Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 57

Tema Hari Kemerdekaan yang ke 57 pada tahun 2014 adalah Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta manakala lirik lagu tema kemerdekaan pada tahun 2014 ini ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya manakala pengubah lagu ini adalah Sharon Paul. Penyanyi lagu patriotik Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta adalah Penyanyi Bob Yusof.

Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Logo Hari Kemerdekaan Ke - 57 2014


Logo Tema Hari Kebangsaan 2014 ini telah direka oleh Abdul Mutalib Abdul Rahman iaitu seorang Pereka Grafik yang telah memenangi Peraduan Mencipta Logo Hari Kemerdekaan 57. Beliau telah menang dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7, 000 serta sijil penghargaan.

Video Lagu Hari Kebangsaan Ke - 57 2014




Lirik Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya.

Acara - Acara Sambutan Hari Merdeka



Minggu Merdeka
Tarikh: 28 Ogos-1 September 2014
Tempat: Jalan Raja Laut/Jalan Tunku Abdul Rahman/Stadium Merdeka/sekitar Kuala Lumpur
Acara: Karnival pameran, seminar, jualan, pertunjukkan dan aktiviti berkaitan.

Chow Kit Road 2.0
Tarikh: 29-31 Ogos 2014
Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman (depan Sogo)
Acara: Mengimbau kenangan Konsert Chow Kit Road bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat menerusi lagu-lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Amanat Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2014
Tempat: Matic, Jalan Ampang
Acara: Amanat kemerdekaan oleh Perdana Menteri dihadapan khalayak ramai.
Sambutan Ambang Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2014
Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman (depan Sogo)
Acara: Perdana Menteri melakukan countdown untuk sambutan kemerdekaan.

Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan
Tarikh: 31 Ogos 2014
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Acara: Perbarisan dan Perarakan dengan pengisian pertunjukan tattoo Angkatan tentera Malaysia (ATM), perarakan aset, formasi pedang dan lain-lain.

Sambutan Hari Malaysia
Tarikh: 16 September 2014
Tempat: Sarawak
Acara: Perarakan sambutan Hari Malaysia

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57. Salam Merdeka.