Doa pengasih yang paling kuat sebagai pengikat kasih sayang merapatkan hubungan suami isteri, lelaki dan perempuan atau untuk kekasih adalah daripada ayat suci Al-Quran yang terbukti mustajab dan amat berkesan.
Selain untuk mengikat rasa cinta dan rindu yang boleh dilakukan dengan doa pengasih ini, ia juga boleh diamalkan untuk berbagai tujuan lain seperti untuk dikasihi majikan dan sahabat dari jarak jauh atau pun dekat.
Malahan anda boleh amalkan untuk isteri atau suami curang agar dikembalikan rasa cinta dan mencintai terhadap pasangan termasuk hubungan keluarga agar terus berpanjangan dengan izin Allah SWT.
Walau bagaimanapun, wajib diketahui cara berdoa dengan betul sebelum anda mengamalkan doa pengasih paling mustajab ini dengan mengikut adab-adab berdoa supaya semua niat dan tujuan kita akan dimakbulkan Allah.
Mulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan memuji kebesaran Allah SWT berserta dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Perlu dipastikan segala niat anda diperbetulkan sebelum mula berdoa dan zikir.
Jangan dilupa surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, ayat Kursi serta doa-doa lain seperti untuk dimurahkan rezeki dan seumpamanya sebelum anda membaca bacaan doa ilmu pengasih yang dikongsikan.
Apa yang penting adalah cara-cara dan adab berdoa perlu diterapkan dengan tepat mengikut syariat Islam dan sunnah Nabi sepertimana yang telah diajarkan kepada kita semua umat Rasulullah SAW.
Betapa pentingnya doa dalam kehidupan manusia seharian telah dijelaskan dalam tiga dalil yang telah disertakan di bawah untuk pengetahuan bersama.
Al-Quran adalah kalam Allah bermukjizat paling sempurna terpelihara dan mencurahkan ilmu serta hukum Islam yang sangat baik untuk semua manusia berhubungan dengan Allah SWT iaitu melalui doa.
Disebabkan itulah maksud sembahyang atau solat yang wajib didirikan oleh semua umat Muhammad SAW telah ditakrifkan sebagai doa dari segi Bahasa Melayu seperti firman Allah SWT berikut:
Seterusnya firman Allah SWT yang membawa maksud:
Dan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud seperti gambar di bawah:
Doa Pengasih Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri
Berikut adalah antara ayat-ayat Al-Quran daripada surah-surah yang dinyatakan untuk dijadikan sebagai doa pengasih hubungan suami isteri berserta untuk segala hajat dan dicintai oleh semua orang dunia akhirat.
Surah Yusuf Ayat 4
Bacaan doa daripada surah Yusuf ayat 4 ini diumpamakan sebagai ayat ilmu pengasih yang paling terbaik dan mustajab kerana kelebihan dan kebaikannya yang tersendiri paling berkesan.
Ia bukan saja untuk menyerikan muka atau pemanis wajah dan awet muda sahaja. Malahan, boleh menjadikan diri kita disayangi oleh orang ramai dan sesiapa sahaja.
Selain wajah berseri-seri manis dipandang orang, ayat ini juga digunakan untuk mendapatkan dan pendekat jodoh bagi sesiapa yang masih belum berkahwin sedangkan semakin berusia.
Surah Yasin Ayat 36
Surah Yasin adalah hati Al-Quran dan fadhilat ayat 36 dari surah ini terlalu banyak untuk dihuraikan serta ia dibaca bukan hanya sebagai doa pengasih saja.
Antara manfaat yang diperolehi daripada membaca ayat ini tidak hanya dicintai manusia tetapi dapat menghilangkan ketakutan ketika bertemu musuh, segala hajat dipenuhi dan banyak lagi.
Surah Ali Imran Ayat 14
Amalan zikir dan doa yang dibaca dimulai dengan surah Ali Imran ayat 14 ini dapat menghilangkan kesedihan dan musibah selain menerangkan hati dan mendapat taufiq hidayah.
