Makanan kering (Dry Food) jenama Me-O amat sesuai untuk semua kucing dewasa kerana ia dilengkapi dengan nutrisi lengkap selain diperbuat daripada ikan asli yang halal tanpa sebarang bahan campuran yang meragukan malahan ia tidak membahayakan kesihatan Si Bulus sebaliknya akan lebih sihatkan tubuh badan Si Comel ini.
Walau bagaimanapun, anda pasti akan dapat melihat perubahan ketara dalam jangkan masa tertentu berpandukan kepada antibodi kucing selepas ia mengambil makanan kering jenama Me-O yang mana ia mempunyai rasa ikan original serta terbukti Si Meowy amat suka.
Untuk makluman, semua produk Me-O mempunyai gizi yang seimbang dan lengkap dengan semua keperluan kucing malah ia telah diformulasikan bagi memenuhi standard gizi yang telah ditetapkan oleh US National Research Council (NRC) dan Association of American Feed Control Officials (AAFCO) di seluruh dunia.
Kibbles (Dry Food) Jenama Me-O Bagus Untuk Semua Kucing
Semua makanan yang amat istimewa daripada Me-O ini telah diperbuat dengan penuh rasa kasih dan sayang dengan menitikberatkan serta mementingkan untuk kesihatan Si Meowy secara keseluruhan dan hanya yang terbaik untuk Si Bulus.
Melalui kajian yang dilakukan sistem pencernaan Si Meowy tidak lagi mengalami masalah yang serius apabila menukar makanan baru dengan mengikut kitaran yang berperingkat secara betul sehingga selesai menggantikan kepada makanan lama.
Makanan kering Me-O mempunyai pelbagai perisa dengan isi kandungan dan bahan-bahan berkualiti tinggi yang bersesuaian dengan semua jenis kucing dewasa dan anak bulus. Berikut adalah antara senarai yang paling bagus untuk dicuba.
- Gourmet
- Salmon
- Mackerel/Sardin
- Makanan Laut
- Tuna
- Ayam & Sayuran
- Daging & Sayuran
Untuk makluman para pembaca, antara bahan asas utama yang terdapat di dalam makanan kering kucing ini adalah bijiran jagung dan beras, tepung ayam, protein daripada sayur-sayuran iaitu soya dan jagung, tepung ubi, tepung ikan, minyak ayam, ikan dan hati cincang, tepung udang, telur, taurina, vitamin dan garam-garam mineral serta antioksidan.
Selain itu, disertakan juga senarai nutrisi, protein dan beberapa jenis vitamin yang amat diperlukan oleh setiap kucing supaya terus sihat dihindari dari sebarang penyakit serta dapat membantu tumbesarannya daripada khasiat yang terdapat di dalam setiap jenis makanan kering jenama MeO iaitu:
Taurina (Taurine) - Acid Amino untuk menajamkan penglihatan
Vitamin C - Mempertingkat sistem imun badan dan mengurangkan stress
FLUTD (Feline Lower Urinary Tract Disease) - Mencegah batu penyakit batu karang
Omega 3 & 6 dan Zink - Melembutkan kulit dan melebatkan bulu yang cantik
Paras Sodium Terkawal - Elak tekanan darah, penyakit ginjal dan jantung
Calcium Phosphorus & Vitamin D - Menguatkan gigi dan tulang dengan berkesan
Baca Juga : Makanan Kucing Paling Terbaik Daripada MeO
Bagaimana Untuk Mendapatkan Me-O?
Semua jenis makanan kucing Me-O banyak dijual di kebanyakan Pet Shop, kedai runcit dan pasar raya seluruh Malaysia. Anda boleh juga membeli secara online di laman Shopee Official Me-O untuk mendapatkan harga yang murah dan diskaun untuk bayaran penghantaran.
Kesimpulan
Seperti juga anda, Si Meowy juga memerlukan makanan yang seimbang serta nutrisi yang lengkap di dalam pemakanannya. Seperti yang diterangkan pada awal artikel ini tadi, Makanan Kering Kucing jenama Me-O telah dicipta khas bagi memberikan Si Meowy anda nutrisi yang lengkap agar mereka kekal aktif, ceria dan bertenaga.
Bila kucing sihat kita pun senang hati kan? Diharapkan agar penulisan kali ini tentang Mengapa Anda Perlu Memilih Makanan Kering Kucing Me-O boleh membantu anda untuk mendapatkan produk ini untuk diberikan kepada Si Meowy. Jangan lupa untuk kongsikan ilmu bermanfaat ini kepada keluarga dan rakan-rakan! - Bukit Besi Blog