Senarai Bantuan Pinjaman Perniagaan (Modal Bisnes Usahawan 2020)

pinjaman perniagaan

Jika anda seorang usahawan yang ingin mempunyai perniagaan sendiri atau nak berniaga tetapi tak cukup modal, jangan bimbang kerana kerajaan Malaysia ada menyediakan bantuan pinjaman perniagaan khas untuk para peniaga.

Apa saja jenis perniagaan yang anda ceburi sama ada perkhidmatan, pertanian, makanan, pelancongan, produk sendiri dan sebagainya, anda boleh membuat permohonan untuk bantuan pinjaman perniagaan untuk berniaga.

Usahawan baru atau lama yang memerlukan modal serta bantuan kewangan serta inginkan pembiayaan bisnes masih boleh memohon jika anda memenuhi syarat kelayakan untuk meminta bantuan perniagaan kerajaan yang menawarkan pinjaman sehingga RM5 juta.

Senarai Bantuan Pinjaman Perniagaan 2020


Bantuan ini adalah khas untuk usahawan atau pemilik bisnes yang masih tercari-cari pinjaman perniagaan (business loan) serta tertanya bagaimana untuk mendapatkan modal perniagaan sebelum mula atau sedang berniaga tapi kekurangan wang.

bantuan perniagaan untuk peniaga

Berikut dikongsikan senarai bantuan perniagaan iaitu pinjaman kewangan daripada organisasi kerajaan Malaysia> yang boleh dipohon oleh semua usahawan yang menjalankan perniagaan atau ingin berniaga tetapi tak cukup modal.

1. Pinjaman Perniagaan TEKUN Nasional

TEKUN Nasional atau Yayasan TEKUN Nasional adalah sebuah agensi yang dikelolakan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang mewujudkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan dengan cepat dan mudah untuk semua usahawan.

pinjaman perniagaan tekun

Ada 5 jenis skim pinjaman perniagaan TEKUN yang ditawarkan kepada usahawan bumiputera yang ingin memulakan perniagaan atau memajukan lagi bisnes mereka.

  • Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
  • Skim Pembiayaan Teman TEKUN
  • Skim Pembiayaan Program TemanNita
  • Skim Pembiayaan Kontra-i
  • AR-RAHNU TEKUN

Pinjaman TEKUN yang ditawarkan dengan jumlah bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 untuk tempoh dari 5 hingga ke 10 tahun. Untuk keterangan lanjut dan cara membuat permohonan TEKUN, layari portal TEKUN Nasional.

2. Bantuan Perniagaan PROSPER PUNB

bantuan pinjaman bisnes PUNB

PROSPER merupakan produk pembiayaan kewangan atau bantuan perniagaan yang berasaskan syariah daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Jumlah pinjaman yang disediakan sehingga RM100,000 dengan tempoh bayarab balik selama 7 tahun.

Pada masa yang sama pihak PUNB juga ada menyediakan program pembangunan korporat serta latihan pembangunan usahawan yang ditawarkan kepada calon-calon yang layak. Layari portal PUNB untuk maklumat lanjut.

3. Pinjaman Perniagaan SUPERB TERAJU

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) adalah unit paling strategik yang terdapat di Jabatan Perdana Menteri dengan bertujuan untuk menerajui, memacu serta menyelaras penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.

skim usahawan permulaan superb teraju

Menerusi Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU telah menyediakan geran yang berjumlah sehingga RM500,000 bagi memberi sokongan terhadap idea-idea perniagaan yang kreatif dan inovatif.

Ia juga merupakan pembiayaan kewangan atau memberi pinjaman untuk membantu usahawan atau syarikat bagi memulakan perniagaan (start-up) dengan dana terkumpul sebanyak RM100 juta.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan cara memohon atau untuk membuat permohonan SUPERB, anda perlu layari laman rasmi www.teraju.gov.my.

4. Bantuan Perniagaan Dana TERAS TERAJU

Dana Teras diwujudkan dengan tujuan untuk memberikan kemudahan kepada usahawan atau pemilik bisnes untuk mengembangkan lagi perniagaan syarikat yang berada di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).

teras teraju bumiputera

Pembiayaan berbentuk kewangan yang disediakan adalah di bawah Dana Teras untuk modal kerja dan juga pembelian aset. Dana ini juga disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan yang diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic.

Menurut laporan, sehingga Disember 2017, sebanyak 908 syarikat di Malaysia telah sertai program Teras dan sebanyak RM1.42 bilion pembiayaan kewangan yang telah pun diluluskan dan diberikan kepada usahawan terbabit.

Walau bagaimanapun, Dana Teras hanya dikhaskan atau terbuka kepada usahawan yang memiliki syarikat serta menyertai program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

5. Pinjaman Perniagaan MARA

bantuan pinjaman perniagaan mara

Bantuan perniagaan MARA atau Majlis Amanah Rakyat ini telah mewujudkan skim pinjaman perniagaan dengan pembiayaan sebanyak RM5 juta. Pihak MARA juga menyediakan beberapa skim mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan :

  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
  • Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  • MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
  • Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)

Untuk memohon dan maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan perniagaan MARA serta setiap skim yang ditawarkan, sila layari laman rasmi MARA.

6. Program Peningkatan Kapasiti Dan Keupayaan PKS(BAP)

SME Corp. Malaysia menyediakan Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang merupakan skim bantuan bersepadu bagi meningkatkan keupayaan PKS, termasuk perusahaan mikro, menerusi khidmat nasihat perniagaan dan bantuan kewangan.

bantuan perniagaan sme corp

Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

BAP menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah bagi membantu PKS meraih peluang pertumbuhan perniagaan baharu.

SME Corp. Malaysia bekerjasama dengan SME Bank dan Bank Rakyat untuk menyediakan pinjaman mudah yang ditawarkan di bawah BAP. Manakala, geran bersamaan pula disediakan oleh SME Corp. Malaysia.

Sila layari Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia untuk maklumat lanjut.

Baca : Ringkasan Tentang Auto Loan Moratorium

Semoga perkongsian senarai bantuan pinjaman perniagaan kerajaan ini dapat membantu anda untuk mendapatkan modal bisnes daripada organisasi atau agensi yang terlibat untuk anda terus berniaga menjana pendapatan keluarga. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog