Apa Itu Demam Denggi, Tanda-tanda dan Cara Untuk Mencegah

Demam denggi

Mungkin masih ada yang tidak tahu apa itu demam denggi, apakah tanda-tanda, punca dan bagaimana ia boleh berlaku berserta cara untuk mencegah supaya tidak merebak membahayakan orang ramai yang berada di sekeliling kita.

Tiada sesiapa pun di dunia ini yang menginginkan penyakit seperti demam denggi malah masing-masing merasa takut. Jadi setiap daripada kita wajib mengetahui apakah ia wabak ini serta perlu tahu bagaimana ia boleh berjangkit.

Sekiranya anda telah dijangkiti, ada gejala atau terkena penyakit ini, segaralah dapatkan rawatan untuk mencegah atau carilah penawar serta ubat yang paling mujarab untuk menanganinya dengan kadar segera.

Tanda-Tanda Demam Denggi & Cara Mencegah Dengan Cepat


Tanda demam denggi

Demam denggi adalah disebabkan oleh sejenis virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk Aedes dan dianggarkan terdapat lebih daripada 100 juta kes penyakit ini di merata dunia setiap tahun.

Tanda–Tanda dan Symptom Demam Denggi


Bagaimanakah untuk mengetahui anda berkemungkinan menghidap denggi? Apakah punca demam denggi dan sebab-sebab penyakit ini? Pesakit biasanya akan mengalami tanda-tanda dan gejala ini selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

  • Sakit kepala
  • Demam panas
  • Sakit sendi-sendi
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit biji mata
  • Loya dan muntah-muntah
  • Ruam
  • Komplikasi Denggi

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan? Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa dan denggi berdarah yang boleh membawa kepada kematian sekiranya tidak mendapatkan rawatan.

Punca dan simptom denggi berdarah

Punca demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda seperti di atas dan juga pendarahan yang berlaku adalah seperti berikut:

  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Mudah lebam
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Apakah Rawatan Terbaik Untuk Demam Denggi?

Pada masa ini masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala hendaklah mendapatkan rawatan secepat mungkin samada di klinik atau hospital.

Pesakit biasanya akan diberikan ubat demam serta dinasihatkan berehat malah digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidapi demam denggi berdarah.

Langkah Mengatasi dan Mencegah Demam Denggi

Apa yang anda perlu lakukan dan apakah cara mencegah demam denggi? Terdapat pelbagai cara untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak, berjangkit dan menular di kawasan anda.

Anda wajib memastikan tiada tempat untuk pembiakan nyamuk di kawasan rumah anda dan perlu sentiasa memerhatikan atau sentiasa melihat di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Antara tempat yang harus dititikberatkan atau kawasan yang harus anda pastikan tiada adalah seperti berikut:

  • Membuang bekas yang boleh menyebabkan takungan air
  • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengelakkan jentik-jentik
  • Pastikan saluran atap sentiasa mengalir
  • Pastikan semua pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang setiap minggu
  • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup

Ubat dan rawatan penawar terbaik

Selain itu anda juga wajib mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri bagi menggelakkan gigitan nyamuk aedes atau seumpamanya seperti:

  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar rumah
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota yang terdedah dengan gigitan nyamuk
  • Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

Petua Penawar Demam Denggi

Petua demam denggi cara kampung atau tradisional juga dikatakan boleh membantu serta mujarab untuk memastikan demam denggi berkurang dengan mengamalkan petua atau pengambilan seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Minum air 100 Plus
  • Minum air jus buah Kiwi
  • Jus Tembikai
  • Jus Pegaga
  • Jus daun Betik
  • Jus Kurma
  • Air garam
  • Air buah kelapa
  • Sup ketam

Rujukan Anda


Semoga perkongsian artikel tentang demam denggi berserta cara mencegah dan juga petua untuk menghilangkan atau mengurangkan penyakit ini dapat membantu anda serta turut menambahkan pengetahuan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog