Aplikasi Mobil SmartHeart MY Ada Berita Terkini & Aktiviti Terbaru?

Aplikasi Mobil SmartHeart MY Ada Berita Terkini

Anda dah muat turun aplikasi mobil SmartHeart MY? Macamana okay tak dengan penggunaan aplikasi istimewa ini? Banyak sangatkan kelebihannya dan mungkin tak semua yang tahu tentang aplikasi terbaru daripada SmartHeart ini juga mempunyai berita yang terkini dan segala aktiviti terbaru.

Bagi anda yang ingin tahu tentang semua berita terkini dan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak SmartHeart melalui aplikasi ini, jom teruskan membaca entri kali ini!

Berita Terkini dan Aktiviti Terbaru Dari Aplikasi Mobil SmartHeart MY


Untuk mendapat semua perkembangan dan maklumat semasa yang disampaikan oleh SmartHeart menerusi aplikasi ini, anda hanya perlu klik pada bahagian Latest News yang terdapat pada muka depan aplikasi, itu sahaja.

Aktiviti terbaru aplikasi

Untuk tahu secara keseluruhannya, boleh juga klik pada bahagian View All, seterusnya semua maklumat yang ingin anda tahu dipaparkan secara satu persatu dalam aplikasi mobil SmartHeart MY ini.

Walau bagaimanapun, menerusi aplikasi ini juga sangat banyak maklumat-maklumat penting yang boleh didapati di dalamnya bukan sekadar berita dan aktiviti sahaja. Dengan hanya satu aplikasi sahaja boleh dikatakan hampir keseluruhan keperluan Si Comel anda boleh dilihat di dalamnya.

Anda tidak akan terlepas berita terkini, informasi ataupun peraduan daripada SmartHeart lagi lepas ni. Hanya perlu muat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda. Mudah kan?

Peraduan: Geng, Chef Si Comel Ada Apps!


A must-have app for pet owners

Untuk makluman, sekarang bermula 1 Mac sehingga 31 Mei 2023, SmartHeart telah mengadakan satu peraduan Geng, Chef Si Comel Ada Apps dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti Hamper dan Tumbler Eksklusif yang bernilai sehingga RM10,000 untuk dimenangi.

Cara Untuk Menyertai Peraduan:

1. REGISTER

Muatnaik aplikasi SmartHeart MY di Google Play Store untuk Android dan Apple Gallery Store untuk iPhone iOS. Seterusnya daftar dan log masuk untuk laksanakan langkah mudah.

2. SNAP

Snap gambar Chef Si Comel mengikut kreativiti anda dengan menggunakan aplikasi SmartHeart MY dan masukkan tema gambar seperti contoh, Tema: Chef Si Comel sedang menjawab soalan kuiz di aplikasi SmartHeart MY.

3. HANTAR

Hantarkan gambar tersebut berserta dengan maklumat yang diperlukan bersama dengan kapsyen #GengChefSiComelAdaApps ke pautan peraduan yang disediakan: Borang Peraduan.

Nota:

Anda perlu pastikan menghantar setiap gambar mengikut tema bulanan yang telah ditetapkan seperti berikut:

Contoh Gambar Penyertaan Tema Bulanan

Geng, Chef Si Comel Ada Apps!

  • Tema Bulan Mac 2023: Chef Si Comel Jawab Kuiz
  • Tema Bulan April 2023: Chef Si Comel Stock Up Raya
  • Tema Bulan Mei 2023: Chef Si Comel Tebus Ganjaran

Rujukan

Kesimpulan


Diharap dengan penerangan ringkas tentang bagaimana cara untuk sentiasa mendapatkan perkembangan dan berita terkini di aplikasi mobil SmartHeart MY dapat membantu anda menyelesaikan persoalan yang telah menjadi tanda tanya sebelum ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog