Peristiwa 10 Hari Terawal Bulan Zulhijjah

1. ZULHIJJAH: Di dalam khabar menyatakan, bahawa Allah mengampunkan Nabi Adam Alaihissaalam pada hari pertama bulan Zulhijjah.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.

2. ZULHIJJAH: Nabi Yunus Alaihissalam dilepaskan dari perut ikan Nun.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, seolah-seolah mengerjakan ibadah kepada Allah selama setahun dengan tidak melakukan sebarang maksiat walau sekelip mata.

3. ZULHIJJAH: Hari dimustajabkan doa bagi Nabi Zakaria Alaihissalam.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, akan dimustajabkan oleh Allah segala doanya.

4. ZULHIJJAH: Hari keputeraan Nabi Isa Alaihissalam.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, akan dijauhkan dari segala kesusahan dan kepapaan.

Bulan Zulhijjah

Gambar di Mekah - Credit to Encik Anuar Rahman

5. ZULHIJJAH: Keputraan Nabi Musa Alaihissalam.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, akan dilepaskan daripada sifat munafiq dan diamamkan daripada azab.

6. ZULHIJJAH: Hari kemenangan dan pembukaan Kota Khaibar bagi Rasulullah Salallahu Alaihi Waalihi Wassallam.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, akan ditilik oleh Allah dan sesiapa yang ditilik oleh Allah tidak akan diseksa selama-lamanya.

7. ZULHIJJAH: Hari dipadamkan api neraka Jahannam dan ditutup pintunya. Tidak akan dibuka pintu tersebut melainkan selepas berlalu 10 Zulhijjah.

8. ZULHIJJAH: Hari Tarwiyyah.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari Tarwiyyah, akan diberi pahala yang tidak diketahui kadarnya, melainkan Allah Yang Maha Mengetahui.

9. ZULHIJJAH: Hari Arafah.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari yang amat masyhur ini, ditulis oleh Allah sebagai orang yang berpuasa 2 tahun; setahun sebelum itu dan setahun selepasnya, serta ditulis sebagai Ahli Qanitin (orang yang sentiasa beribadah).

10. ZULHIJJAH: Hari Raya Aidil Adha.

Fadhilat: Siapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya. Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.

Tulisan Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki As-Sanusi, buku AMALAN BULAN Zulhijjah