Resepi Pajeri Buah Peria

Salam satu Malaysia. Resepi pajeri buah peria ini adalah masakan saya sendiri. Saya memasak pajeri peria ini secara kebetulan dan tidak dirancang. Semuanya bermula apabila jiran sebelah rumah memberikan beberapa biji buah peria sebagai buah tangan setelah pulang dari kampung halamannya.

Secara umumnya, ramai yang tahu tentang betapa pahitnya rasa buah ini dan juga khasiat yang terdapat pada buah peria ini. Saya beberapa kali memikirkan bagaimana untuk memasak buah ini dengan niat untuk menghilangkan rasa pahit. Akhirnya saya mendapat idea untuk memasak pajeri buah peria. Saya cuma mengekalkan bahan asas untuk memasak pajeri ini seperti pajeri terung dan pajeri nenas.

Resepi Pajeri Peria

resepi pajeri peria

Bahan - Bahan Resepi Pajeri

Buah Peria beberapa biji - 3 biji bersaiz sederhana besar
3 biji bawang putih ditumbuk halus
4 biji bawang merah ditumbuk halus
Sepotong kulit kayu manis
Satu sudu kecil halba campur
3 sudu besar cili kering yang telah dikisar - cili boh pun boleh
Beberapa helai daun kari - optional
3 kuntum bunga lawang dan bunga cengkih
Sedikit udang kering ditumbuk halus
Sepotong atau seinci halia ditumbuk
Satu paket serbuk kari daging - Baba's
Secawan santan kelapa - kepekatan mengikut citarasa anda sendiri
Satu paket kerisik kelapa - paket kecil memadai

Cara Memasak Pajeri Peria

  1. Rebuskan buah peria lebih kurang dalam masa 5 minit atau sehingga lembut dan toskan
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis seperti bawang, bunga cengkih, bunga lawang, daun kari, kulit kayu manis, halia dan juga halba campur
  3. Setelah bahan tumis kekuningan dan naik baunya, masukkan cili kering dan tunggu sehingga pecah minyak
  4. Masukkan udang kering yang telah siap ditumbuk
  5. Masukkan rempah kari yang telah siap dibancuh dan tunggu sehingga pecah minyak atau minyak berada di atas yang berwarna kemerahan
  6. Masukkan sedikit air dan mengikut kehendak anda jika mahukan kuah yang cair, kurangkan kuantiti air jika mahukan kuah yang pekat
  7. Masukkan santan, garam dan gula mengikut citarasa anda
  8. Masukkan buah peria yang telah ditoskan tadi dan tunggu sehingga mendidih
  9. Masukkan kerisik dan biarkan beberapa minit dengan kadar api yang kecil
  10. Setelah kuah menjadi pekat, siap dan boleh dihidang
Saya percaya ramai yang kurang menggemari rasa buah ini kerana rasanya yang pahit. Tetapi buah peria mempunyai bermacam khasiat untuk merawat berbagai penyakit seperti diabetes atau kencing manis, darah tinggi, penyakit leukemia, HIV, AIDS dan sebagainya.

Rujukan Anda:
Tag : Personal, Resepi
2 Comments for "Resepi Pajeri Buah Peria"

assalam,

bagus jugak ni..tak pernah lagi rasa pajeri buah peria ni..

@BUNDA a.k.a KN Wassalam Bunda, boleh cuba. Bunda lagi pakar dalam masakan kan? Terima kasih singgah ye.

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top