Pokok Semambu Penawar Mujarab 40 Jenis Penyakit (Khasiat Daun Semambu)

khasiat daun semambu untuk wajah

Pasti ramai yang kenal pokok semambu atau mambu yang banyak ditanam di kawasan kampung. Nama saintifik pokok ini adalah Azadirachta Indica iaitu sejenis tumbuhan yang berasal daripada keluarga Mahogani iaitu Meliaceae.

Pokok semambu dikatakan berasal daripada negara India, Pakistan, Sri Lanka, Myanmar dan Bangladesh ini mempunyai kelebihan dan khasiat yang sangat banyak untuk penyakit, kesihatan tubuh badan dan banyak lagi kegunaannya mengikut petua tradisional.

Pokok semambu juga dianggap sebagai pokok perubatan serta digunakan secara meluas dalam upacara keagamaan Hindu dan turut digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Homeopati oleh masyarakat India. Ia juga mempunyai berbagai nama mengikut tempat dan negara antaranya adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

  • Neem - Bengali
  • Arya Veppu - Malayalam
  • Azad Dirakht - Bahasa Parsi
  • Nimba - Sanskrit
  • DogonYaro - Dalam Sesetengah Bahasa Nigeria, Margosa
  • Neeb - Bahasa Arab
  • Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa - Bahasa Telugu
  • Kohomba - Bahasa Sinhala
  • Vempu - Bahasa Tamil
  • Tamar - Bahasa Burma
  • Indian Lilac - English

Khasiat Pokok Semambu Untuk Kesihatan


Khasiat daun semambu untuk demam campak

Kegunaan pokok yang istimewa ini bukan hanya kerana daun semambu saja tetapi hampir keseluruhan pokok boleh digunakan untuk tujuan perubatan antaranya seperti batang, buah, bunga dan pucuk daunnya yang biasa dibuat ubat-ubatan.

Kelebihan pokok dan daun semambu adalah kerana terdapat kandungan yang baik di dalamnya antaranya seperti anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Manakala daun semambu yang dijadikan serbuk amat berkesan untuk menghilangkan atau melegakan penyakit kulit seperti alahan kulit.

Begitu juga dengan penyakit kulit ekzema, gatal-gatal, ruam, kurap dan beberapa penyakitk kulit yang hampir sama dengannya. Walau bagaimanapun, yang paling berkesan adalah digunakan untuk merawat luka pada kulit daripada kesan terbakar.

Sememangnya terlalu banyak kebaikan dan khasiat daun semambu dengan hasil yang amat menakjubkan sama ada untuk kecantikan wajah atau mencegah keguguran rambut, uban serta mampu menghilangkan kelemumur dengan cepat dan berkesan.

kebaikan sabun semambu untuk chickenpox

Selain dijadikan serbuk kering daun semambu, ia juga boleh dibuat minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada Rheumatoid Arthritis, Osteorthritis, sakit belakang badan dan juga penyakit gout yang serius.

Pokok semambu juga dikatakan mampu melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit terbaik serta dapat memulihkan fungsi usus kita. Malahan ia dapat memperbaiki kualiti darah serta menyahkan toksik dalam darah dan meningkatkan sistem imun, kawal paras gula dan menghindari penyakit.

Disebabkan penggunaan serta manfaat daun semambu yang sehingga kini diguna secara meluas, pokok semambu telah mendapat perhatian ramai sehinggakan dalam perubatan moden turut menggunakan ekstrak tumbuhan ini untuk perubatan.

Di negara Afrika timur, kerana khasiat dan kelebihan pokok semambu yang dipanggil sebagai Mwarobaini (Swalihi) yang bermaksud pokok 40 dan ia dikatakan sangat ajaib boleh mengubati dan merawat 40 jenis penyakit.

khasiat daun mambu lengkap

Manakala, dalam masyarakat Melayu sejak dari nenek moyang kita, daun semambu biasanya akan diletakkan di bawah bantal atau di bawah tilam dengan tujuan untuk mengurangkan kegatalan akibat daripada demam campak atau chicken pox.

Selain di bawah bantal dan tilam, daun semambu juga diramas serta dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air untuk dijadikan sebagai air mandian untuk melegakan demam campak yang biasanya dihadapi oleh kanak-kanak.

Dikatakan juga dari Facebook, penyakit kencing manis boleh juga diubati dengan menggunakan daun semambu yang mana ia mampu menurunkan kadar gula dengan cepat dan berkesan. Petua dan cara untuk menggunakannya, hanya rebus beberapa daun mambu dan minum air rebusan tersebut.

Hari ini sangat banyak produk-produk berasaskan daun semambu dijual yang membuktikan daun semambu adalah penawar berbagai penyakit. Bukan saja minyak dari pokok semambu dibuat ubat tetapi berbagai lagi seperti yang boleh dibeli dengan harga murah secara online melalui Shopee dan Lazada.

Antara yang sering menjadi perhatian ramai kerana keberkesanannya adalah Sabun Daun Semambu, Sabun Neem Himalaya yang mampu merawat kegatalan kulit ruam bayi, losyen, bedak sejuk, krim wajah dan Semambu Spray Syona yang amat mujarab merawat dan menghilangkan chicken pox.

Terlalu banyak produk yang diperbuat menggunakan herba dan khasiat daun semambu jika hendak dijelaskan satu persatu. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk seperti yang dinyatakan yang mampu merawat berbagai penyakit, anda boleh lawati link yang dikongsikan di bawah.


Sebenarnya masih lagi banyak senarai penyakit yang boleh diubati dengan pokok berserta khasiat daun semambu jika hendak dituliskan. Tidak menjadi kesalahan kalau kita berikhtiar dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi, kita berusaha dan yang menyembuhkan Allah SWT. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog