Semakan Status Pinjaman PTPTN (Cara Semak Baki & Penyata PTPTN)

cara semak baki pinjaman ptptn online

Bagaimanakah cara membuat semakan status pinjaman dan cara semak baki pinjaman PTPTN secara online dan sms? Soalan ini seringkali ditanya oleh pelajar dan peminjam baru yang membuat permohonan pembiayaan PTPTN.

Sebenarnya Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan secara atas talian untuk semua rakyat Malaysia melalui portal yang telah disediakan iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Semakan Status Pinjaman PTPTN Online


Selain semakan status pinjaman, permohonan PTPTN dan juga semakan baki pinjaman, anda juga boleh mendapatkan penyata PTPTN secara online dan muat turun (download) untuk rujukan sebelum membuat pembayaran.

Berikut dikongsikan cara semak baki pinjaman PTPTN, semakan baki SSPN, menyemak nombor PIN, status senarai hitam pelajar, semakan permohonan pinjaman dan sebagainya secara oline dan SMS.

Untuk membuat semakan baki Skim Simpanan Pendidikan Nasional anda:

PTPTN SSPN NO AKAUN SSPN
Contoh: PTPTN SSPN 0123456789012
dan hantar ke 33199

Cara untuk mendapatkan Nombor Pin anda :

PTPTN NO PIN NOKP
Contoh: PTPTN 123456 860112115723
dan hantar ke 33199

Untuk semakan status pelajar Senarai Hitam di PTPTN:

PTPTN LEGAL NO KP NO PIN
Contoh: PTPTN LEGAL 860112115723 123456
dan hantar ke 33199

Untuk semakan status permohonan pertukaran Ujrah di PTPTN :

PTPTN UJRAH NO KAD PENGENALAN
Contoh: PTPTN UJRAH 860112115723
dan hantar ke 33199

Untuk semakan penawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di PTPTN:

PTPTN WPP NO KAD PENGENALAN
Contoh: PTPTN WPP 800917085428
dan hantar ke 33199

Semakan Permohonan PTPTN

Anda boleh melayari portal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk membuat berbagai semakan pembiayaan pinjaman online dengan mudah. Melalui portal tersebut anda boleh membuat semakan seperti:


Selain semak baki pinjaman, semakan permohonan, bayaran balik PTPTN, anda boleh juga membuat semakan kemasukan duit PTPTN, kemaskini maklumat dan mencetak penyata secara online. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog