Ajal, maut dan rezeki hanya Allah yang tahu tetapi tidak manusia, jodoh pertemuan itu adalah rahsia Allah. Doa saja mengatasi segalanya dan kita tidak akan tahu siapakah pasangan terbaik atau yang bakal menjadi isteri atau suami kita nanti.
Perkara yang melibatkan jodoh yang baik selalunya dianggap sebagai misteri dan tiada sesiapa yang tahu kecuali Allah SWT. Apabila berbicara tentang cari pasangan, pastinya setiap daripada kita inginkan jodoh yang baik dari segi agama dan akhlaknya.
Sebenarnya, sejak dari rahim ibu kita sebelum dilahirkan ke dunia, Allah telah menetapkan siapakah jodoh kita sama ada lelaki atau wanita. Dan apabila berkahwin nanti, itulah pasangan kita yang Allah tentukan semenjak dari dalam kandungan lagi.
Bagi anda yang sehingga hari ini masih lagi tidak berkahwin dan tidak mempunyai pasangan suami atau isteri, janganlah berputus asa kerana setiap manusia mempunyai rezeki mereka masing-masing. Hanya waktu dan saat yang akan menentukan bilakah semua itu akan berlaku.
Jangan merungut mengapa jodoh lambat sedangkan kawan-kawan sebaya semuanya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Pasti ada hikmah dan sebabnya mengapa kita masih belum bertemu jodoh yang diinginkan dan berkahwin, hanya Allah yang mengetahui.
Yang paling penting sekali, janganlah sekali-kali berkecil hati mengapa masih belum menikah sedangkan umur semakin meningkat. Apa yang perlu dibuat adalah berusaha dan berdoa serta meminta, merayu dan memohon kepada Allah agar dipercepatkan dengan doa jodoh.
Doa Agar Dapat Jodoh Lelaki dan Perempuan
Di sini dikongsikan kepada anda bagaimana anda boleh berdoa dengan doa agar cepat menikah dan berjodoh yang diinginkan untuk lelaki dan perempuan yang boleh anda amalkan selepas selesai menunaikan solat fardhu lima waktu. Jangan berputus asa dan pastikan anda sentiasa mengamalkan doa-doa ini.
Jangan lupa ketika berdoa sebut nama seseorang yang anda mahukan itu sekiranya anda mengenali wanita atau lelaki tersebut. Tidak salah membaca doa dalam Bahasa Melayu atau rumi tanpa jawi, yang penting kekal berpanjangan.
Maksud Rumi:
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh (isteri-isteri) kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." - QS Al-Furqaan 74
Maksud Rumi:
"Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik."
Doa Bertemu Jodoh Untuk Lelaki
Doa jodoh dengan si dia ini boleh dibaca oleh kaum lelaki yang ingin cepat mendapat jodoh pilihan hati. Anda dikehendaki amalkan doa ini dengan kerap sambil tidak meninggalkan amalan-amalan wajib yang harus dilakukan oleh semua umat Islam.
Maksud Rumi:
"Ya Robb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat."
Doa Bertemu Jodoh Untuk Perempuan
Doa jodoh ini adalah untuk wanita yang ingin dipercepatkan mendapat jodoh yang baik atau pilihan hati yang selama ini diidamkan atau pun tidak pernah mengenali mana-mana lelaki. Anda boleh amalkan setiap hari ditambah dengan amalan lain yang amat digalakkan.
Maksud Rumi:
"Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat."
Menjadi Orang Yang Lebih Baik
Terkadang punca yang menyebabkan seseorang itu susah dapat jodoh kerana disebabkan kesilapan atau dosa-dosa masa silam. Kita tak tahu apakah kesalahan kita sehingga sukar untuk mendapat jodoh.
Jadi, untuk cepat dapat jodoh, tidak salah kita berikhtiar dengan doa-doa yang disediakan. Apa yang paling adalah berusaha menjadi orang yang lebih baik serta bertaubat untuk tidak melakukan lagi perkara lalu.
Perkara yang pertama yang perlu dititikberatkan adalah meminta maaf dari kedua ibu bapa di atas semua kesilapan kita selama ini. Biarpun sama ada atau tiada salah. Memohoh maaf dari ibu bapa juga akan membantu kita untuk menjadi orang yang lebih baik serta cepat dapat jodoh.
Terkadang rezeki kita sempit dan jodoh kita lambat mungkin kerana kesalahan dan dosa kita terhadap ibu bapa kita tanpa kita sedari. Redha ibu bapa juga adalah redha Allah SWT yang akan memberi ruang yang amat baik untuk kita mendapatkan rezeki.
Berbakti kepada kedua ibu bapa adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam serta menjaga silaturrahim di antara keluarga, adik-beradik, saudara mara dan sebagainya. Amalan-amalan sebegini amatlah disukai Allah.
Kesimpulan
Untuk mendapatkan hasil yang cepat dengan menggunakan doa dipercepatkan disatukan jodoh ini, anda wajib tidak mengabaikan solat lima waktu serta tidak lupa untuk melakukan ibadah-ibadah lain seperti bersedekah amal jariah, berpuasa dan sebagainya.
Jika kita ikhlas dalam setiap perbuatan kita berserta kebaikan yang kita tunjukkan pasti doa kita akan dimakbulkan Allah dengan cepat. Jadi, apabila anda ingin mendapatkan jodoh terbaik, anda haruslah sentiasa melakukan kebaikan dan tinggalkan keburukan yang mendatangkan dosa.
Semoga dengan mengamalkan doa-doa pendekat jodoh yang dikongsikan anda akan cepat bertemu jodoh yang baik dan terbaik serta mendapatkan pilihan hati anda selama ini. Pastikan ia kekal selamanya dunia dan akhirat. Ingatlah, semua itu rahsia Allah. - Bukit Besi Blog