Cara Menyimpan Santan Segar Agar Tahan Lama & Tak Basi

cara simpan santan segar supaya tahan lama

Santan basi dan masam selalu berlaku jika salah cara penyimpanannya malahan ada yang terus rosak tidak segar dan tidak lagi boleh digunakan untuk apa-apa jenis masakan pun.

Biasanya, ibu-ibu dan mereka yang sering berada di dapur akan parut kelapa dalam kuantiti yang banyak dan memerah kelapa parut sehingga menjadi santan. Kemudiannya disimpan di dalam peti ais.

Malangnya, tidak lama selepas itu santan jadi masam dan basi walaupun disimpan di dalam peti sejukbeku. Malahan, ada yang masih boleh digunakan tetapi kualiti masakan atau kuah tersebut kurang sedap.

Pasti ramai yang pernah menghadapi masalah santan basi dan berketul serta berbau masam. Jadi, bagaimana cara simpan santan parut supaya tahan lama dan kekal segar?

cara membuat santan segar

Selain santan kotak, santan segar adalah lebih baik dari segi kesedapan makanan dan kualiti. Bagaimana cara mengekalkan kesegaran kelapa parut atau santan segar tersebut?

Ikuti perkongsian dari Puan Afy Al-Habibi yang berkongsi cara simpan kelapa parut agar tahan lama iaitu santan yang telah siap diperah supaya kekal segar dan masih boleh digunakan dalam jangka masa berminggu-minggu.

Cara Simpan Santan Segar Supaya Tahan Lama


Untuk menyimpan santan supaya tetap segar walau berhari-hari, ada tips dan petua yang perlu semua ibu-ibu tahu. Jadi, jika nak tahu apakah rahsianya, sila baca sehingga ke akhir perenggan.

Kalau santan dalam bentuk seperti yang ditunjukkan dalam gambar iaitu santan pekat, cikgu tak akan beli di kedai. Biasanya, santan beli di kedai akan cair dan masam, rugi saja duit kalau beli.

Lebih baik beli kelapa parut RM2.50 sebiji, dapatlah rupa dan santan segar yang akan memuaskan hati dan siap boleh buat stok sendiri lagi. Jom tengok cara simpan santan segar dari cikgu ini.

cara simpan kelapa parut

Cikgu buat kelapa parut untuk dua biji. Perasan tak, kalau frozen dulu kelapa parut, kita tak terus kisar selepas beli, ia akan mengering sedikit dan jadi mengecut serta ambil masa juga untuk defrost dan kembali kepada asal semula.

Petua dan tips untuk dapatkan santan segar adalah dengan merendam kelapa parut tersebut dengan air panas  supaya isi kelapa tersebut kembang semula. Dengan cara ini juga menjadikan santan lebih banyak kuantitinya.

cara menyimpan santan agar tahan lama

Jangan susah-susah nak ramas dengan tangan dan jangan bazirkan tenaga anda, penat kan nak buat? Cikgu dah pernah kena. Cara mudah dengan masukkan kelapa parut dalam blender atau mesin pengisar. Pastikan air menyamai paras kelapa parut. Kisarlah beberapa kali secara on dan off.

cara mengekalkan kesegaran kelapa parut

Sila tengok gambar di atas ni, haa nampak penapis besi tu? Cikgu panggil penapis santan. Sediakan juga besen kecil. Sebenarnya, kalau ada penapis kain yang kita guna untuk buat air teh macam kat kedai tu lagi terbaik.

Sekiranya anda tidak mempunyai penapis air teh seperti itu, ikut saja cara yang cikgu tunjukkan ini. Tuangkan kelapa yang telah dikisar itu tadi ke dalam penapis ini.

petua santan tahan lebih lama

Berikutnya adalah tips dan petua yang harus anda ikuti. Ramas-ramaskan kelapa parut ini seketika tak perlu lama. Jika diikut petua sesetengah orang lama, kelapa diperah menggunakan ibu jari semasa santan keluar.

Petua ini juga untuk mengekalkan agar santan tahan lebih lama. Sama ada relevan atau tidak, cikgu sendiri tak pasti. Apa yang pasti cikgu cuma ikut saja.

proses buat santan

Gambar di atas menunjukkan hampas kelapa selepas santan telah diperah. Orang dulu-dulu kalau masak dia tak suka tambah air. Nak cairkan kuah, mereka akan masukkan juga dari tambahan santan cair iaitu ramasan santan kali kedua atau ketiga.

Cikgu hanya kisar santan sekali saja kelapa parut itu tadi, sebab dah gunakan banyak air. Jadi, terpulang kepada kuantiti santan yang kita perlukan, okay?

apa itu santan pekat

Dan ini hasilnya, santan yang telah siap dikisar dan diperah. Ngam-ngam pekat dan cairnya.
Untuk memastikan santan betul-betul clear dari hampasnya, cikgu tapis sekali lagi. Pada kali ini, cikgu gunakan penapis teh.

cara membuat santan lebih pekat

Haa, tengoklah hasilnya. Masih ada lagi kan hampas yang mendap sekali dengan cairan santan? Anda boleh buat atau mengulangi langkah ini dua atau tiga kali.

Letak dalam jag

Kemudian, untuk memudahkan proses pembungkusan, masukkan santan ke dalam bekas jag. Kemudian, perlu sediakan getah dan juga plastik.

cara simpan cecair santan dengan betul

Tuangkan santan segar tadi ke dalam plastik, kemudian ikat dengan ketat. Sekarang, siap santan segar buat sendiri dan bolehlah disimpan di dalam peti ais.

santan macam beli di kedai

Jimatkan kos dan duit kan? Taklah asyik terkena santan cair dan masam. Malahan tahap kebersihan pun lebih bersih dan terjamin. Kan? Mudahkan petua dan cara menyimpan santan segar supaya lebih kekal segar dan tahan lama.

Apa sekalipun, antara santan segar yang diparut berbanding dengan santan kotak yang berjenama seperti Kara dan sebagainya, santan kelapa asli adalah yang terbaik kerana kesegaran dan keaslian rasa santan tersebut.

Semoga perkongsian cara simpan santan segar agar lebih tahan lama dan kekal elok daripada Puan Afy Al-Habibi ini akan menambahkan pengetahuan anda dalam bidang masakan di dapur anda. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog