Bayaran Bantuan Khas Aidil Fitri 2020 RM500 Untuk Penjawat Awam

tarik bayaran bonus hari raya aidil fitri 2020

Kerajaan Malaysia telah membuat pengumuman tentang Bantuan Khas Aidi Filtri untuk semua kakitangan dan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan yang ke bawah yang ketika ini masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan jumlah sebanyak RM500 setiap orang.

Tarikh bayaran bonus Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun 2020 untuk Pegawai Perkhidmatan Awam telah ditetapkan pada 20 Mei manakala pesara kerajaan pula akan menerima imbuhan bantuan Hari Raya sebanyak RM250 seorang.

Pekeliling Perkhidmatan Awam Bantuan Khas Aidil Fitri 2020


Berikut dikongsikan maklumat penuh berkaitan dengan pembayaran Bantuan Khas Aidil Fitri 2020 yang dikhaskan kepada ramai kakitangan awam melalui pekeliling yang telah dikongsikan oleh kerajaan Malaysia melalui Facebook.

bantuan hari raya 2020
bonus hari raya 2020
bila bayaran bonus raya dibayar
bantuan aidil fitri RM500
tarikh pembayaran bonus raya 2020

Soalan Lazim Bonus Hari Raya 2020

Bilakah Tarikh Pembayaran Bonus Hari Raya 2020?

Bayaran Khas Aidil Fitri untuk tahun 2020 akan dibayar kepada penjawat awam pada tarikh 20 Mei 2020.

Bilakah Tarikh Bayaran Bonus Aidil Fitri Untuk Pesara Kerajaan?

Bayaran Khas Aidil Fitri untuk pesara kerajaan akan dibayara pada tarikh 20 Mei 2020 sebanyak RM250.

Berapa Jumlah Bayaran Bantuan Khas Aidil Fitri?

Jumlah bayaran Bantuan Bonus Hari Raya yang dibayar kepada penjawat awam sebanyak RM500.00 manakala untuk pesara kerajaan pula sebanyak RM250 seperti yang dimaklumkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan 2020.

Pegawai-Pegawai Berikut Juga Layak Untuk Bonus Raya Ini

  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji
  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai
  • Guru interim
  • Pekerja Sambilan Harian

Menurut laporan Berita Harian, pegawai yang tidak layak menerima bantuan ini adalah pegawai dalam pengurusan tertinggi dan setaraf, pegawai yang dijatuhkan hukuman tatatertib, pegawai yang telah ditamatkan perkhidmatan serta pegawai yang meletakkan jawatan dalam tempoh 1 January sehingga 20 Mei 2020.

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan turut ditangguhkan bantuan dan hanya mereka yang layak sahaja akan diberikan sekiranya pegawai terbabit didapati tidak bersalah.

Manakala, pekerja sambilan harian juga layak menerima bantuan Hari Raya Aidil Fitri sebanyak RM500 ini dengan syarat tempoh kontrak berkuatkuasa sekurang-kurangnya 30 hari bertutur-turut.

Lebih menarik, pesara kerjaan yang mempunyai skim pencen dan penerima pencen terbitan akan dibayar sebanyak RM250 manakala pesara yang dilantik semula secara konrak akan menerima RM500.

Baca Juga : Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2020

Untuk pegawai perkhidmatan awam yang didapati meninggal dunia pada 20 Mei juga layak untuk menerima Bantuan Hari Raya RM500 ini yang akan dibayar oleh jabatan terakhir di mana dia berkerja.

Semoga Bantuan Khas Aidil Fitri RM500 ini akan dapat meringankan beban semua kakitangan kerajaan, pesara dan mereka-mereka yang layak menerimanya. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana memberikan bonus hari Raya untuk tahun 2020 ini. - Bukit Besi Blog