Dalam kehidupan hari ini, ramai yang pernah ditipu dan telah menipu demi kepentingan diri dan sebab-sebab tertentu. Lelaki dan perempuan pasti ada yang tidak jujur dalam hubungan atau bercakap bohong.
Tetapi bagaimana untuk mengesan mereka yang tipu kita dan apakah tanda-tanda dan cara mengetahui orang menipu kita? Sebenarnya, ada tips dan kaedah untuk tahu kita akan ditipu oleh sesiapa saja.
Walau bagaimanapun, mereka yang sanggup menipu kita mempunyai sebab yang tersendiri sehingga sanggup berbohong sama ada untuk mengelakkan dari dihukum atau sebab lain yang empunya badan saja yang tahu.
Di sini dikongsikan tips untuk tahu manusia yang bercakap bohong dan punca-punca orang sanggup membohongi diri kita termasuk suami dan isteri, lelaki dan perempuan, kekasih, rakan dan sebagainya.
Cara Mengesan Orang Menipu Kita
Perkongsian seorang peguam menyatakan bahawa tips mudah untuk mengesan orang menipu melibatkan hanya dua anggota penting manusia iaitu mata dan telinga yang perlu dikuasai dan difahamkan dengan betul dan tepat.
Skill ini amat membantu untuk anda mengesan seseorang atau sesiapa sahaja yang sedang tidak bercakap benar dan ingin berbohong kepada kita.
Anda perlu percaya kepada gerak kata hati anda dan setiap penipuan itu pasti akan disertai dengan signal atau penunjuk. Bagaimana cara untuk kenal pasti mereka yang sedang berbohong.
Berikut beberapa kaedah untuk mengenal pasti orang yang sedang membohongi anda dan diharap anda membacanya dengan teliti dan fahamkan dengan betul.
1. Sila pandang anak mata dan dengar dengan teliti setiap apa saja yang diperkatakan oleh individu yang cuba menipu anda atau orang yang disyaki.
Mereka yang menipu tentunya akan cuba mengalihkan pandangan mata mereka dengan kerap serta tidak berani sama sekali memandang mata orang yang mereka sedang tipu (saving face).
Sains telah membuktikan bahawa otot yang mengawal pergerakan mata mempunyai mekanisma sama yang diproses di bahagian otak yang mengawal ingatan dan emosi.
2. Dengarkan tone suara, pattern percakapan (cara bercakap) dan apa yang paling penting adalah isi kandungan daripada percakapannya sendiri.
Jika mereka yang menipu itu adalah daripada orang yang kita kenali, tone suara ketika mereka sedang berbohong secara automatik akan berlainan daripada dalam keadaan normal bercakap dengan kita.
Sekiranya, mereka orang yang tidak kita kenal, sila perhatikan gaya percakapan. Percakapannya akan lebih kepada mendesak supaya kita percaya dengan apa yang diperkatakannya.
Pasti akan ada perkataan atau ayat-ayat yang diulang-ulang tanpa dipinta. Ia adalah satu proses untuk mendapatkan kepercayaan daripada orang yang mereka ingin tipu tersebut.
3. Elakkan menyampuk. Sebaliknya perhatikan ekspresi muka adakah ia sekata dengan apa yang sedang dikatakannya.
Mereka yang banyak mendiamkan diri daripada bercakap mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mengesan orang yang cuba menipu atau tidak bercakap benar.
CONTOH: Riak atau aura wajahnya kebiasaannya sama dengan keadaan emosi berbanding dengan fizikal orang berkenaan. Itulah selalunya terjadi kepada orang yang cuba berbohong.
Jangan percaya dengan keadaan 'luaran' suspek kerana ia berkemungkinan dibuat-buat supaya anda percaya apa saja yang dikatakannya.
4. Sekiranya perlu bertanyakan soalan kepada individu tersebut, tanyakan dengan nada yang amat tegas sambil mata kita memandang tepat ke dalam anak matanya.
Elakkan diri anda untuk senyum kepadanya biarpun perkara yang bakal ditanyakan itu mungkin akan kedengaran tidak logik atau lucu serta mengelikan hati sesiapa yang mendengarnya.
Semua tips yang dikongsikan di atas boleh juga untuk digunakan sewaktu berkomunikasi dengan anak anda untuk mengenal pasti adakah anak bercakap bohong atau untuk pasangan yang disyaki curang.
Kenapa Orang Sanggup Menipu
Mengapa manusia menipu dan apakah sebab orang sanggup berbohong? Sebenarnya, setiap sesuatu pasti ada punca dan sebab musabab, tetapi apakah sebabnya?
Seperti kata perkongsian seorang peguam daripada Messrs. Azimah & Co, adakah seorang peguam dapat mengesan sekiranya anak guamnya menipu?
Jawapannya adalah YA, cepat atau lambat, seseorang peguam pasti akan tahu walaupun anak guamnya cuba untuk sorokkan segala fakta.
Berikut adalah senarai beberapa sebab dan punca mengapa seseorang manusia itu sanggup menipu demi kepentingan diri sendiri dan sebagainya.
