Cawangan JPJ Negeri Sembilan (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Cawangan JPJ Negeri Sembilan

Senarai pejabat cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi daerah di Negeri Sembilan dengan alamat lengkap, nombor telefon, faks dan waktu operasi perkhidmatan kaunter serta lokasi UTC terdekat.

Jika anda mempunyai sebarang urusan berkaitan dengan memperbaharui lesen memandu, road tax serta yang berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, anda boleh pergi ke cawangan yang terdekat.

Manakala, untuk kaunter JPJ di UTC (Urban Transformation Centre) waktu operasi dengan kaunter utama agak berbeza dan perlu melihat jadual waktu perkhidmatan yang dikongsikan di bawah.

Senarai Cawangan JPJ Negeri Sembilan


Di Negeri Sembilan terdapat hanya 3 cawangan terbesar bagi Jabatan Pengangkutan Jalan yang boleh anda kunjungi serta di kaunter UTC JPJ seperti berikut:

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan


KM. 5.5, Jalan Seremban - Tampin,
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

No Telefon: 06-6752150
Faks: 06-6777800
Koordinat: 2.686962, 101.970362

Cawangan JPJ Serting / Jempol

Bandar Sri Jempol
72100 Jempol

Phone Number: 06-4582157
Koordinat: 2.888381,102.409176

Cawangan JPJ Kuala Pilah

Jalan Melang
72000 Kuala Pilah

Contact Number: 06-4811180
Faks: 06-4818344
Koordinat: 2.735717,102.231269

Waktu Operasi Kaunter JPJ Negeri Sembilan

Hari Waktu Kaunter Rehat Waktu Kaunter
Isnin - Khamis 8.00 AM - 1.00 PM 1.00 PM - 2.00 PM 2.00 PM - 4.00 PM
Jumaat 8.00 AM- 12.15 PM 12.15 PM - 2.45 PM 2.45 PM - 4.00 PM

INFO : Hanya urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pembaharuan lesen memandu sahaja.

Pejabat JPJ UTC Seremban

UTC Ampangan
Plaza Angsana
70400 Seremban
Negeri Sembilan

Telephone : 06-760 4400 (UTC)

Waktu Operasi Kaunter UTC Negeri Sembilan

Hari Waktu Kaunter Rehat Waktu Kaunter
Isnin - Khamis 8.00 AM - 6.00 PM - -
Jumaat 8.00 AM - 12.15 PM 1.00 PM - 2.45 PM 2.45 PM - 6.00 PM
Sabtu - Ahad 8.00 AM - 5.00 PM - -

Perkhidmatan di JPJ

Pejabat JPJ Seremban

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan transaksi secara online seperti semakan saman, memohon lesen memandu dan sebagainya, anda boleh layari pautan JPJ portal:


Berikut adalah beberapa senarai perkhidmatan yang boleh dibuat di semua kaunter cawangan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan bagi seluruh negeri di Negeri Sembilan.

  • Permohonan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Permohonan Salinan LKM
  • Gantian Perakuan (RC)
  • Sambungan Perakuan Pendaftaran
  • Permohonan Pertukaran Hak Milik
  • Lesen Memandu Baharu (P ke CDL)
  • Bayaran Kompaun
  • Permit Pemandu Antarabangsa
  • Pembatalan Tuntuk E-hakmilik
  • Kemaskini Maklumat Peribadi
  • Pindaan Alamat Pemilik
  • Permohonan ID Awam Individu
  • Bayaran Balik LKM

Semoga perkongsian senarai cawangan JPJ di Negeri Sembilan Darul Khusus berserta dengan alamat lokasi, nombor telefon, faks dan koordinat ini akan dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog