3 Rakaman Video Sejarah Bukit Besi 1950/1960

Sejarah Bukit Besi

Salam satu Malaysia. Video sejarah Bukit Besi adalah rakaman asli yang telah dirakamkan sekitar awal tahun 1950 atau 1960 iaitu ketika di zaman kegemilangan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

Rakaman Video Sejarah Bukit Besi


Dalam rakaman video yang mempunyai sejarah tersendiri ini anda akan dapati bagaimana proses perlombongan bijih besi telah dilakukan, kehidupan penduduk Bukit Besi pada ketika itu dan juga beberapa kawasan-kawasan sekitar yang terdapat di Bukit Besi.




Manakala dalam video Sejarah Bukit Besi yang ketiga pula kebanyakkannya menceritakan tentang kehidupan para pekerja dan keluarga yang berkerja di Bukit Besi pada waktu itu.

Bandar Bukit Besi pada ketika itu amat sesak dan amat dikenali di seluruh Malaysia, malahan dikatakan antara daerah yang paling maju di negeri Terengganu dan juga dilabelkan sebagai antara tempat perlombongan bijih besi yang terkenal di dunia.

Walau bagaimanapun, kemasyhuran Bukit Besi telah berlalu dan sehingga kini tapak-tapak sejarah masih lagi kekal namun kehebatan Bukit Besi sekarang tidak semegah dahulu.