Zikir dan Doa Hilangkan Stress & Tekanan (Hati Kesedihan & Kesusahan)

doa menghilangkan stress

Bersifat sabar dan berfikiran positif menghadapi apa saja ujian daripada Allah SWT adalah sifat orang Mukmin yang sejati. Sebagai hamba Allah, kita wajib bersabar dalam apa jua halangan, ujian, kesedihan dan kesusahan, stress atau tekanan dan sebagainya dengan mengamalkan bacaan doa dan zikir untuk mendapatkan kekuatan diri.

Sesiapa pun diri kita pasti kita akan merasa kecewa dan tertekan dengan sebarang keadaan serta situasi tertentu. Tetapi, percayalah yang sebenarnya, semua itu adalah ujian dariNya yang menguji kekuatan dan kesabaran hambaNya dan penawar semua ini adalah doa kepada Allah Yang Esa.

Walau apa pun ujian, dugaan dan rintangan yang kita hadapi sehingga menyebabkan kita sedih, resah, gelisah dan hati tak tenang, kita wajib terus bersabar serta amalkan doa meminta kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan dan ujian tersebut.

Oleh itu, apa sekalipun situasi dan kecewa anda dengan kesedihan yang amat sangat, ingatlah sebagai orang Islam kita diwajibkan muhasabah diri seterusnya amalkan amalan-amalan yang sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Muhamad SAW sepertimana yang disampaikan melalui hadis.
Dan yang teramat penting sekali adalah berserah kepada Allah SWT dengan mengadu, meminta atau memohon doa kepadaNya untuk segala hajat yang kita inginkan tanpa segan dan malu, kerana Allah Maha Pengampun, Pengasih, Penyayang dan Berkuasa atas segala sesuatu.

Doa dan Zikir Menghilangkan Stress & Tenangkan Hati


Surah Al-A'raf Ayat 205 - 206
zikir penenang hati dan jiwa laillahaillah


Umat Islam diwajibkan sentiasa membasah lidah dengan alunan zikir memuji Allah SWT serta turut melembutkan suara ketika sedang berzikir dan jangan terlalu menggunakan suara yang terlalu tinggi.

Selain Nabi SAW, kita juga patut mencontohi para Malaikat-Malaikat Allah yang sangat patuh dengan suruhan Allah dengan berzikir kepada-Nya supaya hidup kita akan terus lebih tenang dan sempurna.

Dengan bacaan zikir juga kita akan dapat merasakan sangat takut dan rasa rendah diri kepada Allah SWT Tuhan sekelian alam kerana Allah Maha Mengetahu, Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.

Adab-Adab Berzikir dan Doa Dengan Betul


Apabila anda ingin berzikir, perlu diingatkan tindakan baik ini juga mempunyai adab yang perlu dijaga supaya semua amalan zikir dan doa kita yang dipanjatkan kepada Allah SWT akan dimakbulkan. Ianya terbahagi kepada tiga situasi iaitu:

Keadaan Hati
  • Selalu mengingati Allah SWT di dalam hati
  • Berzikir dengan rasa takut pada Allah SWT
  • Berzikir dengan rasa rendah diri
  • Dengan perasaan yang tenang dan khusyuk
  • Beri perhatian sepenuhnya kepada semua ayat

Keadaan Diri atau Fizikal
  • Zikirlah dengan suara yang lemah lembut
  • Bersihkan mulut dari sebarang kekotoran
  • Bersihkan diri daripada sebarang hadas
  • Pastikan tempat berzikir dalam keadaan suci
  • Zikir dengan khusyuk dan tenang
  • Elakkan zikir dalam keadaan tidak bersesuaian

Kawasan dan Persekitaran
  • Mengadap kiblat ketika sedang berzikir
  • Berzikir dengan imam setelah selesai solat Jemaah
  • Lebih afdal memahami setiap maksud zikir
  • Sebaiknya diamalkan selepas solat fardhu
  • Di dalam masjid atau surau lebih bagus

Peranan Zikir

  • Menimbulkan rasa sangat bersyukur kepada Allah SWT
  • Mententeramkan hati dan jiwa kita
  • Menjauhkan diri daripada melakukan sebarang maksiat
  • Memberi petunjuk kepada jalan yang benar
  • menjadi perisai peribadi diri dari gangguan iblis dan syaitan

Berikut adalah himpunan doa penenang hati serta zikir yang diambil daripada ayat-ayat Al-Quran yang boleh anda amalkan. Sesungguhnya ia agak pendek dan sangat mudah untuk anda hafal.

Doa Menghilangkan Tekanan Perasaan

Menghilangkan tekanan sebab hutang

Doa Kuatkan Hati & Semangat

Kuatkan hati dan semangat

Doa Menghilangkan Kesedihan & Kesusahan

doa untuk menghilangkan kesedihan dan kesusahan

Doa Mengelakkan Hutang Yang Banyak

Menghadapi kesulitan membayar hutang

Doa Ketika Menghadapi Kesusahan & Kesulitan

Ketika dilanda masalah yang sangat berat

Doa Untuk Kecerdikan & Kecerdasan

Yang terbaik untuk diri sendiri

Doa Penerang Hati

zikir untuk penerang hati

Doa Tenangkan Hati & Perasaan

Doa penenang hati yang gelisah

Doa & Zikir Penenang Hati


Akhir Kalam

Kita wajib memperbanyakkan berzikir supaya kita tidak tergolong di dalam kalangan makhluk-makhluk Allah yang lalai serta hidup di bumi ini tanpa sebarang tujuan. Sebaiknya jadikanlah Malaikat sebagai contoh yang terdekat kerana mereka sentiasa berzikir kepada Allah SWT tanpa henti.

Insya Allah, dengan amalan tersebut dapat mengurangkan tekanan dan fikiran walau ketika sedih yang amat mendalam malah inilah penenang hati dan yang akan membantu ketika kita putus asa serta dapatkan kuatkan semangat yang hilang.

Semoga perkongsian beberapa doa pendek hilangkan stress berserta zikir terbaik ini akan dapat membantu anda sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kesedihan dan kesusahan atau sebarang kesulitan yang anda alami. Semoga amal kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT, Amin YA Rabbal Ala Amin. - Bukit Besi Blog