkahwinan

Untuk mendapatkan idea majlis kahwin yang lebih lengkap dan hebat, anda wajib mengambil tahu serta mencari maklumat berkaitan atau menghadiri mana-mana ekspo pengantin serta sebarang pameran perkahwinan.

Dengan cara ini pastinya anda boleh buat pilihan tepat serta dapat mencari vendor atau butik terbaik untuk mendapat pakej perkahwinan dan pernikahan yang sesuai dengan kehendak dan citarasa pasangan pengantin.

Antara maklumat yang boleh didapati samada di mana-mana ekspo perkahwinan atau kedai butik pengantin yang biasanya banyak terdapat di bandar atau luar bandar adalah seperti berikut:

  • Pakaian pengantin
  • Pelamin
  • Photographer
  • Canopy
  • Katering
  • Videographer
  • Pakej-pakej yang menarik

Ketika 9 Bulan Sebelum Majlis


Apabila tiba pada fasa ini, anda tidak lagi boleh sambil lewa kerana semakin banyak perkara yang dibuat untuk persiapan kenduri, akad nikah dan sebagainya dan anda perlu mengambil tindakan berikut:

Memilih Menu Kenduri Yang Sesuai


Anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan menu yang akan disediakan ketika majlis melalui pihak-pihak katering dengan mencuba menu yang ditawarkan sebelum membuat pilihan dengan tepat.

Buat Pembayaran Untuk Pakej Kahwin


Apabila anda telah buat survey untuk pakej perkahwinan pastinya anda tahu yang manakah sesuai dengan kehendak serta citarasa dan juga bajet kedua-dua pasangan. Ketika ini anda boleh buat tempahan dengan bayar deposit.

Buat Tempahan Baju Kahwin dan Tema Family


Tempahan baju untuk persandingan serta majlis akad nikah dan seumpamanya sudah boleh dibuat selepas mendapat persetujuan kedua-dua bakal pengantin. Pilih apa saja warna tema mengikut kebaikan dan keselesaan sendiri.

Ketika 6 Bulan Sebelum Kenduri


Di waktu ini, hari bersejarah tersebut semakin dekat dan masa ini anda perlu serius dan jangan terlalu nervous sebaliknya berikan tumpuan penuh dan uruskan semua perkara yang paling penting dahulu iaitu:

Menghadiri Kursus Perkahwinan


Sekiranya anda berdua belum lagi menghadirkan diri untuk kursus perkahwinan, inilah waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian sebelum semuanya telah terlambat.

Carilah masa yang sesuai untuk menghadiri kursus nikah kahwin yang biasanya mengambil masa dalam sehari dua berpandukan kepada tempat dan lokasi yang dipilih.

Untuk kursus perkahwinan tidaklah bertujuan untuk hanya mendapatkan sijil semata-mata sebaliknya ia amat penting untuk difahami oleh keduanya berkait dengan tanggungjawab dan tugas suami isteri.

Ketahui berbagai perkara ketika sebelum masuk ke alam rumahtangga dengan mengambil tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mengikut taraf serta status anda sebagai suami atau isteri, ini sangat penting.

Buat Ujian Talasemia dan H I V


Kedua-dua ini juga paling penting sebelum anda berkahwin demi menjaga kebaikan kepada setiap pasangan pengantin yang bakal hidup bersama dan ujian ini wajib untuk dilakukan segera pada waktu ini.

Tujuannya sangat banyak dan antaranya adalah demi masa depan keluarga yang bakal dibina serta untuk perancangan zuriat yang lebih berkualiti sihat dan baik keturunannya.

Perancangan Pembelian Barangan Hantaran


Sediakan senarai untuk membeli semua barang-barang hantaran dan pilih yang diperlukan sahaja mengikut bajet sendiri atau boleh juga dilebihkan pada hantaran lain sekiranya perlu.

