9 Jenis Makanan Yang Kucing Tidak Boleh Makan dan Bahaya

makanan yang tidak boleh dimakan kucing

Apakah makanan yang tidak boleh dimakan kucing dan tidak semestinya apa yang manusia makan, kucing pun boleh makan. Itu salah dan tidak sepatutnya berlaku.

Mungkin masih ada pecinta kucing yang masih tidak tahu apakah makanan yang sesuai untuk kucing selain ikan rebus, wet food atau sebarang jenis yang dijual di pasaran.

Sebenarnya, sebagai pecinta haiwan, anda wajib mengambil tahu sedikit sebanyak jenis-jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh si bulus anda.

Terkadang ada yang beracun, berbahaya dan berbisa. Kebiasaannya, kucing tidak memilih makanan dan akan makan apa sahaja yang kita berikan padanya lebih-lebih lagi ikan mentah.

Malahan kucing tidak boleh rasa makanan atau benda-benda yang rasanya manis, ia tidak memberi apa-apa makna kepadanya dan manis juga boleh memberhaya kepada haiwan ini.

Makanan Yang Kucing Tak Boleh Makan


kucing tak boleh makan apa

Kami kongsikan senarai beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh kucing berserta dengan sebab-sebabnya. Sila ambil tahu agar kucing anda sihat dan gemuk.

  • Susu atau produk tenusu
  • Keju dan coklat
  • Bawang merah dan putih
  • Anggur dan kismis
  • Doh atau roti
  • Telur mentah dan ikan mentah
  • Daging mentah
  • Panadol atau ubat manusia
  • Kopi, teh dan minuman tenaga

Pastikan anda tidak memberikan kucing makan makanan-makanan yang disenaraikan di bawah demi untuk kebaikan dan kesihatan kucing anda.

1. Susu Lembu

Mungkin anda pernah berikan pada kucing susu tetapi tidak semua jenis susu yang boleh diminum oleh kucing seperti susu lembu.

Semua jenis susu lembu perlu dielakkan tetapi jika susu kambing lebih digalakkan kerana proses susu lembu mempunyai Lactose manakala susu kambing tidak.

Sekiranya anda ingin membeli susu untuk kucing di mana-mana kedai atau Pet Shop, pastikan kandungan susu tidak mempunyai Lactose yang berbahaya untuk kucing.

2. Keju atau Coklat

Coklat sememangnya amat berbahaya kepada kucing malahan ia boleh membawa maut sekiranya dimakan. Biasanya, kucing tidak akan makan tetapi jika dipujuk pasti termakan.

Dalam coklat mempunyai ejen toksik yang dikenali sebagai Thebromie yang terdapat dalam hampir semua jenis coklat yang dijual di pasaran.

Biarpun coklat tersebut jenis warna putih, kalau kucing termakan pasti akan menyebabkan degupan jantung kucing menjadi cepat dan tidak normal seperti biasa.

Malahan, ada kes yang berlaku kucing mengalami sawan, menggigil teruk dan kritikal sehingga menyebabkan berlakunya kematian terhadap kucing kesayangan.

Diulangi sekali lagi, kucing tak boleh makan coklat. Jangan sesekali berikan makanan jenis ini kepadanya. Jauhilah sebelum terlambat nanti dan akhirnya anda menyesal.

3. Sebarang Jenis Bawang

Dalam masakan biasanya akan terdapat ramuan yang dicampurkan dengan bawang sama ada dalam jenis masakan tepung, goreng, kering atau mentah perlu dielakkan.

Makanan yang mempunyai bawang boleh menjadikan sel-sel darah merah yang dimiliki kucing anda akan jadi pecah secara tiba-tiba.

Apabila keadaan ini berlaku kucing akan terdedah kepada Anemia. Biarpun kuantiti makanan yang terdapat bawang diberikan kepadanya amat sedikit tetapi peratus bahaya masih ada.

Jadi, elakkan jenis makanan seperti ini sama ada sedikit atau banyak kerana jika ia kerap memakan makanan jenis pasti kucing akan keracunan dan akhirnya mati.

4. Anggur atau Kismis

Jauhi anggur dan kismis daripada kucing dan pastikan kucing tidak memakan buah-buahan ini kerana jika dimakan akan menyebabkan kegagal buah pinggang kucing/

Walaupun sekadar sedikit sahaja, ia tetap akan menyebabkan kucing anda akan sakit dan akan muntah-muntah dengan kerap yang berkemungkinan keracunan.

