Kenapa Kita Kena Bayar Cukai Pendapatan (Income Tax LHDN)

siapa yang perlu bayar cukai pendapatan

Pasti ada yang masih tertanya-tanya adakah perlu membayar cukai (income tax) dan berapakah tangga gaji yang diwajibkan ke atas seseorang itu untuk membayar cukai seperti mana yang disarankan oleh kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimana jika anda seorang fresh graduate yang bergaji sebanyak RM2000 sebulan dan baru sahaja berkerja di sektor swasta, adakah akan dikenakan cukai atau perlukah membayar cukai? Sekiranya gagal berbuat demikian, apakah akan berlaku?

Kenapa Perlu Bayar Cukai Pendapatan?


Berdasarkan maklumat yang terdapat di laman rasmi LHDN iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri yang telah berkuatkuasa pada tahun 2015 sehingga sekarang bahawa;

Jika anda mempunyai pendapatan dan tinggal di Malaysia, anda akan dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperolehi di Malaysia dan anda perlu membayar cukai pendapatan.

Seseorang individu yang mempunyai pendapatan gaji dalam kiraan tahunan melebihi daripada RM34,000.00 selepas potongan KWSP, individu berkenaan perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Walau bagaimanapun, sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB (Potongan Cukai Bulanan), pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

siapa yang tidak perlu bayar cukai pendapatan

Adakah saya perlu mendaftar nombor cukai pendapatan?

Jawapannya adalah ya, anda perlu daftar nombor cukai pendapatan sekiranya adalah seorang daripada yang dinyatakan seperti berikut:
  • Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjual/membeli hartanah

Apa yang perlu saya buat jika saya layak dikenakan cukai pendapatan?

Anda boleh mendaftar dengan membuat permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan yang boleh dibuat di semua cawangan LHDN yang berdekatan.

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pendaftaran adalah seperti berikut;
  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Selain membuat pendaftaran nombor rujukan cukai secara manual, anda juga boleh mendaftar secara online melalui laman web yang telah disediakan oleh LHDN iaitu di https://edaftar.hasil.gov.my/.

Pendaftaran Secara Online Melalui e-Daftar :
  • Paspot bagi bukan warganegara Malaysia
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

Tidak Terima Borang Nyata Cukai Pendapatan

Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang tinggal di Malaysia dan tidak mempunyai pendapatan melalui perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan serta diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak menerima Borang Cukai Pendapatan seperti yang dinyatakan, borang tersebut boleh di dapati daripada yang berikut;
  • Cawangan LHDNM yang berdekatan
  • Jabatan Pemprosesan Maklumat, Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Download dari laman web LHDN.

INFO: Pembayar cukai tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuat turun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.

Semoga perkongsian persoalan mengapa kita perlu bayar cukai pendapatan sedikit sebanyak dapat membantu anda. Jangan lupa bayar cukai dan tarikh akhir penghantara borang cukai pendapatan bagi yang tidak menjalankan perniagaan sebelum 30 April dan individu yang ada perniagaan 30 Jun. - Bukit Besi Blog