Resepi Ikan Percik Kelantan Sedap dan Simple

Resepi ikan percik kelantan kuah putih

Resepi ikan percik Kelantan simple dan sedap yang boleh diolah menjadi berbagai versi mengikut kreativiti si tukang masak. Namun, resepi yang dikongsikan ini adalah original daripada Kelantan dan warisan turun temurun.

Resepi ikan percik ini dikongsikan oleh Puan Afy Al Habibi melalui laman Facebook. Katanya dia amat sayang resepi ini kerana ketika menuntut ilmu memasak ini dia bersila dan berhadapan dengan ibunya sejak dari awal proses perap ikan, buat kuah putih ikan percik sehingga siap sepenuhnya.

Katanya lagi, ramai kawan-kawan beliau memuji resepi ikan percik bakar versi Kelantan ini sedap dan sama dengan resepi asli serta tak sama dengan yang beli di kedai makan atau pun makan ikan percik macam ni restoran-restoran lain.

Ikan percik atau ayam percik adalah menu yang sering menjadi pilihan orang ramai di bulan puasa. Rasanya yang sedap pasti membuka selera sesiapa sahaja ketika berbuka puasa atau pun semasa bersahur. Jadi, anda boleh cuba buat masakan ini dan cara buat juga dikongsikan.

Resepi Ikan Percik Kelantan


Bahan-bahan

  • Ikan Kembung 5 ekor
  • (basuh bersih dan kelar ikan)
  • 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup

(Semua bahan di hiris nipis)

Resepi ikan percik sedap

Masukkan dalam tabung pengisar atau blender. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal. Kisar hingga lumat.

Lumurkan ikan dengan bahan yang telah siap dikisar itu tadi, pastikan ia rata agar rasanya sedap.

resepi ikan percik simple

Bahan-bahan untuk Kuah Ikan Percik

  • 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 hiris nipis halia
  • Secubit belacan
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)

bahan-bahan kuah percik

Cara-cara Membuat

Kisar semua bahan hingga lumat dan masukkan bahan yang telah siap dikisar itu tadi ke dalam periuk. Tambahkan enam senduk santan segera atau boleh beli di pasar yang pekat asli dan tambahkan satu senduk air kosong.

kuah santan pemanggang ajaib

Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar (kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.

dicampur bersama santan

Letakkan periuk ke atas dapur kemudian buka api yang perlahan. Seterusnya perahkan sehiris limau nipis.

resepi kuah ikan percik kelantan original

Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit perencah Hilal. Untuk kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri atau masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.

ikan percik

Tutup api setelah kuah ikan percik berbuih dan mendidih. Siap untuk kuah ikan percik yang lazat tak terkata dan paling sedap.

kuah ikan percik

Langkah seterusnya adalah bakar ikan di atas bara api seperti dalam gambar di bawah. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal lembut dan tidak keras.

resepi percik terengganu kelantan

Angkat seketika pemanggang ikan. Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah ikan percik dan lalukan pada badan ikan depan belakang. Sila lihat gambar seterusnya. Selain itu, anda boleh juga guna pemanggang ajaib untuk membakar ikan.

Cara buat ikan percik asli

Letak semula pemanggang atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan untuk bahagian atas dan bawah. Ulang dua kali untuk kuantiti kuah melekat lebih tebal.

Kuah percik yang disalut tadi akan menjadi lebih sedap setelah dibakar dengan bara api. Baunya juga lagi menusuk jiwa. Siap.

Resepi ikan percik Kelantan ini memang sedap dan amat diminati ramai. Anda boleh juga menggabungkan menu ini bersama dengan makanan-makanan lain yang sesuai.

ikan keli percik kelantan

Semoga perkongsian resepi ikan percik Kelantan dari Puan Afy Al Habibi ini akan membantu anda untuk menyediakan menu ini untuk santapan anda sekeluarga. Pasti ramai yang akan suka dengan makanan ini. Selamat mencuba. - Bukit Besi Blog