Aiskrim milo homemade akan jadi lebih sedap, lembut dan gebu kalau tahu cara nak buat dengan betul berpandukan kepada resepi serta bahan-bahan yang mudah supaya tekstur lembut jadi macam produk Nestle yang boleh beli di kedai.
Sebenar, cara nak buat ais aiskrim milo sangat mudah walaupun guna tiga bahan saja walaupun tanpa ovalette kerana yang penting ada blender dan tahu kaedah pembuatan langkah demi langkah agar ais krim anda menjadi.
Anda boleh buat dengan menggunakan plastik yang mana jenis batang dipanggil sebagai aiskrim Milo Malaysia atau guna cup sebagai acuan dicampur dengan whipping cream, topping dan sebagainya.
Resepi pula ada bermacam versi kerana ramai pakar yang membuat dengan kreativiti tersendiri dengan mencampurkan bahan-bahan yang sesuai sehingga hasilnya amat menakjubkan macam profesional cantik menawan.
Ada sesetengah orang, mereka campurkan buah strawberry, blueberry, pisang, ceri, mangga dan macam-macam lagi untuk dapatkan rasa yang berbeza dan menyelerakan, terpulang kepada diri masing-masing.
Kalau anak-anak suka makan, hari ini dah boleh cuba sebab bahannya sangat mudah nak dapatkan boleh beli kat kedai runcit je sekarang juga, kan? Jom tengok cara-caranya yang sangat simple.
Resepi Aiskrim Milo Homemade Paling Sedap di Malaysia
Perkongsian resepi aiskrim milo ini daripada Puan Ila Azman yang berkata, pada musim panas amat sesuai makan ais krim ini untuk sejukkan tekak dan tak perlu lagi nak membeli serta dapat jimat duit.
Buat sendiri sebab anak-anaknya suka makan dan boleh makan berhari-hari kalau buat banyak, berbaloi-baloi, rugi kalau anda tak cuba buat di rumah. Yang penting sedap, gebu dan puas hati sangat mudah caranya.
Bahan-Bahan Utama
- Satu tin susu cair
- Dua sudu besar susu pekat
- Satu penutup esen vanilla
- Satu sudu besar ovalette
- 3 sudu besar milo / serbuk koko
- Sedikit coklat chip untuk topping
Cara-cara menyediakan:
1. Wajib disatukan semua bahan dan blend guna mixer atau sebarang jenama blender. Sebaiknya dikisarkan dengan jangka masa yang lama untuk dapatkan tekstur yang gebu dan lembut.
2. Kemudian, masukkan adunan aiskrim ke dalam bekas plastik apa saja tak kira bentuk ataupun bekas ais krim milo yang biasanya anda beli seperti ditunjukkan dalam gambar.
3. Step terakhir, anda perlu simpan dan sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya semalam supaya ia beku dengan baik. Esoknya boleh cuba try makan dan tengok jadi ke tak. Senang kan?
Nota: Sukatan di atas hanya sesuai dengan bekas milo yang dibeli dan anda boleh lebihkan sukatan bahan jika nak letakkan dalam tupperware atau bekas yang lebih besar.
Selain resepi di atas, dikongsikan juga video tutorial cara-cara membuat aiskrim milo yang viral di laman sosial Facebook dan YouTube. Anda boleh tengok step by step sampai habis.
Cara Buat Guna 3 Bahan Saja
Berikut adalah video buat aiskrim milo dengan menggunakan 3 bahan saja yang tular sehingga jumlah tonton mencecah 8 juta view menarik perhatian orang ramai di seluruh dunia.
Buat Sendiri di Rumah
Video berikut pula daripada Channel YouTube Farah Ain yang menunjukkan bagaimana cara yang betul buat ais krim milo yang mudah dengan langkah demi langkah.
Step By Step
Ini pula daripada Facebook page Little Luv yang kongsi cara menyediakan ice cream milo style orang Malaysia dari awal sampai akhir. Best!
Kesimpulan
Haa kalau nak makan kenalah rajin buat dan cuba try and error tapi bila tengok tutorial cara pembuatan dan resepi aiskrim milo viral ni sangat mudah dan praktis.
Semoga perkongsian resepi aiskrim milo homemade yang sedap ini dapat membantu anda untuk mencuba resepi di atas dengan jayanya sampai puas makan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog