Cawangan JPJ Negeri Kelantan (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Cawangan JPJ Kelantan

Senarai pejabat cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi daerah di negeri Kelantan dengan alamat lengkap, nombor telefon, faks dan waktu operasi perkhidmatan kaunter serta lokasi UTC.

Jika anda mempunyai sebarang urusan berkaitan dengan memperbaharui lesen memandu, road tax serta yang berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, anda boleh pergi ke cawangan yang terdekat.

Manakala, untuk kaunter JPJ di UTC (Urban Transformation Centre) waktu operasi dengan kaunter utama agak berbeza dan perlu melihat jadual waktu perkhidmatan yang dikongsikan di bawah.

Senarai Cawangan JPJ Negeri Kelantan


Di negeri Kelantan terdapat hanya tiga cawangan terbesar bagi Jabatan Pengangkutan Jalan yang boleh anda kunjungi serta di kaunter UTC JPJ seperti berikut:

Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan


Taman JPJ Panji
16100 Kota Bharu

Telefon: 09-7666000
Faks: 09-7641685
Koordinat: 6.1187784, 102.289249

Cawangan Machang

Batu 25 Jalan Kuala Krai
18500 Machang

Telefon: 09-9750340
Faks: 09-975 3188
Koordinat: 5.833436, 102.225973

Cawangan Gua Musang

Lot 1963-1964
Bandar Baru Gua Musang
18300 Gua Musang

Telefon: 09-9123788
Faks: 09-9123789
Koordinat: 4.863055, 101.956215

Waktu Operasi Kaunter JPJ Kelantan

Hari Waktu Kaunter Rehat Waktu Kaunter
Ahad - Rabu 7.45 AM - 1.00 PM 1.00 PM - 2.00 PM 2.00 PM - 4.30 PM
Khamis 8.00 AM- 12.00 PM 1.00 PM - 2.00 PM 2.00 PM - 3.30 PM

INFO : Hanya urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pembaharuan lesen memandu sahaja.

JPJ UTC Kelantan

Urban Transformation Centre
Bangunan UTC Kelantan, Jalan Hamzah, 75300,
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Open Daily: 8PM - 10PM
Tel: +60380008000

Waktu Operasi Kaunter UTC Kota Bharu

Hari Waktu Kaunter Rehat Waktu Kaunter
Ahad - Khamis 8.00 AM - 9.00 PM - -
Jumaat 8.00 AM- 12.00 PM 12.00 PM - 2.45 PM 2.45 PM - 5.00 PM
Sabtu 8.00 AM - 5.00 PM - -

Perkhidmatan di JPJ

Pejabat JPJ Kota Bharu

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan transaksi secara online seperti semakan saman, memohon lesen memandu dan sebagainya, anda boleh layari pautan JPJ portal:


Berikut adalah beberapa senarai perkhidmatan yang boleh dibuat di semua kaunter cawangan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan bagi seluruh negeri di Kelantan.

  • Permohonan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Permohonan Salinan LKM
  • Gantian Perakuan (RC)
  • Sambungan Perakuan Pendaftaran
  • Permohonan Pertukaran Hak Milik
  • Lesen Memandu Baharu (P ke CDL)
  • Bayaran Kompaun
  • Permit Pemandu Antarabangsa
  • Pembatalan Tuntuk E-hakmilik
  • Kemaskini Maklumat Peribadi
  • Pindaan Alamat Pemilik
  • Permohonan ID Awam Individu
  • Bayaran Balik LKM

Semoga perkongsian senarai cawangan JPJ di negeri Kelantan Darul Naim berserta dengan alamat lokasi, nombor telefon, faks dan koordinat ini akan dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog