Senarai Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM

logo halal yang diiktiraf Malaysia

Kepada anda yang ingin semak, kami kongsikan senarai penuh logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi tahun 2021.

Senarai lengkap logo halal dan badan pensijilan halal luar negara ini telah dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Sejak daripada tarikh 1 Disember 2020, pihak JAKIM telah pun iktiraf sebanyak 84 logo halal daripada 46 buah negara dari seluruh dunia.

Senarai Logo Halal Yang Diiktiraf JAKIM


logo halal china yang diiktiraf jakim

Melalui laman Facebook rasmi JAKIM, Menteri tersebut menyatakan dengan adanya logo-logo halal ini semua pengguna boleh:

Kenalpasti sebarang logo halal dari luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM pada setiap produk yang diimport serta dijual di pasaran antarabangsa.

Memudahkan pengimport untuk mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal untuk mengelakkan keraguan dan kerugian.

Rakyat Malaysia yang pergi melancong ke luar negara akan dapat mengenali logo halal yang telah diiktiraf ini apabila berada di mana-mana negara.

Selain itu, apa yang menarik adalah pihak kerajaan Malaysia telah menyatakan akan melaksanakan pendigitalan kod bar produk makanan halal tidak lama lagi.

Ini bermakna, selepas ini rakyat Malaysia boleh menggunakan aplikasi logo halal yang boleh dimuat turun di telefon Android dan Iphone masing-masing.

Aplikasi ini adalah perlu bagi mereka yang sering pergi ke negara lain seperti untuk melancong, urusan kerja dan sebagainya.

46 Negara Yang Mempunyai Logo Halal JAKIM

logo halal korea

  • Australia
  • Austria
  • Argentina
  • Bangladesh
  • Belgium
  • Bosnia & Herzegovina
  • Brazil
  • Brunei
  • Canada
  • China
  • Chile
  • Croatia
  • Egypt
  • France
  • Germany
  • India
  • Indonesia
  • Iran
  • Ireland
  • Italy
  • Jepun
  • Kazakhstan
  • Kenya
  • Lithuania
  • Maldives
  • Morocco
  • Netherlands / Holland
  • New Zealand
  • Pakistan
  • Philippines
  • Poland
  • Portuga;
  • Singapore
  • South Africa
  • South Korea
  • Spain
  • Sri Lanka
  • Switzerland
  • Taiwan
  • Thailand
  • Tunisia
  • Turkey
  • Ukraine
  • United Kingdom
  • United States of America
  • Vietnam

Buat masa sekarang, cara nak tahu sama ada logo halal yang terdapat pada sebarang produk atau makanan, anda perlu merujuk kepada senarai yang dikongsikan.

Download Senarai Logo Halal

Logo halal adalah perkara pertama yang perlu dititikberatkan sekiranya anda berada di negara lain seperti Korea, Australia, China dan lain-lain.

Ini kerana apabila kita termakan sesuatu yang tidak dapat dipastikan halal dan haram pastinya ia amat meragukan kerana terdapat juga logo palsu.

Jadi, supaya perkara ini tidak berlaku kepada diri anda sendiri dan juga keluarga, sila semak status halal dan muat turun senarai tersebut melalui telefon anda.


Bahagian Pengurusan Halal JAKIM

Berikut adalah sedikit penerangan tentang bagaimana penilaian audit JAKIM dilakukan untuk diberikan logo halal kepada syarikat yang lulus.

Langkah tersebut dibuat adalah untuk menentukan kesahihan halal dan haram sesuatu barangan dengan teliti supaya ia boleh digunapakai oleh semua orang Islam.


Dengan adanya senarai lengkap yang terdapat tanda halal, semuanya akan menjadi mudah sewaktu anda berada di negara orang, hanya rujuk pada telefon.

Pastikan anda tidak tertipu dengan sebarang logo halal palsu dan sila buat semakan dan kenalpasti sebelum anda ditipu ketika berada di luar negara.

Semoga perkongsian senarai logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM ini akan dapat membantu serta memudahkan percutian dan urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog