1001 Cara Buat Duit Secara Online Tanpa Modal Dari Rumah

Cara buat duit online

Pasti ramai yang nak tahu apakah cara mudah nak buat duit secara online tanpa modal dengan hanya dilakukan di rumah menggunakan komputer dan telefon saja.

Sebenarnya, dalam sehari kita boleh buat kerja dengan guna handphone sambil goyang kaki dan bila tiba masanya hanya tengok duit dah masuk dalam akaun.

Banyak cara-cara untuk membuat duit dengan cepat tanpa keluarkan kos dan ada juga yang memerlukan sedikit wang permulaan iaitu deposit untuk proses pendaftaran dan sebagainya.

Di sini kami kongsikan beberapa cara terbaik untuk jana pendapatan walaupun anda seorang pelajar sekolah atau sedang study, semua orang boleh buat termasuk suri rumah atau kerja kampung.

Cara Buat Duit Online Tanpa Modal


Tanpa modal dari rumah

Dikongsikan bagaimana untuk anda menjana pendapatan secara atas talian dengan menggunakan talian internet sahaja tanpa perlu keluar mencari pelanggan atau pembeli, ya betul dan legit.

Tetapi diingatkan, setiap kerja memerlukan usaha yang tinggi dan kerajinan adalah perlu serta wang tidak akan datang kepada kita sendiri tanpa sebarang action atau tindakan.

Jadi untuk mendapatkan sumber kewangan dengan mudah, anda perlu berusaha seperti bersengkang mata, menaip, belajar dan faham tentang teknik serta cara-cara untuk mencarinya dengan tepat.

Semua tips dan pendapat tentang untuk membuat habuan di internet serta membuka bisnes yang dikongsikan adalah untuk mereka yang masih belum tahu tentang ini.

1. Menjana Duit Dengan Shopee

Tips jana pendapatan

Cara buat duit ini adalah antara yang popular pada zaman sekarang di Malaysia, iaitu dengan hanya set up kedai dan masukkan barang-barang yang ingin dijual.

Kemudian, monitor jualan seterusnya anda akan mendapat keuntungan daripada pembelian pelanggan tersebut tanpa perlu bersusah payah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana untuk menjadi Shopee Seller dan cara berniaga di antara laman jualan terbesar di Malaysia ini, sila lihat butang di bawah.

Oh ya, Shopee adalah lubuk duit yang amat diminati oleh ramai orang yang membuat bisnes atas talian yang mana ramai yang telah berjaya mendapat puluhan ribu sebulan.

Sekiranya anda nak tahu bagaimana cara untuk berniaga di Shopee sehingga boleh menjana jualan sebanyak RM4 ribu seminggu, sila lihat laman di bawah:


Laman yang dinyatakan di atas terbukti telah mengajar ramai orang yang ingin menjalankan perniagaan di laman Shopee dengan hanya buat dari rumah sahaja.

Shopee sememangnya amat terkenal dan sentiasa menjadi buruan ramai pembeli di Malaysia, ruginya rasanya jika anda tidak mengambil peluang untuk buat duit di Shopee.

2. Join Affiliate Percuma

Cara-cara nak dapat duit free

Apa itu affiliate marketing? Mungkin ada yang tak tahu bagaimana untuk jana duit dengan sistem affiliate dan apakah maksudnya?

Maksud affiliate dalam Bahasa Melayu, saya tidak pasti apakah jawapan yang tepat tetapi apa yang saya faham adalah kita menjual barang orang lain.

Kita mendapat keuntungan secara atas angin tanpa mengeluarkan sebarang modal. Contoh, kita tolong jualkan barang-barang daripada Shopee, kemudian kita dapat komisyen daripada hasil jualan tersebut.

Syarikat affiliate di Malaysia juga makin banyak dan anda boleh memilih yang mana yang terbaik serta yang membayar komisyen yang paling tinggi.

Selain itu, anda wajib mencari barang affiliate yang mudah dijual dan mempunyai pembeli tersendiri tanpa mengikut musim tertentu.

