
Mungkin ada yang baru pertama kali nak buat rendang ayam pada hari raya nanti. Rasa-rasa boleh buat tak? Anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi rendang ayam paling sedap dan mudah ini, insya Allah menjadi.
Kalau anda nak cuba masak rendang ayam ini, anda perlu ikut step by step cara nak buat mengikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurul Jannah Zakariar ini.
Walau bagaimanapun, rendang ayam ini tidak diketahui dari negeri mana. Kenapa? Sebenarnya, rendang mempunyai berbagai versi yang mana rendang Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan mempunyai perbezaan katanya.
Dalam banyak-banyak resepi rendang ayam, dari negeri mana yang paling sedap? Ada orang kata rendang ayam tok paling sedap dan sangat terbaik rasanya iaitu rendang dari negeri Perak. Rasanya dari mana pun tak apa asalkan rendang itu sedap dan menjadi. Itu paling penting.
Resepi Rendang Ayam Simple dan Sedap
Bahan-bahan
- Seekor ayam
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Cili padi mengikut pedas yang diinginkan
- Halia dua inci
- 1 1/2 inci lengkuas
- 2 inci kunyit hidup
- 4 atau 5 batang serai
- Santan kelapa
- Cili boh atau cili kering
- 1 kotak santan 200 ML
- Gula Melaka
- Kerisik
- Daun limau purut
- Daun kunyit
1. Blend atau kisar semua bawang iaitu bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, kunyit, serai, lengkuas.
Masukkan minyak dan agak-agak, setelah minyak panas, masukkan bahan yang telah anda kisar itu tadi.

2. Tumiskan semua bahan tersebut sehingga beberapa minit. Setelah itu masukkan cili boh atau cili kering agak-agak saja kerana cili api yang dimasukkan itu tadi telah pedas. Jangan terlalu banyak nanti sangat pedas.

3. Kacaukan sehingga sebati dan seperti yang ditunjukkan dalam gambar iaitu pecah minyak. Masakkan seketika.

4. Seterusnya masukkan ayam yang telah siap dicuci sebersihnya. Ayam ini seekor saja dan beratnya sekitar 2 kg sahaja.

5. Setelah itu, gaulkan ayam sehingga menjadi sekata seperti dalam gambar di bawah.

6. Kemudian masukkan garam mengikut kehendak anda sendiri. Jangan terlalu masin. Anda boleh memilih sama ada nak guna garam halus atau pun garam kasar.

7. Kemudian, masukkan santan kelapa sama ada santan kotak, ikut selera dan apa yang memudahkan anda.

8. Anda perlu tambahkan satu setengah air masak menggunakan sukatan kotak santan atau agak-agak saja jika menggunakan santan kelapa, jangan terlebih air.

9. Seterusnya masakan ayam rendang anda akan jadi seperti gambar di bawah.

10. Anda perlu pastikan kerap mengacau rendang ayam anda supaya rendang anda tidak menjadi hangus atau hangit.

11. Kemudian apabila rendang ayam kelihatan agak kering, masukkan gula Melaka seperti ditunjukkan di bawah.

12. Seterusnya, masukkan kerisik, jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit.

13. Gambar rendang ayam di bawah menunjukkan gula Melaka dan kerisik telah jadi sebati.

14. Kemudian, masukkan daun kunyit dan juga daun limau purut. Daun kunyit perlu dihiris halus seperti di bawah.

15. Anda wajib memastikan masak rendang ayam tersebut sehingga daun limau dan juga daun kunyit menjadi layu dan kemudian tutupkan api.

16. Gambar resepi rendang ayam simple dan sedap telah siap sepenuhnya. Anda boleh makan dengan ketupat atau nasi himpit pada pagi raya nanti.

Semoga perkongsian resepi rendang ayam simple dan mudah berserta cara membuat step by step dari Facebook ini akan membantu anda untuk menyediakan ayam rendang dengan cepat dan senang. Semoga bermanfaat.