Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5000 Mulai 15 Julai

i-Citra KWSP

Mulai 15 Julai 2021 semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra seperti yang diumumkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID 19.

Perlaksanaan i-Citra KWSP dijangka akan menyalurkan sebanyak RM30 Bilion kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan membuat pengeluaran daripada jumlah simpanan EPF untuk tempoh selama 5 bulan bermula daripada bulan Julai.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, i-Citra dilaksanakan bagi menampung perbelanjaan harian untuk semua rakyat selain Bantuan Khas COVID 19 yang telah diagihkan kepada mereka yang berkelayakan.

Malahan, PM turut menyatakan keputusan yang telah dibuat adalah sesuatu yang sukar kerana ia berkaitan dengan simpanan hari tua milik rakyat dan penyelesaian dibuat apabila memikirkan tentang kepentingan semua.

i-Citra KWSP : Cara Buat Permohonan Pengeluaran


Permohonan Pengeluaran iCitra KWSP

Pengeluaran i-Citra KWSP adalah kesinambungan daripada program i-Lestari dan i-Sinar yang telah pun tamat pada awal bulan Jun lalu dan kini pengeluaran ini adalah yang terbaru daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF).

Untuk membuat pengeluaran bulanan i-Citra, anda perlu memohon secara online melalui portal khas iaiti di https://icitra.kwsp.gov.my dengan mengisi setiap maklumat yang diperlukan.

Manakala, jumlah pengeluaran pula bernilai RM5000 untuk selama 5 bulan sehingga Disember 2021 dan RM1000 adalah pengeluaran bulanan maksimum bagi mereka yang layak berdasarkan kepada baki akaun 1 dan akaun 2.

Berikut adalah beberapa soalan-soalan lazim yang biasa ditanya oleh semua pencarum yang ingin memohon pengeluaran i-Citra KWSP 2021.

Berapakah jumlah pengeluaran i-Citra yang boleh dimohon?

Semua ahli KWSP berkelayakan boleh mengeluarkan sehingga RM5000 sahaja.

Bagaimanakah cara untuk memohon i-Citra?

Untuk memohon i-Citra KWSP perlu dibuat melalui portal KWSP mulai 15 Julai 2021.

Adakah i-Citra dan i-Sinar adalah perkara yang sama?

TIDAK, i-Sinar telah tamat pada bulan Jun 2021 dan i-Citra baru saja diumumkan pada akhir Jun 2021.

Berapakah jumlah pengeluaran i-Citra KWSP?

Jumlah keseluruhan adalah RM5,000 dan pengeluaran maksimum bulanan sebanyak RM1,000 sahaja.

Bilakah tarikh bayaran i-Citra dimasukkan ke dalam akaun pencarum?

Tarikh pembayaran i-Citra dijangka bermula pada bulan Ogos 2021 selepas permohonan dibuat.

Kesimpulan

Jika anda seorang pemilik akaun KWSP, disarankan bersiap sedia untuk membuat permohonan i-Citra yang mula dibuka pada umum pada 15 Julai nanti.

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana melaksanakan i-Citra khas untuk pencarum KWSP yang ingin mengeluarkan simpanan. - Bukit Besi Blog