Resepi Siew Pak Choy Dengan Sos Tiram Sedap

resepi siew pak choy sos tiram

Resepi siew pak choy atau ada yang memanggil sayur siew fat choy dan siew fatt choy atau bok choy ini ingin saya kongsikan di blog ini. Resepi ini mempunyai berbagai cara dan bahan yang boleh dicampurkan bersama bahan asas.

Masakan siew pak choy ini sangat simple dan mudah untuk dipraktikkan kerana bahan-bahannya tak perlu banyak sangat untuk sedap dimakan. Rasa-rasa budak sekolah pun boleh buat.

Dan yang paling best, kalau anda suka makan ulam, anda patut cuba ulam sayu fatt choy ni, kenapa? Sedap. Cuba anda rebus dan letak sikit saja garam dalam rebusan dan pastikan jangan terlalu masin. Kemudian makan bersama nasi dan sambal belacan.

Resepi Sayur Siew Pak Choy


resepi pak choy sos tiram

Untuk resepi masakan siew fat choy ini, saya mencubanya pertama kali selepas saya makan di sebuah restoran Chinese Muslim di Kuala Lumpur. Saya bertanya pada waitress apa yang dia letak dalam masakan ni. Simple sangat sebenarnya.

Sebagai seorang lelaki, saya memasak mengikut kemahuan saya sendiri dan saya cuma tambahkan bahan lain iaitu halia untuk membuang angin di dalam badan. Ada juga pakar-pakar masakan menambah bahan-bahan lain seperti udang, sotong dan sebagainya.

Bahan - Bahan
  • Siew Pak Choy ( mengikut jumlah yang anda ingini )
  • Bawang putih 3 ulas dicincang
  • Seinci halia dipotong halus
  • Dua sudu sos tiram
  • Dua sudu kicap manis atau kicap soya
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

sayur pak choy simple

Cara - Cara Memasak Siew Pak Choy
  • Rebuskan siew pak choy dan toskan
  • Masukkan minyak
  • Tumiskan bawang putih dan halia, apabila naik bau dan kehitaman
  • Masukkan sos tiram, tambahkan sedikit air jika anda inginkan kuah
  • Masukkan kicap dan sedikit garam. Siap

Saya sangat suka masakan siew pak choy ni kerana rasa dan baunya sangat menyelerakan. Tak percaya, anda boleh cuba sendiri. Gabungan sos tiram, halia dan bawang putih memang sangat sedap. Dulu saya tak tahu apa nama sayur ni.

Yang saya tahu, ibu saya hanya panggil baby sawi dan saya ikut ibu saya dengan nama tu sehingga dah besar panjang. Rupa-rupanya nama sayur ni siew pak choy atau bok choy rupanya. - Bukit Besi Blog