
Kuih tepung bungkus yang dianggap klasik dan legend biasanya dibuat guna daun pisang yang disukai ramai sejak zaman dahulu kala.
Resepi tepung bungkus pula dikatakan berbeza mengikut negeri seperti di utara, Kelantan, Terengganu, Johor dan sebagainya.
Tapi, cara untuk membuat kuih tradisional ini sama saja sama ada tanpa daun pisang kerana bahan-bahannya tak banyak beza.
Walau bagaimanapun, sekarang dah moden, ramai pakar masakan mengolahkan kuih tepung bungkus ini mengikut kreativiti sendiri.
Resepi Kuih Tepung Bungkus Sedap

Berikut dikongsikan resepi kuih tepung bungkus yang paling sedap guna tepung gandum, tepung beras dan tepung pulut.
Semestinya santan kelapa fresh wajib ada untuk dapatkan rasa lemak dan lembut bila dimakan selain untuk dibuat inti.
Ada orang kata untuk lebih sedap pastikan guna tepung beras siam atau Thailand. Yang biasa tak best sangat katanya.

1. Bahan-bahan inti:
- 1 biji kelapa muda yang diparut
- ¼ blok gula kabung / gula melaka
- 1 sudu gula pasir
- 1 sudu tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- Sehelai daun pandan
2. Bahan-bahan untuk tepung bungkus:
- 1 senduk beras
- 1 cawan tepung beras
- 300ml santan segar
- secubit garam
3. Bahan-bahan pembalut inti:
- 6 sudu tepung pulut
- Sedikit air untuk membancuh
4. Daun pisang
Cara-cara membuat :

Pertama sekali rendam beras selama lebih kurang sejam sebelum nak buat tepung bungkus.

Untuk masak inti kelapa. Anda perlu campurkan kelapa dengan gula kabung, gula putih dan garam. Setelah masak, ketepikan inti.
Sila lap daun pisang dan layur di atas api dulu. Kemudian, potong daun pisang anggaran lebar 6 atau 7 inci.

Inti kelapa yang telah sejuk tadi, kita bentukkan samada bulat-bulat atau bujur panjang ikut selera masing-masing.
Saya lebih suka bentuk bujur dan panjang, puas makan dan lebih banyak tepung dan isinya.
Setelah inti dibentuk, bancuhkan tepung pulut dengan sedikit air sehingga membentuk doh (macam doh buah melaka atau onde-onde).
Kemudian balutkan inti di dalam doh tepung pulut ini. Setelah siap ketepikan dulu sementara.

Untuk masak tepung bungkus, toskan beras yang direndam lalu blender dengan sesuku cawan air.
Selepas itu, masukkan ke dalam periuk bersama tepung beras, santan dan garam.

Kacau adunan sehingga jadi pekat dan kental. Setelah kental, terus sediakan daun pisang dan inti yang telah dibungkus dengan tepung pulut tadi untuk dibungkus.
Cara membungkus :
Masukkan satu sudu tepung yang dimasak, letak di atas daun pisang. Nak bubuh lebih 1 sudu pun boleh, ikut selera anda .

Letakkan inti yang telah dibungkus dengan tepung pulut di atas tepung.
Bungkus dengan kemas dan cantik. Setelah siap semuanya, boleh la kukus untuk selama 15-20 minit.

Setelah masak, hidangkan dalam pinggan dan sedia dinikmati.
Resepi tepung bungkus ini adalah hasil ilmu mak mertua Puan Hasniza Hamzah yang berkongsi cara masak kuih tradisi ini.
Ia terbukti sangat sedap dan lain dari yang lain. Mungkin sebab guna beras yang di blend. Rasa lemak elok je puas hati makan.
Gambar-gambar kuih air tangan orang kampung ini adalah perkongsian daripada Puan Hasniza dan juga Puan Mariam Umar.
Sebenarnya, tak susah sangat cara nak buat tepung bungkus ni, hanya ikut step by step dan telitikan kuantiti bahan.
Ada yang berpendapat kuih tepung bungkus Kelantan sedap juga guna sukatan cawan dan inti guna gula nisan.
Semoga resepi tepung bungkus kuih klasik ini akan membantu anda untuk menyajikan masakan ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog