Gambar Pembinaan UiTM Bukit Besi

Salam satu Malaysia. Pada 15 Mei lalu saya telah mengunjungi ke tapak pembinaan UiTM Bukit Besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Ketika itu saya sedang bercuti dan saya mengambil kesempatan tersebut untuk meninjau kawasan pembinaan UiTM di Bukit Besi yang hampir separuh siap itu.

Namun saya agak kecewa kerana tidak dapat masuk ke seluruh kawasan UiTM untuk mengambil gambar kerana pengawal keselamatan di situ mengatakan pihak pengurusan tidak membenarkan orang luar dan orang tidak berkenaan memasuki kawasan itu tanpa kebenaran. Saya hanya dibenarkan masuk sekiranya ada surat pelepasan atau kebenaran dari pihak pengurusan. Saya akur dan hanya mengambil gambar-gambar yang tidak seberapa itu daripada luar.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar UiTM Bukit Besi yang di ambil dari jarak jauh.

Bangunan UiTM Bukit Besi

UiTM Bukit Besi




UiTM Bukit Besi sebenarnya terletak di Tasik Puteri Bukit Besi dan Kelab Golf Bukit Besi, sekiranya anda ingin ke sini, anda akan melalui tepian tasik dahulu sebelum sampai ke UiTM. Lokasi tersebut agak sukar dicari sekiranya anda pertama kali ke sini kerana bangunan UiTM berselindung di sebalik bukit di Tasik Puteri Bukit Besi.