1. Untuk Mengelakkan Dari Melukai Perasaan Orang Lain
Penipuan ini biasanya akan dilakukan oleh seseorang yang rapat dengan anda seperti contoh seorang suami atau isteri, anak dan sahabat.
2. Mempunyai Motif Luaran Lain
Sebagai contoh mereka yang berbohong dalam kategori ini kerana mahu kekalkan jawatan perkerjaan, untuk meraih jualan, promosi, dapatkan perhatian orang dan banyak lagi.
3. Untuk Selamatkan Diri
Sebab yang ketiga ini berkait rapat dengan sebab yang kelima seperti yang dinyatakan di bawah, sila baca sebab yang berada di nombor 5.
4. Untuk Tunjuk Imej Diri Yang Baik
Sebab ini adalah bertujuan untuk mempersembahkan imej diri yang amat baik dan mengelakkan daripada 'rejection' dan ia memang benar.
5. Untuk Elakkan Dari Hukuman
Contoh budak yang berbohong kerana takut akan dimarahi ibubapa, pesalah yang membuat kesalahan menipu kerana takut didenda atau dipenjarakan dan lain-lain.
6. Untuk Melindungi Orang Tersayang
Tujuannya adalah untuk melindungi orang lain yang mereka sayangi atau seseorang yang mereka sukai termasuk kekasih, suami dan isteri, keluarga dan sebagainya.
Penipuan seperti ini biasanya akan dibuat oleh orang yang sangat rapat seperti suami, isteri, anak atau rakan karib.
7. Untuk Beri Semangat Pada Orang Lain
Sebagai contoh sila lihat karakter cerita kartun Popeye. Popeye sentiasa beritahu kepada semua anak-anaknya bahawa mereka boleh membesar dan jadi kuat seperti dirinya sekiranya kerap makan bayam.
Biasanya penipuan jenis ini memberikan impak positif kepada orang yang telah ditipu itu.
Punca Mudah Kena Tipu
Kadangkala sikap diri kita yang sentiasa ambil mudah dalam sesebuah perkara juga menjadi punca mudah kita sering ditipu oleh sesiapa saja termasuk scammer online.
Orang yang ingin menipu pula amat licik dan akan mengenali mangsanya yang ingin mereka tipu. Jadi, anda perlu bijak berfikir agar tidak mudah ditipu mereka.
Punca utama yang menyebabkan sesiapa sahaja yang mudah ditipu adalah dengan sikap sambil lewa dengan tidak memberi perhatian terhadap sesetiap satu perkara.
Begitu juga dengan penipuan atas talian iaitu online scammer yang perlu diambil perhatian dan jangan sekali-kali mudah percaya dengan setiap tawaran yang diberikan.
Ini termasuk penipuan yang dilakukan melalui panggilan telefon atau dari laman web tertentu. Apa sahaja yang membabitkan wang ringgit, haruslah anda berhati-hati.
Jangan terlalu mudah percaya, cara scammer menipu mempunyai bermacam cara dan taktik licik sehinggakan hampir seluruh mangsanya boleh ditipu dengan mudah.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan sesiapa pun boleh ditipu kerana terkadang suspek yang menipu sangat bijak memainkan peranannya sehingga orang yang profesional juga boleh ditipu.
Oleh itu, sentiasalah berhati-hati dengan setiap seseorang yang disyaki akan menipu anda dan mengambil langkah bijak untuk menangani masalah ini adalah perlu.
Cara Scammer Menipu
Berikut dikongsikan juga beberapa cara scammer yang cuba menipu mangsanya secara online atau offline. YouTuber Reemake menerangkan satu persatu.
Cara Mengatasi Penipuan Scammer
Dengarkan penjelasan daripada The Lawyer daripada channel YouTube Jumpa Kat Mahkamah bagaimana cara untuk mengatasi penipuan scammer dan sebagainya.
Kesimpulan
Dalam kes mereka yang telah pun membuat kesalahan, kebiasaanya sebab yang ketiga dan kelima adalah faktor mengapa mereka cuba menipu.
Begitu juga dengan seorang peguam profesional yang boleh tahu bila masa anak guamnya yang cuba berbohong atau ingin menyorokkan fakta.
Setiap manusia yang berbohong akan boleh diketahui dengan petunjuk dan petanda yang boleh kita perhatikan samada daripada percakapan, gerak geri tubuh badan, ekspresi wajah dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, diingatkan kepada anda yang cuba bercakap tidak benar dengan peguam, sila jauhi perbuatan tersebut kerana seorang peguam pasti akan tahu anda berbohong.
Jika anda mahukan seorang peguam itu melakukan tugasnya dengan baik dan teratur, bercakap benarlah supaya anda dapat diselamatkan daripada sebarang hukuman atau denda.
Jadi, janganlah cuba menipu orang lain demi kerana kepentingan sendiri atau dengan sebab yang tidak munasabah, selain mendapat dosa, akhirnya diri sendiri akan menanggung seksa.
Semoga perkongsian cara mengesan orang yang tak jujur, cara scammer menipu dan apakah sebab seseorang sanggup berbohong ini dapat memberikan pengetahuan kepada anda semua. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog