Kegunaan dan Kelebihan Aplikasi Mobile SmartHeart MY

Kelebihan Aplikasi SmartHeart MY Mobile

Pencinta haiwan kesayangan di Malaysia pada masa ini pastinya kenal dengan aplikasi mobil SmartHeart MY yang banyak membantu memudahkan semua perkara yang berkaitan dengan keperluan si comel haiwan kesayangan.

Tetapi kepada mereka yang masih baru atau mereka yang belum tahu tentang kewujudan aplikasi ini sudah tentunya tertanya-tanya apakah kelebihan dan kegunaannya yang kini sering diperkatakan di laman sosial.

Jadi untuk penulisan kali ini jom kami terangkan kegunaan, ciri-ciri serta kelebihan yang terdapat pada aplikasi mobil SmartHeart MY ni!

Kelebihan Aplikasi Mobil SmartHeart MY Untuk Si Comel


SmartHeart untuk kucing kesayangan

Antara kelebihan penggunaan aplikasi yang amat istimewa diringkaskan di bawah dan semestinya untuk keperluan Si Comel disamping mempercepatkan semua urusan pemilik haiwan kesayangan seperti memerlukan pengetahuan serta maklumat tertentu lebih cepat dan padat.

Pelbagai Pilihan Produk Secara Online


Aplikasi khas untuk si comel

Melalui aplikasi mobil SmartHeart MY, anda boleh membeli makanan haiwan kesayangan yang mempunyai pelbagai pilihan dan kategori samada makanan basah, makanan kering atau snek secara online.

Peraduan & Giveaway


Anda berpeluang menyertai peraduan secara online yang menawarkan hadiah-hadiah menarik yang boleh dimiliki oleh semua pencinta haiwan yang mempunyai aplikasi mobil SmartHeart MY. Caranya hanya muat turun dan daftarkan diri melalui aplikasi tersebut.

Kumpul Mata Ganjaran


Berbagai tawaran untuk pencinta haiwan

Mengumpul mata ganjaran atau Loyalty Points Reward turut ditawarkan untuk semua pelanggan yang berdaftar. Mata ganjaran juga boleh dikumpul menerusi sebarang pembelian secara online. Mata yang terkumpul kemudian boleh digunakan bagi menebus barangan eksklusif SmartHeart.

Baca: SmartHeart MY: Aplikasi Untuk Anda dan Si Comel

Kuiz


Jawab soalan kuiz melalui aplikasi mobil SmartHeart MY boleh jadi lebih seronok kerana selain dapat tambah pengetahuan, anda juga dapat dapat mengumpul mata ganjaran!

Promosi Terkini


Dengan adanya aplikasi mobil SmartHeart MY, anda turut berpeluang menikmati promosi-promosi istimewa yang mana ia akan sentiasa dikemaskini melalui aplikasi ini. promosi yang diadakan biasanya hanya dikhaskan untuk pelanggan yang telah berdaftar.

Berita Terbaru


Promosi untuk pelanggan smartheart Malaysia

Semua perkembangan, berita terbaru dan aktiviti terkini yang berkaitan dengan pengetahuan semasa atau seumpamanya yang ditujukan khas untuk pencinta haiwan dan Si Comel anda, segalanya hanya melalui menerusi aplikasi mobil SmartHeart MY sahaja.

Referral Program


Semua ahli yang telah berdaftar berpeluang untuk mendapatkan ganjaran istimewa daripada aplikasi SmartHeart dengan memperkenalkan aplikasi ini kepada rakan-rakan, keluarga atau mereka yang mencintai haiwan atau mereka yang memerlukannya.

Pet Profile


Anda boleh memasukkan biodata haiwan kesayangan melalui Pet Profile Details yang disediakan di dalam aplikasi mobil SmartHeart MY. Dengan adanya profile haiwan kesayangan secara digital ini, banyak kebaikan dan kelebihan yang bakal diperolehi.

Mencari Lokasi Kedai Terdekat


Pet Shop near me location

Penggunaan aplikasi mobil SmartHeart MY turut memudahkan urusan semua pencinta haiwan yang ingin mencari lokasi-lokasi kedai yang berhampiran bagi mendapatkan sebarang produk dari SmartHeart atau keperluan tertentu dengan hanya klik pada menu Store Locator sahaja.

Kesimpulan


Pendek kata aplikasi ini hadir dengan pelbagai ciri-ciri bagi memudahkan kehidupan anda sebagai seorang pemilik haiwan peliharan. Semua ada dalam aplikasi ni. Paling best, anda boleh kumpul mata ganjaran dan tebus cenderamata eksklusif tau. Jadi dowload aplikasi SmartHeart MY hari ini di Google Play Store dan Apple Store! - Bukit Besi Blog