Bukan itu sahaja, ia mempunyai khasiat yang sangat banyak. Untuk ilmu pengasih dan pelembut hati supaya mendapat kasih dan sayang serta dikasihi, amalkanlah setiap hari selepas solat.
Surah Al-Hujurat Ayat 13
Surah Al-Hujurat Ayat 13 ini adalah doa pengasih untuk lelaki dan perempuan yang boleh dibuat dengan membacanya sama ada dari jauh atau pun dekat.
Tidak hanya untuk kekasih hati tetapi juga sebagai doa penunduk untuk suami curang dan isteri yang merajuk untuk dicintai dan disukai semula dengan menggunakan ayat suci ini.
Surah Ali Imran Ayat 31
Surah Ali Imran ayat 31 ini adalah untuk memikat hati suami agar kasih dan cintanya tidak beralih arah dan akan selalu sayang kepada diri isteri.
Rasa cinta, mencintai dan rindu merindui pasti akan terjadi jika amalan wajib telah kita lakukan termasuk membaca doa-doa khusus daripada ayat Al-Quran.
Doa pengasih untuk suami ini juga boleh dibaca bersama-sama doa lain yang dikongsikan di atas dan di bawah. Bacalah dengan penuh keyakinan dan mohonlah dengan Allah SWT tanpa jemu.
Surah Al-Syura Ayat 19
Surah daripada Al-Syura pada ayat yang ke 19 ini untuk melembutkan hati pasangan tak kira samada lelaki atau wanita, kekasih atau tunang dan sebagainya dengan tujuan untuk lembutkan hati si dia.
Anda disarankan membaca doa ilmu pengasih ini setiap hari selepas selesai menunaikan solat. Ia amat mustajab menjadi pengikat kasih sayang kita supaya terus disayangi.
Surah Taha Ayat 39
Kebiasaannya surah Taha ayat 39 ini dibacakan selepas membaca surah Yusuf ayat 4. Ia juga doa untuk mengeratkan hubungan pengikat kasih sayang dan juga berkaitan dengan pendekat jodoh.
Bagi anda yang sedang menunggu jodoh, amat baik mengamalkan doa ini diikuti dengan surah Yusuf ayat 4 yang disertakan di atas.
Amalkan bacaan kedua-dua surah tersebut selepas solat atau setelah selesai mandi atau selepas ambil wuduk pada setiap hari dan mohonlah semua apa yang anda hajat dan niat.
Surah Ali Imran Ayat 200
Ayat ini pula untuk penunduk hati suami atau siapa yang kita inginkan dan ia juga untuk mendekatkan lagi perasaan kasih terhadap orang yang kita cintai.
Malahan dengan amalan zikir dan doa ini, anda akan menjadi lebih kuat, tabah dan terus bersabar selepas mengamalkannya. Lebih tenang dan segala masalah dapat diselesaikan dengan mudah.
Yakinlah dengan Allah SWT dan merayulah dengan bacaan doa dan zikir bersama niat yang baik untuk melembutkan hati orang-orang yang kita sukai, insya Allah akan dimakbulkan.
Jauhilah perkara syirik dengan cara paksaan seperti menggunakan jampi serapah, minyak cenuai, minyak dagu, mentera, makhluk halus, jin atau sihir penunduk kerana semua itu amat merugikan malah berdosa besar.
Jangan sekali-kali anda dekatkan diri dengan ilmu pengasih yang bertentangan dengan agama Islam dengan menyembah iblis dan syaitan. Itu semua akan memudaratkan diri anda sendiri dan keluarga.
Ayat Pengasih Salamun Qaulam
Doa pengasih Salamun Qaulam adalah potongan ayat daripada Surah Yasin ayat 58. Kelebihan dari amalan membaca ayat ini tersangat banyak yang berkaitan dengan ilmu dan ayat pengasih.
Antaranya adalah untuk memanggil suami atau isteri pulang ke pangkuan, meminta dilindungi Allah sekiranya berada dalam kecemasan dengan baca berulang-ulang kali tanpa henti.
Ia boleh juga dibaca untuk keselamatan diri atau rumah kediaman, anak yang ingin menduduki peperiksaan iaitu penerang hati serta untuk menghalau anasir jahat seperti kecurian dan sihir.
Sebenarnya, manfaat daripada mengamalkan ayat ini terlalu banyak dan digalakkan anda membaca kesemuanya ketika sedang berwuduk atau pun selepas mendirikan solat dalam rumi Bahasa Malaysia atau jawi bahasa Arab.
Baca : Doa Seri Wajah Suami Isteri
Antara Doa Mustajab Lain
Selain doa-doa pengasih dan ayat-ayat suci Al-Quran yang dikongsikan di atas, ada banyak lagi ayat yang boleh anda amal untuk tujuan disayangi seperti yang dinyatakan di bawah:
Doa Nabi Sulaiman
Doa pengasih Nabi Sulaiman ini telah dibacakan oleh Baginda AS ketika bersama pasukannya yang ketika itu ingin melintasi satu sarang semut sehingga membuatkan semua semut tersebut ketakutan.
Inilah salah satu anugerah yang dikurniakan Allah SWT kepada Nabi Sulaiman AS yang membuatkan beliau memahami apa yang dikatakan oleh semua semut-semut tersebut.
Lalu dibacakan ayat ini oleh Nabi Sulaiman AS kerana amat bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang tidak terhingga ini sehingga dapat memerintahkan ratu semut dan rakyatnya untuk masuk segera ke dalam sarang.
Jadi, kita sebagai manusia biasa wajib bersyukur kepada Allah di atas apa sahaja yang telah diberikan kepada kita sehingga ke hari ini kita hidup dengan sempurna, bacalah ayat ini.
Baca : Doa Nabi Yunus Penawar Musibah & Kesulitan
Doa Mohon Kejayaan
Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Sulaiman AS dengan mengurniakan Baginda satu anugerah yang amat besar iaitu pengetahuan yang luas dan melimpahkan kekuasaan yang sangat besar dan amat kuat.
Di dalam Al-Quran turut dinyatakan bagaimana kehidupan serta kekayaan selain kebijaksanaan Nabi Sulaiman AS yang sangat luas kepandaian dan kepintarannya.
Oleh itu, ayat ini boleh kita amalkan untuk memohon segala kebaikan agar dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat termasuk untuk mengasihi dan dikasihi orang.
Ilmu Pengasih Yang Perlu Suami Isteri Tahu
Berikut adalah perkongsian video ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus yang menerangkan bagaimana ilmu dan ayat pengasih yang perlu suami dan isteri tahu untuk mengharmonikan hubungan rumah tangga.
Kesimpulan
Semua doa di atas adalah sebahagian daripada perkongsian beberapa pengguna daripada Facebook termasuk daripada orang-orang yang lebih arif tentang doa ilmu pengasih pengikat kasih suami dan isteri.
Walau bagaimanapun, dinasihatkan anda sentiasa menunaikan solat lima waktu setiap hari dan membuat semua amalan-amalan wajib sepertimana yang ditugaskan kepada kita sebagai seorang Islam.
Selain amalan tersebut termasuk zikir-zikir memuji Allah SWT, jangan lupakan semua amalan baik seperti sedekah kepada yang memerlukan dan berbuat baik dengan semua manusia serta meninggalkan semua perkara yang dilarang.
Dalam masa yang sama, amalkanlah semua doa pengasih yang dikongsikan dengan ikhlas dari hati. Merayulah kepada Allah SWT dengan penuh khusyuk, insya Allah semua hajat itu akan dikabulkan Allah dengan segera.
Semoga perkongsian ayat-ayat suci dan juga doa-doa ilmu pengasih ini dapat membantu anda untuk mendapatkan semua apa yang dihajati sama ada untuk disayangi suami isteri, lelaki perempuan, rakan sekerja, majikan, keluarga dan sebagainya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog