Senarai Barang Baby & Ibu Yang Perlu Dibeli (Checklist Newborn)

Barang baby

Berikut adalah senarai barang baby dan ibu yang perlu dibeli samada ketika nak bersalin di rumah dan keperluan yang wajib ada semasa ke Labour Room di hospital atau sebagai persiapan kelengkapan bayi yang bakal lahir nanti.

Nak bersalin bukanlah sepertimana ketika nak balik ke kampung yang mana semua benda harus dibawa tetapi sekadar barang yang diperlukan sahaja dan jika tak cukup boleh minta pada suami bawa semula kemudian.

Sebelum melahirkan bayi adalah menjadi tanggungjawab suami dan isteri untuk memastikan segala perkara atau barangan yang diperlukan oleh ibu bersalin lengkap tanpa ada yang tercicir agar semua proses kelahiran berjalan lancar.

Senarai Barang Baby & Ibu Yang Perlu Dibeli


Dikongsikan senarai keperluan untuk baby dan ibu yang harus dibelikan sebelum bersalin, sebaiknya rancangkan pembelian barangan ini ketika bayi masih di awal kandungan agar semua barang ada di dalam checklist newborn.

Anda juga boleh rujuk gambar tips baby newborn checklist di bawah hasil perkongsian daripada Facebook page BreastFeedingIsSunnah yang bertujuan untuk semua ibu yang sedang hamil.

Barang keperluan bayi baru lahir harus dibeli

Barang Untuk Baby Baru Lahir

Senarai barang baby ke labour room

Untuk barangan bayi sebaiknya ibu atau ayah simpankan siap-siap dalam satu beg kecil khas untuk semua barang baby dan tugas suami akan memberikan pada nurse sewaktu isteri bersalin di wad nanti.

  • Baju lengan panjang berbutang depan–1 helai
  • Baju lengan pendek berbutang depan–1 helai
  • Mitten & booties – sepasang
  • Kain bedung – 1 helai
  • Lampin pakai buang – 2 keping
  • Tuala
  • Peralatan mandi

Senarai di atas adalah sekadar cadangan yang simple samada bersalin di rumah atau di mana-mana tempat yang menjadi pilihan ibu dan ayahnya.

Beg Baby Ketika di Hospital

Barangan ini adalah barang-barang yang dirasakan perlu sewaktu ibu akan bersalin di hospital bermula dari hari pertama di Labour Room sehinggalah hari ketika nak discharge (sekadar anggaran).

Labour Room

Kelengkapan baby baru lahir

  • Towel
  • Pampers
  • Baju lengan panjang (biasa)

Hari pertama

  • Pampers
  • Baju lengan panjang (lubang2)
  • Bedung

Hari Kedua

  • Pampers
  • Barut
  • Baju lengan panjang (biasa)
  • Stoking tangan & kaki
  • Bedung

Hari Ketiga

  • Pampers
  • Barut
  • Baju lengan panjang (lubang-lubang)
  • Stoking tangan & kaki
  • Bedung

Keperluan baby newborn

Untuk Labour Room anda hanya perlu pack dan letak 3 benda sahaja sebab baby masih baru lahir. Jika nak pakaikan barut pusat baby masih lagi belum kering.

Apabila bayi telah diserahkan kepada ibu, masa tu barulah boleh siapkan bayi dengan segala barut dan apa sahaja yang patut.

Extra Untuk Baby

Jika ada barang-barang bayi yang tak cukup anda boleh terus dapatkan beg extra untuk barangan bayi anda ini yang perlu anda sediakan sebagai back up atau stand by sekiranya diperlukan nanti ketika di hospital.

Barangan bayi

  • Barut lebih
  • Extra bedung
  • Lebihkan stoking kaki & tangan
  • Tuala lebih
  • Sapu tangan
  • Extra baju
  • Extra pampers
  • Extra baju (lengan panjang)

Keperluan Untuk Mandian Bayi

  • 1 set toiletries (small size)
  • Dalam bekas warna biru (gambar)
  • Baby shampoo
  • Baby bath
  • Baby lotion
  • Baby powder
  • Baby wipes
  • Baby oil
  • Cotton buds

Untuk barang baby yang lain, anda boleh masukkan sekali di dalam beg kelengkapan ibu yang mana ada di antaranya akan dipakai oleh bayi ketika nak balik ke rumah nanti iaitu:

  • Sepasang baju lengan panjang/pendek berbutang depan
  • Mitten & booties – dua pasang
  • Barut 3 helai
  • Lampin pakai buang 5 – 10 keping
  • Kain bedung – 2 helai
  • Topi
  • Selimut
  • Tuala mandi bayi
  • Tisu basah
  • Minyak telon

Barangan Untuk Ibu Bersalin

Checklist barang baby excel

Untuk barang-barang ibu sekiranya akan bersalin di hospital, boleh rujuk senarai yang disertakan di bawah. Jangan lupa semua barangan ini yang mana ia amat diperlukan.