Baca : Koleksi Gambar Kucing Comel dan Manja

5. Roti atau Doh

Doh atau biasanya mempunyai yis dan akan mengembang. Apabila makanan ini dimakan kucing, ia juga akan mengembang di dalam perut kucing yang menyebabkan proses di dalam perutnya tidak lancar.

Setelah makanan ini memasuki perut kucing, perutnya akan kelihatan tegang dan buncit yang akan menyebabkan sakit perut yang tidak terkata sepertimana manusia sakit perut.

6. Panadol atau Ubat Manusia

Dalam masyarakat kita hari ini, ada yang berpendapat apabila kucing sakit atau demam, ia boleh diberikan ubat manusia seperti panadol atau ubat demam.

Sebenarnya, tanggapan itu amat salah sama sekali, antibodi kucing dan manusia amat berbeza dan ubat seperti panadol langsung tidak sesuai dengan kucing.

Malahan, bahan-bahan yang terdapat dalam panadol juga akan menyebabkan kucing sakit dan menderita seperti bengkak-bengkak dan sebagainya.

Ubat batuk atau sebarang ubat khas untuk manusia yang tidak sihat tidak sepatutnya diberikan kepada seekor kucing.

7. Telur Mentah dan Ikan Mentah

Ada sesetengah pecinta kucing mengatakan kucing boleh makan telur dan ada yang berkata sebaliknya. Apa pun sebenarnya, kucing tak boleh makan telur mentah.

Walau apa pun jenis telur mentah sekalipun, ia harus dielakkan kerana ia boleh menjadi keracunan makanan pada kucing selain terdedah dengan bakteria jahat.

Selain itu, protein yang terdapat dalam kandungan telur yang dikenali sebagau Avidin akan menyebabkan masalah pada bulu kucing serta masalah penyakit kulit pada kucing yang serius.

Begitu juga dengan ikan mentah yang hampir sama akibatnya sekiranya kucing memakan ikan yang tidak dimasak atau direbus, ia tetap berbahaya terhadap kucing.

8. Daging Mentah

Kucing juga tertarik dengan sebarang daging mentah dan mungkin anda pernah melihat kucing liar di mana-mana yang memakan makanan ini sama ada diberikan seseorang atau sebagainya.

Apabila situasi itu berlaku tidak bermakna kucing boleh makan daging mentah dengan selamat. Sebenarnya, daging yang tidak dimasak amat bahaya pada kucing.

Pastinya ada bakteria di dalam daging mentah yang berbahaya serta sebarang parasit atau cacing pita yang menjadikan kucing terdedah pada sebarang penyakit.

9. Kafein Kopi, Teh dan Minuman Tenaga

Semua jenis minuman yang mempunyai kandunga kafein di dalamnya kucing tidak boleh minum sepertimana seorang manusia meminumnya.

Jika terminum, kucing akan menjadi gelisah serta mengalami masalah pernafasan yang tidak normal atau dengan cepat. Begitu juga dengan masalah jantung kucing.

Jadi, elakkan memberikan pada kucing sebarang minuman jenis ini walaupun sekadar hanya suka-suka, akibatnya kucing yang menanggung sakit dan derita.

Makanan Manusia Yang Boleh & Tak Boleh Kucing Makan

Berikut adalah ilustrasi gambar yang dikongsikan oleh Emelia Veterinary Clinic berkaitan dengan apa yang boleh kucing makan daripada makanan seharian manusia.

makanan bahaya untuk kucing

Makanan Yang Bahaya Untuk Kucing

Berikut dikongsikan juga video berkisarkan tentang makanan yang tidak sesuai untuk kucing walaupun dimakan oleh manusia seperti kita.

Video YouTube yang amat menarik ini hasil perkongsian daripada channel Madam Kucing yang menerangkan tentang ini satu persatu, sila tonton dengan teliti.


Kesimpulan

Sekarang anda dah tahu apakah jenis makanan-makanan yang berbahaya dan tidak boleh diberikan kepada kucing kesayangan kan? Jadi, sila jangan berikan kepadanya supaya kucing anda terus sihat dan tiada penyakit.

Kucing yang sihat, comel dan gemuk sememangnya menjadi idaman ramai pecinta kucing. Oleh itu, jagalah kucing anda sebaik mungkin, pasti ia akan terus cute dan gebu.

Semoga perkongsian 9 jenis makanan yang kucing tidak boleh makan ini sedikit sebanyak akan membantu atau memberi pengetahuan kepada anda yang mencintai kucing. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog. Source: Preventievet