Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Bercili

Salam satu Malaysia. Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi Bercili memang banyak diperkatakan di semua media sosial di Malaysia. Malah ada yang menjual secara online untuk menambahkan pendapatan. Saya percaya ramai yang menyukai jeruk seperti ini terutamanya perempuan. Saya tahu ramai yang sudah tahu tentang resepi jeruk ini tetapi saya ingin juga berkongsinya di blog ini.

Resepi mangga asamboi ini saya perolehi daripada facebook tapi saya olahkan sedikit iaitu dengan merendamkan mangga putik ini bersama air garam terlebih dahulu selama sejam sebelum toskan serta memasukkan bahan-bahan lain dan peramkan di dalam peti ais selama beberapa jam.

Jeruk Mangga

Resepi Mangga Asam Boi Bercili

  • 3 Biji Mangga muda atau putik
  • Asam Boi beberapa peket
  • Cili padi
  • Gula
  • Garam

Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi

  • Potong buah mangga putik mengikut keselesaan anda. Buah mangga muda yang telah siap dipotong direndam bersama air garam selama sejam atau 30 minit memadai.
  • Setelah ditoskan masukkan cili padi yang telah dipotong. Lebihkan cili jika anda suka pedas
  • Masukkan asam boi mengikut kuantiti anda sendiri
  • Masukkan gula dan garam
  • Gaulkan semua bahan dan masukkan ke dalam bekas atau tupperware dan simpankan di dalam peti ais beberapa jam. Siap
Mangga Asam Boi

Memang sedap dan anda tidak perlu beli, lebih baik buat sendiri kerana cara nak buat jeruk ini tersangat mudah. Ini percubaan pertama saya dan yang paling seronok isteri saya sangat suka. Semua anak - anak buah saya makan sampai minta dibuat lagi. Jika anda tidak berkesempatan untuk membuat sendiri dan ingin membeli Jeruk Mangga Asam Boi Bercili ini secara online, anda boleh menghubungi Cik Puan Mozza Sulong melalui facebook beliau di Mozarella Cheese.

Tag : Resepi
2 Comments for "Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Bercili"

Memang sedap..
Puas makan kalau buat sendiri ni kan :)

Lepas ni boleh try rendam dengam air garam plak :D

Sangat sedap. Rendam air garam tu mak saya yang cakap..kalau orang dulu-dulu buat jeruk diorang akan rendam air garam dulu untuk hilangkan getah katanya.

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top