Koleksi Pokok Bunga Orkid Paling Cantik Di Bukit Besi

Bunga orkid paling cantik

Salam satu Malaysia. Kepada pengemar bunga orkid, anda tentunya mengenali kesemua jenis-jenis orkid bukan? serta tahu menjaga dan menanam bunga yang sangat cantik ini.

Tetapi tidak pada saya, saya hanya baru mengenali dan meminati orkid tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menjaga dan menanam orkid dengan baik.

Sejak kecil saya hanya melihat orkid-orkid yang ibu saya tanam secara suka-suka di kawasan rumah tetapi saya tidak pernah mengambil tahu apa itu orkid dan jenis-jenisnya.

Tapi pada hari ini saya sangat teruja untuk mengenali orkid dan berkongsi dengan anda semua yang meminati bunga yang sangat cantik ini melalui sebahagian gambar-gambar koleksi orkid yang diberikan oleh seorang warga Bukit Besi yang amat meminati dan menggemari bunga ini.

bunga orkid hutan

jenis-jenis orkid hiasan

petua subur cepat berbunga

Berbagai-bagai jenis bunga orkid boleh didapati di rumah beliau. Sama ada orkid hutan atau orkid luar negara, boleh dilihat disekitar rumah warga Bukit Besi ini. Terima kasih kepada saudara Ahmad Ngah kerana sudi berkongsi gambar-gambar beliau untuk paparan anda semua yang membaca. Jom kita lihat gambar-gambar bunga orkid yang terdapat di Bukit Besi.

Koleksi Jenis-Jenis Bunga Orkid Yang Cantik


Giant Orchid
The Giant Orchid, Grammatophyllum speciosum

Dendrobium farmeri
Dendrobium farmeri (syn.Den.densiflorum var farmeri )

Robiquetia spatulata
Robiquetia spatulata (Blume) J.J.Sm. Epiphytic

Bulbophyllum
Bulbophyllum Medusae

Spathoglottis
Spathoglottis plicata Blume Terrestrial

Dendrobium Hybrid
Dendrobium Hybrid

Liparis Lacerata
Liparis Lacerata

Coelogyne Fimbriata
Coelogyne Fimbriata

Eria Atrovinosa
Eria Atrovinosa

Untuk penjelasan terperinci berkenaan dengan kesemua jenis-jenis orkid di atas, anda perlu menghubungi Tuan Ahmad Ngah iaitu tuan empunya taman orkid terbaik dari Bukit Besi. Anda juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan tentang bunga orkid di dunia melalui forum Orchirds and Plants Malaysia.

Sebenarnya jenis-jenis orkid sangat banyak yang terdapat di Malaysia atau pun seluruh dunia. Sama ada jenis biasa atau orkid hutan, masing-masing mempunyai kelebihan dan sangat cantik dipandang. Peminat orkid pastinya tahu setiap jenis bunga orkid yang dikongsikan di atas.

Petua Orkid Cepat Berbunga


Berikut kami kongsikan juga video bagaimana cara atau petua untuk pokok orkid cepat berbunga untuk mereka yang meminati dan menanam orkid di rumah.


Nota: Ada beberapa jenis bunga orkid yang sangat wangi baunya.