Anda sedang mencari senarai pejabat cawangan KWSP Perlis terdekat dan kiosk atau kaunter serta alamat lengkap dan nombor telefon kerana ada urusan penting?
Kami kongsikan senarai lengkap cawangan pejabat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja bagi negeri Perlis supaya dapat memudahkan anda untuk berurusan dengan KWSP.
Selain itu, disertakan juga nombor telefon dan alamat penuh setiap lokasi KWSP yang berkaitan dan anda boleh pergi ke sana berpandukan panduan yang diberikan.
Senarai Cawangan KWSP Negeri Perlis
Pejabat KWSP Kangar
Ground Floor, Podium Block,
EPF Building, Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar
Perlis.
No. Telefon : 03-8922 6000
No. Faks : 04-976 7996
Waktu Operasi
Pejabat: Isnin-Jumaat (8.00 AM hingga 5.00 PM)
Kaunter: Isnin-Jumaat (8.30 AM hingga 4.30 PM)
KWSP Customer Service Contact Number
Untuk memudahkan setiap urusan KWSP ahli pencarum dan majikan, anda boleh membuat temu janji online menerusi laman rasmi dan boleh juga menghubungi talian hotline Pusat Khidmat Pelanggan sekiranya mempunyai komen, cadangan dan sebagaibya melalui saluran berikut:
Nombor Telefon
03–8922 6000
Nombor Faks
03 – 8922 6222
Portal Rasmi
https://www.kwsp.gov.my/
Email : enquiry(at)kwsp.gov.my
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan)
Senarai Mesin Kiosk KWSP di Perlis
Berikut adalah senarai mesin kiosk KWSP bagi negeri Perlis yang mana kebanyakannya ditempatkan di beberapa lokasi bank terkenal seperti CIMB, RHB, Maybank dan sebagainya.
Disertakan juga alamat lokasi dan waktu operasi cawangan kiosk pihak ketiga ini untuk memudahkan anda yang mempunyai urusan yang berkaitan dengan KWSP.
CIMB Kangar (CIM09F0001)
Isnin - Khamis: 9.15AM - 4.30PM
Jumaat: 9.15AM - 4.00PM
44-47, Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis
RHB Kangar (RHB09F0001)
Isnin - Jumaat: 9.15AM - 4.15PM
41 & 43 Persiaran Jubli Emas,
Tmn Suriani 01000 Kangar,
Perlis
Maybank C-Mart Arau (MBB09F0001)
Isnin - Ahad: 10.00AM - 10.00PM
Lot K-9 & K-10,
Kompleks Arau Pekan Tok Arau,
02600 Arau, Perlis
Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pengurusan KWSP anda boleh terus pergi ke cawangan-cawangan KWSP terdekat dan antara urusan tersebut seperti :
- Pendaftaran
- Caruman
- Pengeluaran
- Penamaan
- Pembayaran
- Pertanyaan
- Penguatkuasaan
- Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)
Manakala untuk mesin kiosk KWSP pula, antara urusan yang boleh dilakukan dengan kiosk termasuk kiosk pihak ketiga adalah seperti berikut:
- Aktivasi TAC
- Pendaftaran Ahli
- Pendaftaran i-Akaun
- Cetak Penyata
- Semak/Kemaskini Profil
Anda tidak perlu pergi ke pejabat KWSP cawangan negeri Perlis sekiranya terdapat kiosk yang berdekatan dengan tempat tinggal jika urusan berkaitan dengan TAC atau untuk cetak penyata, ia lebih mudah dibuat di mesin sahaja.
Semoga perkongsian senarai alamat dan nombor telefon pejabat cawangan KWSP Perlis berserta dengan waktu operasi kaunter dan kiosk ini akan dapat membantu dan memudahkan urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog