Cawangan JPJ Negeri Perlis (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Cawangan JPJ Negeri Perlis

Senarai pejabat cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi daerah di negeri Perlis dengan alamat lengkap, nombor telefon, faks dan waktu operasi perkhidmatan kaunter serta lokasi UTC terdekat.

Jika anda mempunyai sebarang urusan berkaitan dengan memperbaharui lesen memandu, road tax serta yang berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, anda boleh pergi ke cawangan yang terdekat.

Manakala, untuk kaunter JPJ di UTC (Urban Transformation Centre) waktu operasi dengan kaunter utama agak berbeza dan perlu melihat jadual waktu perkhidmatan yang dikongsikan di bawah.

Senarai Cawangan JPJ Negeri Perlis


Di negeri Perlis terdapat hanya satu cawangan terbesar bagi Jabatan Pengangkutan Jalan yang boleh anda kunjungi serta di kaunter UTC JPJ seperti berikut:

Jabatan Pengangkutan Jalan Perlis


Jalan Jejawi Permatang
02600 Arau, Perlis

No Telefon: 04-976 0122 / 04-976 0097 / 04-976 6370 / 04-976 6361
Faks: 04-9760911
Koordinat: 6.443108, 100.234145

Waktu Operasi Kaunter JPJ Perlis

Hari Waktu Kaunter Rehat Waktu Kaunter
Ahad - Rabu 7.45 AM - 1.00 PM 1.00 PM - 2.00 PM 2.00 PM - 4.30 PM
Khamis 7.45 AM- 12.00 PM 1.00 PM - 2.00 PM 2.00 PM - 3.30 PM

INFO : Hanya urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pembaharuan lesen memandu sahaja.

Pejabat JPJ UTC Perlis

No. 2, Tingkat 2
Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Jalan Seri Sena 3
01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi Kaunter UTC Perlis

Hari Waktu Kaunter Rehat Waktu Kaunter
Ahad - Khamis 8.00 AM - 9.00 PM - -
Jumaat 8.00 AM- 12.00 PM 12.00 PM - 2.45 PM 2.45 PM - 5.00 PM
Sabtu 8.00 AM - 5.00 PM - -

Perkhidmatan di JPJ

Pejabat JPJ Kangar

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan transaksi secara online seperti semakan saman, memohon lesen memandu dan sebagainya, anda boleh layari pautan JPJ portal:


Berikut adalah beberapa senarai perkhidmatan yang boleh dibuat di semua kaunter cawangan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan bagi seluruh negeri di Perlis.

  • Permohonan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Permohonan Salinan LKM
  • Gantian Perakuan (RC)
  • Sambungan Perakuan Pendaftaran
  • Permohonan Pertukaran Hak Milik
  • Lesen Memandu Baharu (P ke CDL)
  • Bayaran Kompaun
  • Permit Pemandu Antarabangsa
  • Pembatalan Tuntuk E-hakmilik
  • Kemaskini Maklumat Peribadi
  • Pindaan Alamat Pemilik
  • Permohonan ID Awam Individu
  • Bayaran Balik LKM

Semoga perkongsian senarai cawangan JPJ di negeri Perlis Indera Kayangan berserta dengan alamat lokasi, nombor telefon, faks dan koordinat ini akan dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog