Me-O Makanan Kucing Paling Terbaik Untuk Sihat Bulu Lebat & Gemuk

Makanan kucing terbaik

Jika anda seorang pecinta kucing yang prihatin serta menyayangi Si Meowy anda pasti inginkan setiap seekor Si Meowy yang dibela sentiasa sihat dari luar dan dalam bebas dari segala penyakit yang biasanya berpunca daripada diet pemakanan mereka yang tidak dijaga dengan cara yang sebetulnya, jadi dapatkanlah makanan paling terbaik untuknya.

Tahukah anda masalah saluran urinari (FLUTD), pundi kencing bengkak (Bladder), Kesukaran untuk membuang air, penyakit batu karang dan yang seumpamanya sering berlaku kepada semua jenis kucing, lebih-lebih lagi jika tiada pemantauan khusus tentang pemakanan yang betul dan kurangnya kadar air di dalam badan.

Pelbagai sebab dan punca yang boleh menyebabkannya terjadi kepada Si Meowy sekiranya tidak dibendung atau ditangani dengan segera. Segala masalah kesihatan yang berlaku pada Si Meowy yang sebenarnya bermula hanya daripada faktor pemakanan, boleh menjadi lebih teruk lagi jika tiada sebarang rawatan dan perhatian diberikan untuk mencegah dan mengatasi masalah ini.

Sakit buah pinggang, masalah sistem pencernaan dan kecacatan saluran kencing berisiko tinggi menyebabkan kerosakan kepada organ Si Meowy. Perkara ini boleh terjadi kerana toksin yang terkumpul di dalam pundi sehingga akan membawa kepada kematian secara tiba-tiba tanpa disangka.

Walau bagaimanapun, ramai yang beranggapan dengan mencuba pelbagai petua akan menjaminkan kesembuhan tanpa perlu mendapatkan rawatan doktor, semua itu belum tentu menjanjikan kesembuhan kerana segalanya bermula daripada jenis makanan harian seperti yang terdapat pada makanan kucing jenama Me-O terbukti berkesan menyihatkan.

Jenama Me-O Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kucing


Untuk mengatasi kesihatan yang tidak bagus terhadap Si Meowy, ia amat memerlukan makanan yang berkualiti tinggi dan berkhasiat kerana makanan jenis ini mampu sihatkan Si Bulus dari luar dan dalam badan berpandukan kepada jenis makanan yang diberi.

Jadi, dapatkan makanan kucing yang paling terbaik dari jenama Me-O yang mempunyai pelbagai perisa yang pastinya akan membuka selera Si Meowy tanpa ragu-ragu dan dicadangkan anda mencuba terlebih dahulu barulah tahu kebaikan dan kesahihannya.

Jenama Me-O Paling Bagus

  • Tuna
  • Ayam & Sayuran
  • Daging & Sayuran
  • Makanan Laut

Makanan kucing terbaik jenama Me-O adalah sejenis makanan yang bergizi seimbang dan lengkap dengan berbagai kelebihan serta diformulasikan khas untuk memenuhi atau melebihi standard gizi yang telah ditetapkan oleh US National Research Council (NRC) dan Association of American Feed Control Officials (AAFCO).

Makanan kucing Me-O yang terbukti sangat berkualiti serta menjadi pilihan ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia, India, Thailand dan boleh dikatakan hampir serata dunia, mengapa agaknya?

Ini kerana setiap produk keluaran Me-O bukan sahaja mampu mengenyangkan Si Meowy tetapi terdapat nutrisi lengkap dan banyak kebaikan dalam kandungan bahannya seperti dicipta bersama formula istimewa untuk kucing dan antaranya seperti berikut:

Taurina (Taurine)
Taurine adalah sejenis acid amino yang teramat penting bagi seekor kucing untuk fungsi mata serta mampu meningkatkan lagi pandangan dan penglihatan kucing dengan lebih baik lagi.

Vitamin C
Dengan adanya vitamin C, ia dapat meningkatkan sistem imun tubuh badan kucing selain dapat membantu mengurangkan kadar stress yang biasanya disebabkan oleh persekitaran dan sesuatu tempat di mana kucing berada.

FLUTD (Feline Lower Urinary Tract Disease)
Flutd adalah sejenis penyakit kucing yang berkait dengan saluran kencing dan dengan adanya formula khas daripada Me-O ini, ia dapat mencegah serta mengurangkan risiko menghadapi penyakit batu karang dan lebih mudah untuk membuang air tanpa meneran.

Omega 3 & 6 And Zinc
Omega-3 dan Omega-6 adalah daripada minyak yang berkualiti tinggi yang dikombinasikan dengan Zinc untuk membantu serta melembutkan kulit dan bulu kucing supaya tumbuh lebih lebat dan sihat.

Kandungan Sodium yang Terkawal
Formula rendah sodium, dapat membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, menguatkan ketahanan jantung serta mencegah daripada terkena penyakit ginjal atau batu karang kucing.

Kalsium, Fosforus & Vitamin D
Kalsium, Fosfor dan Vitamin D dapat membantu untuk lebih menguatkan lagi gigi dan tulang kucing.

Makanan Kering Kucing (Me-O Dry Food)

Makanan kucing jenama Me-O sememangnya amat sesuai dengan semua jenis kucing tetapi sebelum diberikan kepada Si Meowy pastikan anda mengikut aturan serta jadual yang betul seperti yang dipaparkan demi mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh terjadi tanpa diduga.

Gangguan yang biasanya berlaku membabitkan sistem pencernaan yang disebabkan perubahan drastik menukar jenis makanan, oleh itu pemberian makanan kucing jenama Me-O perlu mengikut jadual yang betul, berperingkat dan teratur sehingga selesai kitaran makanan lama seperti berikut:

Makanan kucing super premium

Yang bagus untuk bulu gugur

Kesemua makanan kucing kering Me-O diperbuat dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi seperti Jagung, Tepung Jagung, Tepung Ayam, Beras, Tepung Gluten Jagung, Tepung Kacang Soya, Minyak Ayam, Tepung Ikan Tuna, Hidrolisat Ayam, Mineral, Tepung Udang, Vitamin-vitamin, DL-Methionine (asid amino), Taurina, Potassium Sorbate, Antioksidan serta pewarna makanan.

Kini anda tidak perlu risau lagi kerana makanan kering kucing Me-O memberikan Si Meowy anda dengan nutrisi yang lengkap serta akan terus menerus meningkatkan tahap kesihatan yang bagus dan imunisasi tubuh yang baik.

Baca Juga : 21 Tips Penjagaan Kucing Dengan Betul

Bagaimana Untuk Mendapatkan Me-O?

Melebatkan hairball dan gemuk

Semua jenis makanan kucing Me-O banyak dijual di kebanyakan Pet Shop, kedai runcit dan pasar raya seluruh Malaysia. Anda boleh juga membeli secara online di laman Shopee Official Me-O untuk mendapatkan harga yang murah dan diskaun untuk bayaran penghantaran.


Kesimpulan

Penjagaan Kesihatan Si Meowy memang sangat penting. Kalau boleh kita inginkan Si Meowy sentiasa sihat, aktif dan ceria. Selain membawa Si Meowy berjumpa vet, jaga kesihatan Si Meowy dengan memantau keseimbangan pemakanan mereka dan berikan mereka makanan kucing Me-O.

Semoga perkongsian kali ini yang berkaitan dengan makanan kucing jenama Me-O yang paling terbaik ini dapat memberi manfaat kepada para semua pembaca serta turut membantu untuk mendapatkannya dengan cara yang paling mudah. - Bukit Besi Blog