Ucapan hari lahir untuk anak lelaki atau perempuan tersayang daripada seorang ibu serta ayah pasti akan lebih bermakna jika diiringi dengan hadiah birthday dan kad yang istimewa khas untuknya.
Pastinya anak akan merasa gembira dengan pemberian hadiah sempena ulang tahun kelahiran yang sentiasa dinanti-nantikan pada setiap tahun dan lebih menarik jika majlis hari jadi diadakan.
Ucapan selamat hari lahir untuk seseorang yang teristimewa dalam hidup kita pastinya berbeza dari segi kata-kata serta penghargaan, begitu juga untuk si anak yang tentunya disayangi oleh kedua ibu dan ayah.
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari ayat atau ucapan selamat hari jadi untuk anak dan masih tidak tahu apakah yang ingin diucapkan, jangan bimbang kerana di sini dikongsikan beberapa kata-kata yang sesuai.
Sebolehnya, jangan abaikan setiap kali tarikh hari ulang tahun kelahiran anak-anak anda tak kira kecil atau pun dewasa kerana tindakan ini juga sebagai penghargaan serta tanda kasih sayang.
Ucapan Hari Lahir Untuk Anak Tersayang
Berikut dikongsikan beberapa ucapan hari lahir untuk anak berserta dengan kad ucapan hari jadi khas untuk cahaya mata anda yang boleh anda berikan melalui telefon atau dicetak jika perlu.
Selain kata-kata hari lahir dalam Bahasa Melayu, disertakan juga beberapa ucapan hari ulang tahun untuk anak anda dalam Bahasa Inggeris sekiranya anda memerlukannya.
Untuk Anak Lelaki & Perempuan
Kau menjadikan setiap tahun kita sekeluarga lebih bermakna dan terus menyinari kehidupan ibu dan ayah dengan gelak tawa dan senyumanmu. Happy Birthday Anakku!
Hari jadi mu sentiasa membawa kenangan manis dan ia adalah tanda peringatan kepada ibu dan ayah untuk terus menyayangimu dan mengasihimu dengan penuh kasih dan sayang.
Setiap hari mak dan ayah sentiasa bersyukur kerana dikurniakan seorang anak lelaki yang baik budi pekerti dan pandai dalam pelajaran. Ibu sangat sayang dan ayah pula bangga mempunyai anak sepertimu.
Kau adalah harta yang paling berharga di dunia ini yang sentiasa menjadikan ayah dan ibu lebih kuat dan bersemangat untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan penuh kekuatan.
Selamat hari lahir anakku, hari ini semakin bertambah umur mu dan lebih bertambah bahagia ibu dan bapa kerana kau anak yang baik membuatkan kita sekeluarga lebih gembira dan istimewa.
Ayah harap di hari yang istimewa ini kau mendapat apa yang sepatutnya seorang anak lelaki dapat selain dari rasa sayang dan kasih kami terhadap hero kami selamanya.
Selamat hari jadi anak abah yang tersayang, semoga kehadiranmu di sisi akan terus membanggakan abah dan mak serta kepada bangsa, agama dan negara kita yang tercinta.
Barakallah Fii Umrik. Semoga segala penat lelah mu adalah satu keberkatan hidup dan semoga semua amal kebaikan mu akan dilipatgandakan dengan ganjaran pahala teristimewa dari Allah SWT. Amin.
Selamat ulang tahun kelahiran buat mu anak lelaki kesayangan ibu dan bapa. Kami sentiasa mendoakan agar kau diberikan kebaikan dalam hidup ini, dipanjangkan umur dan terus menempa kejayaan yang membanggakan.
Sanah Helwah anak lelaki mama yang disayangi, semoga dirimu dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, diberikan rezeki yang melimpah, terus berjaya dalam hidupmu dan menjadi hero kami selamanya.
Semoga dirimu sentiasa dala keadaan yang membanggakan kedua ibu bapa dan selalu dekat dengan Allah SWT yang maha mengetahui segala sesuatu termasuk semua amal kebaikan mu untuk dunia dan akhirat.
Ucapan hari lahir untuk anak lelaki yang mama dan papa sayang. Semoga segala impian dan harapan mu menjadi kenyataan yang boleh membantu semua umat di dunia dan menjadikan kami bangga atas kejayaan mu.
Selamat Hari Jadi istimewa untuk anakku yang tersayang. Semoga dirimu dikurniakan ilmu yang bermanfaat, diberi budi pekerti yang mulia, menjadi anak solehah, berhati lembut dan penyayang. Semoga dimudahkan rezekimu serta dipanjangkan umurmu.
Wahai anakku tercinta, ingatlah ayah dan ibu sentiasa menyayangimu dengan penuh kasih sayang dan tidak pernah sekali kami membenci. Kaulah kekuatan kami, kaulah semangat kami dan kaulah penyeri kehidupan kami. Selamat Hari Lahir sayang.
Aduhai anak mama dan papa yang cantik manis, semoga kau sentiasa gembira menjalani kehidupan ini dengan penuh ketabahan menghadapi segala kesulitan dan kesenangan yang sentiasa ada di mana sahaja. Happy Birthday darling.
Selamat Hari Lahir sayang, kamu adalah anak yang terbaik dan hebat, ibu dan ayah sangat bangga mempunyai anak sepertimu yang sentiasa memahami keluarga kecil kita. Ayah dan ibu sangat menyanjungi mu wahai anak.
Ketika kau dilahirkan ke dunia ini dengan tangisanmu yang comel itu, ayah dan ibu berjanji akan menjagamu sepertimana kami menjaga dan membelai diri kami kerana kau adalah sebahagian dalam hidup ayah dan ibu.
Selamat menyambut hari jadi sayang. Hanya sepotong doa yang ikhlas daripada ayah dan bonda yang kami hadiahkan untuk segala kebaikan dan kebahagiaan mu sayang, tiada yang lebih indah di dunia ini selain dari kau ada di sisi.
Selamat hari jadi baby! Semakin kau membesar, semakin bertamabah umur usiamu, begitu juga doa kami setiap hari agar kau sentiasa ditambahkan rezeki dan disayangi ramai orang dan selalu gembira selamanya.
Semoga segala impian dan harapanmu menjadi manusia yang berguna kepada ibu ayah, kepada agama, bangsa dan negara akan terus tercapai dengan semangat juang yang tidak pernah, insya Allah semuanya jadi kenyataan.
Selamat hari lahir sayang, kehadiran kau dalam hidup ini adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dengan wang ringgit kerana kau amat istimewa dan sangat bermakna dalam kehidupan kami sampai bila-bila sayang.
Tiada yang lebih indah di dunia ini melainkan ayah dan ibu memiliki puteri kami yang cantik manis ini. Keberadaanmu bersama kami telah mengubah kebahagiaan kami menjadi lebih bermakna selamanya sayang.
Kad Ucapan Hari Jadi Dalam English
Jika anda perlukan kad ucapan hari jadi untuk anak lelaki dan perempuan dalam bentuk gambar serta dalam Bahasa Inggeris, kami kongsikan birthday card tersebut seperti yang tertera di bawah yang boleh anda download secara percuma.
For Birthday Girl
Anda boleh pilih birthday card yang sesuai dengan kata-kata yang terdapat dalam setiap gambar-gambar di bawah untuk diberikan kepada anak perempuan anda.
For Birthday Boy
Berikut adalah 20 gambar birthday card untuk anak lelaki yang boleh dipilih mengikut kesesuaian ayat-ayat sepertimana yang ibu bapa mahukan.
Doa Sempena Hari Lahir Anak
Sambutan hari jadi disertakan dengan ucapan hari lahir untuk anak yang tercinta pasti tidak lengkap sekiranya tiada majlis kesyukuran atau doa yang sesuai untuknya.
Di bawah ini adalah bacaan doa hari lahir khas untuk sesiapa sahaja yang menyambut ulang tahun kelahiran yang boleh dibaca dalam rumi iaitu Bahasa Melayu dan jawi iaitu tulisan Arab.
Kesimpulan
Semoga di hari ulang tahun kelahiran anak tersayang ini akan lebih bermakna dengan kehadiran kedua-dua ibu bapa yang mengadakan majlis menyambut hari jadi yang dikhaskan untuk si anak.
Kepada ibu ayah pula jangan lupa untuk terus mendoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anak tersebut, bukan sahaja sempena hari lahir mereka sebaliknya lebih afdal setiap hari.
Semoga perkongsian ucapan hari lahir untuk anak tersayang ini dapat membantu serta memudahkan semua ibu bapa yang mencari kad selamat hari jadi atau kata-kata sesuai. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog