Rakyat Malaysia sememangnya amat terkenal dengan sifat yang cukup pemurah dan bersedekah sehinggakan sering menjadi sasaran mereka yang sanggup menipu untuk mendapatkan pendapatan mudah. Begitu juga di Tanah Suci Mekah ketika menjalani badah Haji atau pun umrah, orang masih lagi dijadikan sasaran penipuan.
Difahamkan, di Tanah Suci Mekah, bukan sahaja rakyat Malaysia yang menjadi sasaran malahan banyak lagi negara lain yang terbabit dengan sindiket penipuan sebegini yang sanggup dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun, rakyat Malaysia adalah sasaran utama mereka untuk menagih simpati.
Seorang pengguna Facebook telah berkongsi bagaimana sindiket penipuan yang berlaku di Mekah dan katanya kebanyakannya sindiket ini dilakukan oleh rakyat negara Pakistan dan India yang sentiasa berpura-pura untuk meraih simpati dan juga meminta wang mudah.
Rakyat Malaysia sering menjadi sasaran kerana terlalu mudah terpedaya dengan rekaan cerita yang dilakukan oleh penipu malahan mereka akan menangis kerana sebab-sebab tertentu untuk dikasihani selain akan meminta kita untuk memberikan duit sebagai sedekah yang amat dituntut dalam Islam.
Oleh itu, jika anda pertama kali untuk pergi menunaikan umrah atau Haji adalah lebih baik anda mengambil tahu bagaimana cara untuk menangani sindiket ini sebelum anda terpedaya dengan penipuan yang mereka lakukan. Ikuti perkongsian Mohd Izzat yang berkongsi senarai untuk anda mengecam sindiket penipuan di Tanah Suci Mekah ini.
Scam di Tanah Suci Mekah
Salah satu 'scam' atau pun sindiket yang target pada orang Malaysia terutamanya adalah sindiket 'pow' duit secara simpati.
1. Akan datang pada anda orang muka macam Pakistan/India approach, tanya "You from Malaysia? You can speak English?"
2. Jika jawapan anda pada step nombor 1 adalah yes atau anda melayan dia, dia akan mulakan cerita simpati ;
a) Orang susah dari Palestin (walaupun muka Pakistan 100%) mengaku dari Palestin dan perang susah datang sini tak ada duit.
b) Hilang passport dan wallet tak ada duit sesen pun.
Macam mana aku boleh yakin ia adalah scam.
1. Sepanjang aku buat urusan di Mekah dan Madinah, boleh kata setiap kali pergi akan ada orang orang approach dengan modus operandi yang sama tapi orang berbeza. Aku pernah jumpa orang orang ni approach aku pakai ihram depan kaabah, pakai ihram dekat saie, dalam masjid Nabi dan merata rata dalam masjidil haram.
2. Susuk tubuh dan pakaian mereka langsung tak menujukkan orang susah dan tak mampu. Pakaian cantik iron, badan fit siap boleh cakap English.
3. Mereka biasa approach orang Malaysia sebab orang Malaysia ni baik dan mudah simpati tak macam orang negara lain. Cuba anda bagi SR1 diorang takkan nak dan mintak SR10, SR50, SR100 dan ke atas.
4. Mengaku dari Palestin tapi, muka Pakistan habis. Korang boleh Google muka orang Palestin macam mana dan cara cakap Arab dia pun tak macam bahasa Arab pasar.
Apa aku buat bila kena approach?
1. Aku tak layan, aku tunjuk isyarat nak mengaji etc. Bila tak dilayan dia akan bergerak cari orang Malaysia lain pulak.
2. Aku suruh tunggu lepas solat, kalau dalam Masjid. Sebab bagi aku jika mereka betul nak duit, dia akan tunggu. Lepas tu confirm dia akan bergerak ke tempat lain pulak cari orang lain yang boleh jadi mangsa.
3. Aku ajak pergi dekat polis sebab kata Passport hilang etc, confirm dia akan terus bergerak dan mengelak.
4. Aku cakap anta kazzab (hang penipu), biasa dia akan buat muka blur innocent dan blah je.
Maybe ada orang cakap bagi je lah, niat sedekah dan sangka baik. Sebenarnya benda macam ni lah yang lebih menggalakkan aktiviti mereka. Aku bagitau benda ni sebab tak nak orang support aktiviti mereka dan memburukkan nama agama Islam sendiri.
Kalau betul nak sedekah, aku cadang ;
1. Sedekah pada pekerja Masjidil Haram dan Nabawi. Gaji mereka kecil dan mereka buat kerja mulia.
2. Beli makanan macam roti atau air, bukak tepi jalan dan jerit sedekah. Confirm ramai datang ambil.
3. Bagi duit dekat restoren/kedai makan dan bagitau nak sedekah pada orang makan. Pihak restoren akan pack dan buka kaunter dan biasanya orang Pakistan yang memang susah akan datang ambil.
4. Sedekah dekat pada tempat yang disediakan. Boleh cari kaunter hadiya ke apa entah yang authority Saudi sediakan untuk bersedekah.
5. Bagi duit kat Mutawif dan suruh mutawif belanja jemaah lain
Orang Malaysia ni memang baik-baik sebab tu banyak orang suka ambil kesempatan. Kat Malaysia sendiri pun berlambak scam memohon simpati secara online.
Semoga perkongsian tips dan langkah-langkah untuk menangani scam atau penipu di Mekah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini akan sedikit sebanyak membantu anda ketika pergi ke Tanah Suci Mekah nanti. Walau bagaimanapun, sindiket ini tidak hanya berlaku di Mekah tetapi juga di Madinah.