Semakan Keputusan UPU Online Kemasukan Ke UA/IPTA 2021

Semakan UPU Online

Semakan keputusan permohonan UPU bagi melanjutkan pengajian untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kini boleh disemak secara online bermula pada hari Jumaat bersamaan 16 Julai 2021.

Melalui Berita Harian satu kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyatakan semua pemohon boleh buat semakan keputusan UPU 2021 secara atas talian bermula pada jam 12 tengahari pada hari tersebut.

Semakan Keputusan Permohonan UPU 2021


Tarikh keputusan upu 2021

Berikut adalah senarai senarai permohonan untuk pemohon yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA, antaranya adalah seperti berikut bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :

  • Universiti Awam (UA)
  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
  • Peringkat Sijil, Asasi & Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina UiTM
  • Sesi Akademik 2021/2022

Untuk membuat semakan keputusan UPU, sila semak dengan menggunakan pautan yang disediakan di bawah berpandukan IPT yang telah anda mohon seperti berikut :


Pengesahan penyetujuan surat tawaran rasmi dan telah menerima keputusan pula boleh dicetak mulai 17 Julai sehingga 26 Julai melalui laman IPTA dan ILKA dan perlu setuju dalam tempoh 10 hari sahaja.

Manakala, untuk pemohon yang gagal mendapat sebarang tawaran program sijil pula boleh membuat rayuan menerusi website UPUOnline untuk kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my bermula esok sehingga 26 Julai.

Untuk pemohon yang ingin membuat rayuan ke Kolej Komuniti serta ILKA, boleh dibuat permohonan secara terus ke institusi terbabit tanpa menggunakan permohonan rayuan di UPUOnline.

Walau bagaimanapun, untuk pemilihan permohonan rayuan pelajar berdasarkan pada kekosongan tempat yang akan ditawarkan mengikut setiap program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai.

Setiap tawaran yang diterima oleh pemohon UPU untuk sesi akademik 2021/2022 adalah keputusan yang muktamad yang ditawarkan oleh pihak KPT dan sebarang pertukaran tempat tidak dibenarkan.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan rayuan atau apa saja berkaitan dengan UPU, anda boleh hubungi talian berikut dan email berikut termasuk Facebook dan Instagram:

  • No Telefon : 03 – 8870 6765/ 6769/ 6121/ 6829/ 6751/ 6774
  • Email Address : emelupu(@)mohe. gov.my
  • Facebook : Kemasukan BPKP JPT
  • Instagram : KemasukanBkpa
  • Sistem Maklum Balas : UPUChat & Daftar Masuk

Semoga perkongsian panduan semakan UPU online dapat membantu para pelajar yang telah membuat permohonan untuk kemasukan ke IPTA bagi sesi 2021 dan 2022. - Bukit Besi Blog