Walau bagaimanapun, hanya hantaran yang buan dari jenis makanan sahaja perlu dibeli pada masa ini dan elakkan beli barang hantaran makanan kerana dibimbangi akan cepat rosak dan tidak boleh digunakan nanti.

Untuk gubahan hantaran boleh juga dibuat sendiri mengikut kreativiti serta boleh dibeli mengikut pada kemampuan dan kesesuaian masing-masing serta boleh ditempah daripada mereka yang menjadi penggubah hantaran.

Sebagai panduan untuk pembelian barang hantaran yang biasa digunakan oleh semua bakal pengantin baru adalah seperti dalam contoh senarai yang dikongsikan berikut:

  • Set alat barang kemas
  • Set barang mekap
  • Set pakaian dan kasut
  • Set minyak wangi dan pencuci muka
  • Set makanan berkualiti
  • Set kain ela / telekung / sejadah
  • Set sirih junjung
  • Set barang elektronik
  • Replika kunci atau cek wang hantaran
  • Set emas dinar atau jongkong

Ketika 3 Bulan Sebelum Majlis


Ketika anda berada dalam fasa ini iaitu 3 bulan sebelum majlis adalah satu waktu yang sangat terhad dan ia menjadi semakin dengan tarikh yang dijanjikan itu. Sila pastikan segala persiapan itu telah diselesaikan.

1. Sediakan Dokumen dan Borang Yang Penting

Sebaiknya pada waktu ini pastikan anda telah buat permohonan untuk kebenaran bernikah menerusi Pejabat Agama Islam Daerah yang dipilih. Dokumen-dokumen yang perlu ada adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Borang permohonan menikah
  • Borang saksi untuk bernikah
  • Surat perakuan bujang
  • Laporan ujian HIV dan talasemia
  • Borang nikah luar kawasan
  • Sijil kursus kahwin
  • Sijil kahwin ibu bapa pengantin perempuan
  • Surat mastautin

Dicadangkan anda telah tahu siapa jurunikah, wali dan saksi untuk majlis akad nikah nanti. Jurunikah adalah orang yang paling penting dan pastikan kehadirannya pada waktu yang dijanjikan itu.

Untuk lebih mudah, pastikan anda mengingatkan atau bertanyakan tentang kehadiran tok kadi tersebut pada waktu ini atau seminggu sebelum majlis akad nikah diadakan.

2. Tempah Kad Jemputan, DoorGift dan Banner

Sebelum membuat tempahan kad jemputan kahwin pastikan anda tahu berapakah jumlah jemputan orang untuk datang ke majlis tersebut dan buat semakan sebelum kad dibuat iaitu tarikh, waktu dan lokasi yang tepat.

Peta atau penunjuk arah dalam kad antara yang terpenting, jadi anda selidik setiap satu agar tiada yang tertinggal kerana perkara ini sangat penting.

Waktu sekarang adalah masa yang sesuai untuk buat tempahan doorgift yang akan diberikan kepada tetamu yang datang nanti atau anda boleh buat sendiri iaitu DIY Doorgift dengan membeli barang hiasan diperlukan.

Pastikan juga anda sudah atau akan membeli barang hiasan atau doorgift lebih awal untuk majlis kahwin itu nanti dan di bawah adalah antara senarai yang diperlukan ketika kenduri nanti:

  • Bunga telur
  • Beg hadiah
  • Hiasan gubahan dulang
  • Bunga paha
  • Set katil dan hiasan bilik pengantin
  • Barang hiasan meja candy atau photo booth
  • Booking DJ atau pengacara majlis

Untuk perkara ini berkait dengan doorgift dan seumpamanya, anda boleh buat survey samada secara online atau di mana-mana butik atau kedai serta di pautan yang disediakan berikut bagi memudahkan anda.


Di bawah ini pula adalah beberapa senarai contoh doorgift yang popular di kalangan mereka yang mengadakan majlis perkahwinan serta sering menjadi pilihan ramai bakal pengantin yang didapati di laman Shopee.

Persiapan kahwin checklist


Pengantin lelaki dan perempuan


Kenduri


3. Pembelian Barang Kemas dan Cincin Kahwin

Untuk barang kemas termasuk cincin, anda perlu merancang dan mencari masa yang sesuai bersama pasangan untuk membuat pilihan dan pembelian barang kemas tersebut yang bersesuaian dan tepat mengikut citarasa sendiri.

Belikan barang kemas yang diperlukan sahaja dan sekiranya ada dikhaskan untuk majlis membatalkan air sembahyang, anda boleh masukkan dalam senarai jika perlu.

Sebulan Sebelum


Sebulan sebelum majlis pastinya tak senang duduk atau berdebar memikirkan apakah yang perlu dibuat atau apakah yang masih belum lengkap, berikut adalah cadangan tersebut:

1. Hantarkan Kad Jemputan

Waktu ini sangat sesuai untuk membuat penghantaran kad jemputan kepada semua saudara mara, kawan-kawan atau mereka yang anda ingin jemput untuk hadir ke majlis perkahwinan ini.

2. Penginapan Khas Untuk Keluarga Pengantin Lelaki

Tempat penginapan untuk keluarga lelaki juga perlu disediakan sekiranya mereka datang daripada tempat yang jauh dengan tempat tidur yang selesa dan sesuai pasti akan lebih meriah.

Sebaiknya homestay terdekat atau hotel yang sesuai mengikut bajet yang dikhaskan untuk semua rombongan pengantin belah lelaki supaya mudah untuk mereka hadir ke lokasi kenduri.

Dua Minggu Sebelum


Dua minggu sebelum majlis kenduri segala macam boleh jadi dan jangan panik dan risau kerana anda pasti boleh melakukannya, lagipun bukan anda seorang kerana adanya pasangan yang sentiasa akan membantu.

1. Penjagaan Diri Sendiri

Untuk dalam masa sebulan sebelum majlis, anda boleh mencari ketenangan untuk diri sendiri dengan pergi ke tempat yang bagus seperti spa dan tempat urutan badan dengan niat memanjakan diri dan tenang.

Reward untuk diri sendiri adalah perlu kerana telah bertungkus lumus untuk menyiapkan segala persiapan hari besar yang bersejarah ini dengan pasangan pengantin.

Untuk pengantin lelaki, sama juga cepat persiapkan diri dengan menggunting rambut, buat spa sendiri atau facial agar penampilan pada hari bahagia itu lebih menyerlah dan berseri.

Spa dan mencantikkan diri bukan hanya untuk perempuan sahaja malah lelaki juga perlu semua itu demi kerana majlis kenduri yang akan diadakan tak lama lagi.

Baca : Doa Pengasih Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri

Sehari Sebelum


Hati semakin berdebar dan gementar kerana esok adalah harinya yang mana akan menjadi milik orang dan persediaan semuanya dah siap atau jangan dilupa setiap perkara iaitu:

1. Pakaian Untuk Perkahwinan

Semua pakaian pengantin walau sebanyak mana salinan sekalipun pastikan semuanya telah ready atau telah siap diseterika dengan kemas dan cantik.

Pastikan juga semua aksesori seperti tudung, shawl, barang kemas, cincin rantai, brooch, kasut, bunga tangan dan semuanya yang perlu digunakan pada hari tersebut.

Untuk pengantin lelaki pula jangan dilupa semuanya seperti keris, songkok, tanjak, samping songket dan segala keperluan untuk dipakai pada hari esoknya.

2. Inai Di Jari

Untuk pengantin perempuan sebelum majlis sehari sebelumnya, waktu ini amat sesuai untuk memakai inai di tangan dan jari selain masa ini juga anda dapat merehatkan minda dan diri sendiri.