Untuk mengetahui tentang affiliate dan tips berjaya dengan lebih mendalam, anda boleh rujuk butang di bawah yang mana ia akan menerangkan secara terperinci dan terus saja mendaftar.


Berikut adalah beberapa company yang menyediakan program affiliate yang boleh anda join dan senarai tersebut dipilih mengikut yang paling terbaik.


3. Jual Bakat dan Kebolehan

Aplikasi buat duit dengan google

Jika anda mempunyai kelebihan seperti melukis, membuat logo, menulis cerpen, membuat video, bersuara sedap dan lain-lain, itulah bonus untuk anda kerana boleh menjual servis tersebut.

Sebagai contoh, jika anda boleh melukis dengan baik, kebolehan yang anda ada itu boleh dijual dengan melukis serta jual hasil lukisan tersebut di laman tertentu.

Begitu juga dengan menulis, terlalu banyak laman web yang memerlukan khidmat penulis dan yang memerlukan artikel.

Jadi, anda boleh menulis sebarang artikel berkaitan dengan tajuk yang dikehendaki oleh website tersebut dan hantar kepada mereka. Seterusnya, anda akan dibayar.

Harga pembayaran sesebuah artikel pula tidak menentu berdasarkan pemilik website masing-masing. Walau bagaimanapun, di bawah adalah contoh website terbaik.


4. Cara Buat Duit Dengan Blog

Bisnes online terbaik

Jika anda mempunyai blog atau website sendiri berserta dengan domain, banyak cara untuk buat duit dengan menggunakan laman web sendiri. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Google Adsense
  • Shopee
  • Lazada
  • Dan banyak lagi

Sebagai contoh, jika anda mempunyai blog blogspot seperti yang sedang anda baca sekarang, anda boleh buat mengikut kreativiti sendiri dan memasukkan iklan affiliate dan sebagainya.

Seterusnya, dengan laman Shopee seperti yang diterangkan di atas, anda boleh membuat review sebarang produk-produk yang sentiasa dicari oleh orang ramai.



5. Jual Gambar Online

Modal kecil untung besar

Anda boleh jual gambar, jika anda seorang yang tahu mengambil gambar dengan menggunakan camera serta tahu edit gambar supaya ia kelihatan lebih komersial dan profesional.

Banyak syarikat besar yang boleh menjadikan tempat untuk menjual hasil suntingan gambar anda tersebut dan anda hanya perlu muat naik sahaja dan menunggu gambar anda dibeli.

Keuntungan daripada hasil jualan gambar adalah mengikut kuantiti dan kualiti gambar malah ada yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM2000 sebulan.

Berikut adalah beberapa website terbesar dan terkenal dengan gambar-gambar photography yang berkualiti yang boleh anda jual:



6. Jual Kraftangan Online

Kaedah memulakan perniagaan sendiri

Cara ini pula hampir sama dengan nombor tiga yang mana ia berkaitan dengan kebolehan dan kreatif untuk menghasilkan kraftangan daripada kerja tangan sendiri.

Anda boleh menjual kraftangan yang anda buat sendiri secara online melalui beberapa website yang terkenal dengan handicraft seperti berikut:



7. Menjadi YouTuber Berjaya

Cara mudah buat duit

Menjadi YouTuber terkenal adalah salah satu cara buat duit online yang paling mudah pada zaman sekarang dan ramai yang telah berjaya melakukannya.

Untuk membuat Vlog yang disukai penonton sebenarnya tidaklah susah, anda hanya perlu melihat permintaan terkini selain mempunyai kreativiti tinggi untuk menghasilkan video.

Di Malaysia, beberapa YouTuber yang terkenal hanya buat video masakan sahaja, ada yang hanya membuat review produk dan ada yang menunjukkan aktiviti memancing saja.

Banyak cara, tips dan teknik untuk membuat video yang terbaik dan disukai oleh ramai penonton di YouTube. Mungkin anda boleh hasilkan video berkaitan dengan tempat menarik dan sebagainya.


Banyak lagi cara terbaik untuk mula menjana pendapatan online seperti guna Tik Tok, Bigo, Aplikasi Fingo dan semestinya Facebook yang semakin menjadi perhatian orang Malaysia.

8. Bisnes Makan Delivery

Margin rendah untung tinggi

Bisnes ini juga antara yang terbaik dan boleh dibuat secara online untuk mengambil tempahan serta penghantaran makanan pula tidak terlalu susah.

Percaya atau tidak yang bisnes makan delivery ini sangat mudah dengan menggunakan kos permulaan yang amat rendah dan mempunyai permintaan yang tinggi.

Mungkin ada tertanya, nak jual makanan apa dan adakah customer yang akan membelinya? Ya, ada, pelanggan pembeli makanan sememangnya sangat ramai.

Idea untuk menjual makanan apa yang sesuai dan cara untuk memulakan bisnes mudah ini, semuanya diterangkan dalam laman yang disertakan di bawah:


9. Aplikasi Jana Pendapatan

App cash Malaysia

Dengan aplikasi pun boleh buat duit tanpa keluarkan modal satu sen pun. Hanya install dan ikut arahan yang diberikan, tunggu duit dalam akaun akan dimasukkan.

Ada yang berpendapat, pendapatan daripada aplikasi tidak seberapa dan ia membuang masa. Salah sama sekali, ada yang berpendapatan ribuan ringgit dengan aplikasi.

Perkara yang paling utama adalah keinginan dan rajin mencari wang dengan bersungguh-sungguh, pastinya akan mendapat ganjaran kemudian.

Berikut adalah senarai beberapa aplikasi yang boleh anda cuba. Walau bagaimanapun, ada pendapatan dari apps yang akan anda dapat dalam bentuk point atau baucer.

Seterusnya ditukarkan kepada wang tunai dan anda boleh cashout setelah jumlah pendapatan anda mencapai had yang boleh dikeluarkan melalui online banking.

Senarai aplikasi yang dikongsikan kebanyakannya daripada luar negara dan ada yang memerlukan anda menggunakan akaun PayPal untuk mengeluarkan pendapatan anda.


Aplikasi Mistplay agak istimewa yang mana dengan main game dapat duit cash dalam USD. Tak percaya? Anda boleh cuba lihat dan buat penilaian sendiri.

Senarai Bisnes Modal Rendah

Affiliate sampingan

Selain cara buat duit online tanpa guna modal, anda boleh juga buat bisnes sekiranya mempunyai duit simpanan untuk menjalankan perniagaan.

Berikut dikongsikan senarai beberapa bisnes yang menggunakan modal rendah dan untung yang agak tinggi berdasarkan usaha dan kerajinan seseorang peniaga itu.

Cara untuk memulakan setiap perniagaan memerlukan ilmu berniaga dan idea yang bernas untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan selain keinginan yang tinggi.

Tanpa ilmu perniagaan yang betul pasti bisnes akan lingkup atau mengalami kerugian yang teruk. Oleh itu, belajarlah dulu sebelum buka sebarang bisnes nanti.

Antara senarai perniagaan yang boleh anda pelajari daripada mereka yang lebih arif tentang berniaga, anda boleh rujuk senarai di bawah:


Penutup

Sebenarnya, masih banyak cara-cara buat duit secara online dengan mudah dan cepat tanpa modal satu sen pun yang boleh anda lakukan. Namun, yang dinyatakan di atas hanyalah sekadar cadangan serta ada yang memerlukan kos permulaan.

Untuk menjana pendapatan apa sekalipun, usaha dan kerajinan amat diperlukan untuk merealisasikan impian setiap orang. Tanpa usaha makan tiadalah pendapatan, tuah tidak akan datang bergolek.

Semoga perkongsian cara nak buat duit online yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda dan memberikan idea untuk memulakan bisnes apa saja. Semoga sukses dan berjaya. - Bukit Besi Blog