Objek Cakera Aneh dan Misteri Keluar Dari Ais Ditemui Oleh Pengguna Google Earth



Viral di laman sosial seorang pengguna aplikasi Google Earth yang telah dapat mengesan satu objek aneh yang dikatakan berbentuk satu cakera yang terkeluar daripada ais yang terdapat di Antartika. Objek misteri yang tidak diketahui itu telah menarik perhatian ramai.

Memetik laporan akhbar Daily Star, struktur misteri berkenaan dikatakan berwarna kelabu dan ia merupakan satu penemuan yang misteri dan terbaru di Antartika. Mereka masih tertanya-tanya apakah sebenarnya objek misteri tersebut yang sehingga kini menjadi tanda tanya orang ramai.

Penemuan tersebut bermula apabila wanita yang dikenali sebagai Sandra Elena Andrade telah berkongsi rakaman video ketika beliau melayari Google Earth di laman YouTube dengan kapsyen, imej misteri yang telah dirakamkan melalui Google Earth, membangkitkan minat dan kejutan dalam persekitaran saintifik dan ufologi.

"Mysterious images captured by Google Earth, arouse a deep interest and surprise in both the scientific and ufological environment."

Walau bagaimanapun, jika dilihat secara dekat, objek tersebut kelihatan separa bulatan yang sangat besar dan melekat dari permukaan yang dianggarkan tebing. Namun, tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya objek berkenaan. Malah ada yang mengatakan bentuknya seperti piring terbang yang besar tetapi ia sekadar tekaan secara rambang.


Semenjak adanya Google Earth dan internet, semakin banyak penemuan aneh dan misteri yang amat menakjubkan telah ditemui di Antartika. Walau bagaimanapun, masih terlalu banyak misteri yang sehingga kini menjadi tanda tanya dan belum dapat didedahkan di kawasan yang mempunyai banyak ais itu.

Penggunaan Google Earth adalah satu elemen yang sangat penting yang harus digunakan oleh pengkaji dan penyelidik untuk melakukan sebarang kajian sekiranya menjumpai penemuan-penemuan tertentu seperti ini. Sumber Daily Star.