3. Pastikan Vendor Datang dan Deliver

Untuk persiapan kanopi, PA sistem, kerusi, meja dan pelamin semuanya telah bersiap sedia pada majlis tersebut. Jika masih ada vendor yang tidak datang, sila remind mereka dengan segera.

Pilihkan tempat yang sesuai dan mudah diambil untuk doorgift serta penanda arah atau bunting yang telah siap dipasang di tempat-tempat yang sepatutnya.

4. Tugasan Khas Untuk Ahli Keluarga Dibahagikan dan Rehat Secukupnya

Perkara ini adalah penting untuk memastikan semua berjalan lancar pada keesokannya. Sila buat pemilihan dan serahkan tugasan kepada ahli keluarga mengikut tugas masing-masing.

Apabila semua persiapan telah siap pastikan semua mereka yang terlibat dengan majlis dapat merehatkan diri secukupnya supaya pada esok nanti akan lebih bertenaga dan sihat di hari bahagia ini.

Hari Yang Dijanjikan


Persiapan majlis perkahwinan

Akhirnya telah tiba hari itu, adakah masih ada keperluan dan persiapan yang belum ada? Pastinya tidak ada sekiranya anda telah menelitikannya setiap satu persatu.

1. Sarapan Pagi

Hari ini akan memakan masa yang lama dan mungkin akan memenatkan. Pastikan anda mengambil sarapan pagi secukupnya supaya terus sihat bertenaga sepanjang majlis diadakan.

2. Bertenang Saja

Sila bertenang dan tarik nafas dalam-dalam, khasnya untuk pengantin lelaki kerana akan berhadapan dengan satu tanggungjawab yang amat besar yang perlu dilaksanakan iaitu akad nikah.

3. Bersiap Sedia dan Datang Di Awal Waktu

Untuk memastikan semuanya lancar, bersiap sedia seawal yang boleh walau perkara kecil pun. Pastikan semua ada termasuk pakaian, kad pengenalan, segala dokumen dan telefon yang diserahkan kepada pengapit yang dilantik.

Datanglah lebih awal ke lokasi majlis sebaiknya dalam jangka masa 30 minit sebelum masa yang dijanjikan kerana waktu ini pastinya akan kelam kabut dek kerana rombongan pengantin yang ramai, betul tak?

Rujukan

Selain itu, disediakan juga senarai semak checklist persiapan majlis kenduri perkahwinan dalam bentuk file PDF yang boleh anda download secara percuma melalui pautan berikut di bawah:


Dengan checklist kahwin ini yang boleh anda simpan dalam telefon, sekurang-kurangnya anda boleh jadikan rujukan pada bila-bila masa sahaja sekiranya perlu nanti untuk menggunakannya di masa depan.

Anda boleh juga melihat atau meninjau portal rasmi laman Nikah Satu yang menawarkan pelbagai pakej perkahwinan yang menarik dan segala keperluan seorang pengantin dan majlis kenduri atau;

Dengan menerusi laman Shopee dan Lazada untuk buat pemilihan atau mencari segala yang berkaitan dengan pengantin seperti pakej, doorgift, busana dan apa saja yang berkaitannya dengan mudah dan banyak pilihan.


Kesimpulan

Perlu diingatkan, sekiranya ingin menyiapkan segala keperluan dengan mengeluarkan duit, berbelanjalah dengan mengikut bajet dan kemampuan serta jangan terlalu berlebih-lebihan.

Semoga semua persiapan dan kelengkapan untuk perkahwinan anda telah siap sepenuhnya dan didoakan di hari bahagia untuk pasangan pengantin baru ini akan selamat serta dipermudahkan segala urusan dan jodoh berkekalan.

Diharap perkongsian senarai checklist kahwin berserta persiapan awal untuk majlis perkahwinan daripada Nikah Satu dan Facebook ini dapat membantu anda sepenuhnya dengan cepat dan selamat. - Bukit Besi Blog