Cawangan JPN Wilayah Persekutuan Labuan

Jabatan Pendaftaran Negara Labuan

Berikut dikongsikan senarai cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi Wilayah Persekutuan Labuan termasuk alamat lokasi, nombor telefon, faks dan waktu operasi kaunter serta pejabat.

Jabatan Pendaftaran Negara adalah sebuah jabatan yang dikelolakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan ia bertanggungjawab untuk menentukan taraf kewarganegaraan setiap individu yang tinggal di Malaysia.

Malahan segala maklumat berkaitan dengan kelahiran, kematian, perkahwinan, penceraian dan pengangkatan, jabatan ini akan mengeluarkan dokumen seperti kad pengenalan yang melambangkan identiti seseorang dan sebagainya.

Selain ibu pejabat yang boleh dikunjungi atau portal, anda boleh juga pergi ke cawangan-cawangan yang terdekat sekiranya mempunyai urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak JPN seperti:

  • Kelahiran
  • Warganegara
  • Kad Pengenalan
  • Perkahwinan
  • Penceraian
  • Kematian
  • Pengangkatan

Lokasi Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) W.P Labuan


JPN Labuan Contact Number

Cawangan UTC WP Labuan

Jabatan Pendaftaran Negara UTC Wilayah Persekutuan Labuan
Aras 2, Bangunan UTC Pasar Sentral W.P. Labuan
87000 Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon:087-443 631
Faks:087-418004
Emel (@jpn.gov.my):adminlabuan

Waktu Operasi Kaunter UTC Labuan


Hari Waktu Kaunter Rehat Waktu Kaunter
Setiap Hari 8.00 AM - 5.00 PM - -
Jumaat 8.00 AM - 11.30 AM 11.30 AM - 2.00 PM 2.00 PM - 5.00 PM
* Tertakluk kepada Pengurusan UTC dan Arahan Pihak Berkuasa Negeri

Perkhidmatan JPN Online

Anda boleh juga melayari laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara untuk semakan maklumat lanjut tentang permohonan atau pendaftaran dan sebagainya secara online serta menyemak informasi lain seperti berikut:

  • Sistem MyTemuJanji
  • Pendaftaran Kelahiran
  • Status Permohonan MyKid
  • Semakan Status Kad Pengenalan
  • Gantian Kad
  • Memohon MYKAD, MYPR & MYKAS


Pusat Perkhidmatan Pelanggan

Berikut adalah saluran yang boleh digunakan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan, teguran, komen, cadangan dan teguran kepada pihak JPN samada guna panggilan atau secara online:

  • Nombor Telefon (03-88807077)
  • Hadir ke Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN
  • Surat Menyurat
  • Faks (03-88808288)
  • Emel (@jpn.gov.my): pro
  • Laman Web (SiSPAA): https://jpn.spab.gov.my

Kesimpulan

Semoga perkongsian senarai cawangan JPN bagi Wilayah Persekutuan Labuan ini dapat membantu serta memudahkan urusan anda dengan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog