Cara Semak Saman Polis Trafik Jpj Online & SMS

cara semak saman

Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi mencari cara semak saman jalanraya di kaunter pembayaran saman kerana segalanya pada zaman teknologi canggih ini, maklumat terkini hanya di hujung jari.

Bermacam cara untuk semak saman bagi mendapatkan maklumat berkaitan saman sama ada saman trafik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Semakan Saman Polis dan JPJ Online


Cara semak saman secara online adalah melalui portal MYEG, PDRM, JPJ dan juga portal RILEK. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat menyemak saman.

Pendaftaran semakan saman adalah sangat mudah. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah pendaftaran atau cara daftar seperti yang dinyatakan pada setiap website tersebut.

Sebagai penguna berdaftar secara automatik anda dapat menyemak segala macam status dan mendapatkan maklumat yang berkaitan seperti berikut:

  • Saman Trafik
  • Keputusan Report Polis
  • Permohonan Lesen Am
  • Semakan Status Senarai Hitam
  • Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu
  • Semakan Keputusan Ujian Memandu
  • Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
  • Dan Lain-Lain

Sila klik di portal saman yang menjadi pilihan anda untuk semak saman dan ada diantara website tersebut, anda boleh membuat pembayaran saman secara online tanpa perlu pergi ke kaunter lagi. Antara seperti MyEG, Rilek dan PDRM.


Cara Semak Saman Melalui SMS

Anda juga boleh membuat semakan atas talian melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan oleh PDRM.

Taip POLIS SAMAN Nombor pendaftaran/Plat kenderaan.
Hantarkan ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN TRG1234 hantar ke 32728

Taip POLIS SAMAN No Plat kenderaan
Hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN TRG4321 dan hantar ke15888

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN]
Hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN 1234567891011 hantar kepada 32728


Cara Semak Saman Melalui Aplikasi Telefon

Anda juga boleh membuat semakan saman melalui aplikasi di Google Play. Anda hanya perlu instal aplikasi tersebut. Sila klik link aplikasi yang anda inginkan di bawah.

Mulai sekarang anda tak perlu pening lagi nak check saman polis, JPJ dan sebagainya. Semuanya hanya di hujung jari menggunakan telefon. Jika anda ada saman, segera buat bayaran supaya nama anda tidak ada dalam senarai hitam. - Bukit Besi Blog