Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Salam satu Malaysia. Debaran pasti ada kepada mereka yang baru pertama kali akan menghadiri tawaran temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Tetapi mungkin tidak kepada calon yang pernah ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini.

Temuduga PTT Gred N27

Begitu juga saya yang akan menghadiri temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 pada pukul awal bulan Jun 2013 ini, di Pusat Temuduga, SPA, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama saya mendapat tawaran temuduga di sektor awam iaitu untuk jawatan kerajaan.

Apa sekalipun, saya harus mencuba, tawaran seperti ini tidak selalunya ada, yang paling penting saya harus mencuba. Saya membuat kajian melalui internet iaitu dari blog - blog personal yang menceritakan pengalaman mereka dan ada juga seperti saya yang masih mencari - cari tips dan panduan untuk jawatan kerja Kerajaan ini. Di bawah ini saya sertakan beberapa blog tersebut:

Mereka Yang Telah Menghadiri Temuduga PTT N27

Selepas saya membaca beberapa blog melalui Google dan blog di atas, soalan - soalan yang biasa ditanya semasa temuduga adalah berkaitan dengan isu semasa, latar belakang calon, pengalaman kerja dan sebagainya. Sebagai contoh Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013 dan Senarai Penuh Barisan Exco Malaysia 2013. Nampak sangat mudah namun banyak perkara yang perlu kita teliti untuk menghadiri temuduga ini. Berikut adalah statistik yang diperolehi daripada laman web SPA:

Statistik Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 2013

  • Bilangan Permohonan : 153, 183 orang
  • Bilangan Panggilan Temuduga : 49, 116 orang
  • Bilangan Kekosongan Jawatan : 67 orang
  • Bilangan Calon Simpanan : 1000 orang
Kepada mereka yang telah dan akan menghadiri temuduga ini saya ucapkan selamat maju jaya, berusaha, tawakal dan berdoa. Kepada mereka yang telah menghadiri temuduga ini, saya berharap anda dapat kongsikan pengalaman anda di sini dan mungkin juga untuk mereka yang masih mencari maklumat terperinci mengenai temuduga PTT ini.

Nota Kaki : Kata seorang kawan yang berbunyi : "Pengalaman kerja adalah segala - galanya untuk temuduga ini".

Nota Dahi : Maaf, karangan di atas adalah karangan yang sangat formal dan boleh didapati di bilik Guru sekolah. Peace!

Rujukan Anda : Laman Web SPA
Tag : Personal, PPT N27
9 Comments for "Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27"

assalam, terima kasih diatas perkongsian anda. menghimpunkn senarai blog lain. senang nk rujuk ... yana tarikh temuduga 06.06.13 ... wish me luck ... and gudluck utk awk jgk ^^

@yana aina Wassalam, terima kasih jugak pada yana. Tempat temuduga kat mana?

Assalamualaikum....sy pn dpt...29 aribln ni...nevesnye la....@sue

Bro, mana dapat statistik dia ? ..

@Mr. J Mr J saya dpt kat page SPA >>>>LAMAN SPA..Peace!!!

hehe. ok ty.. haritu i try nak buka.. tapi xdpt2.. 67 je.. macam kena jackpot sapa yg dpt nih..

Salam yana..apa soalan yg ditanya?esok turn sy pula utk itw..

saya da kje penolong pegawai tadbir selama 3 tahun. n saya baru berusia 27 tahun. masa time saya kena iview hrtu panel hanya bersembang shj, tak banyak soalan yang dikemukan, dan mungki juga rezeki saya, saya dapat jawatan tu, kepada semua, good luck,

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top