List barangan bayi

  • Buku merah a.k.a buku mengandung
  • Kad pengenalan
  • Handphone
  • Kamera
  • Kain batik atau skirt labuh 2 helai
  • Blouse atau t-shirt menyusu 3 helai
  • Stokin 2 pasang
  • Shawl atau tudung 2 helai
  • Sweater
  • Selipar atau sandal
  • Maternity pad
  • Seluar dalam dan baju dalam secukupnya
  • Alatan mandian dan pengurusan diri
  • Minyak panas untuk sapu

Bakul Untuk Ibu

Wajib ada satu bakul untuk semua kelengkapan ibu semasa berada di dalam wad dan ini sangat penting untuk dibawa yang mana semuanya barangan asas diperlukan oleh ibu:

  • Termos
  • Air masak/mineral
  • Susu
  • Biskut/roti/oat/bijiran
  • Kurma/kismis
  • Air zamzam
  • Sudu dan garfu
  • Cawan

Nak lebih mudah atau tak mahu pening kepala, anda boleh lihat pautan Shopee berikut yang disediakan untuk memudahkan urusan anda dengan hanya survey set lengkap baby dengan harga yang murah sangat berpatutan.


Barangan Wajib Untuk Baby

Di bawah pula adalah senarai barang-barang yang perlu ada untuk seorang bayi tak kira samada bersalin di mana pun, barangan berikut adalah wajib untuk kemudahan baby anda nanti.

Senarai barang bayi dan ibu ke hospital

  • Botol susu
  • Berus pencuci botol susu
  • Breast pump
  • Breast pads
  • Puting baby
  • Nursing cover
  • Nursing bra
  • Nipple cream
  • Milk storage bottle or bags
  • Reusable ice pack
  • Cooler bag

Untuk breast pump dan botol susu boleh juga dimasukkan sekali ke dalam beg untuk ibu ketika akan berada di hospital nanti, just in case diperlukan.

Dobi Untuk Baby

Barangan berikut juga sekadar cadang sahaja yang mana anda boleh skip sekiranya tidak diperlukan seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

  • Detergent
  • Baku untuk baju kotor baby
  • Baldi untuk rendam baju muntah
  • Dryer rack untuk sidai baju baby
  • Dryer rack with clips untuk stokin etc
  • Baby hanger
  • Clips

Barangan Lain

  • Baby carrier/baby wrap
  • Stroller
  • Baby swing
  • Buaian elektrik+net+spring
  • Car seat
  • Baby cot
  • Walker
  • Baby dining chair
  • Baby safety gate
  • Dan lain-lain

Sebenarnya jika nak diikutkan segala keperluan banyak sangat yang perlu anda beli tetapi tak perlu beli serentak. Sebaiknya beli dengan secara sikit demi sikit pada tiap-tiap bulan ikut bajet dan kemampuan.

Apa yang penting perlu didahulukan dan yang tak perlu dibiarkan dahulu atau beli apabila sampai masanya nanti. Tak perlu terburu-buru untuk membeli kesemuanya dalam satu masa.

Senarai barangan keperluan baby baru lahir dan ibu yang akan bersalin samada di rumah atau hospital ini adalah daripada Puan Lynda Mokhtar dari laman Facebook.

Kesimpulan

Untuk memudahkan segala urusan anda ketika sebelum dan selepas kelahiran baby, anda boleh cetak senarai keperluan ini dalam bentuk file PDF atau Excel untuk dijadikan rujukan nanti.

Semoga dipermudahkan kelahiran untuk semua ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi nanti dan anda boleh juga mengamalkan zikir, bacaan Al-Quran dan doa-doa untuk ibu hamil supaya dimudahkan sewaktu bersalin nanti.

Sebelum seorang ibu bakal bersalin adalah wajib untuk menyenaraikan setiap barang keperluan untuk baby dan diri sendiri supaya proses sebelum dan selepas kelahiran akan selamat seperti yang diinginkan.

Diharapkan perkongsian tips dan senarai barang baby yang perlu dibeli serta barangan ibu yang harus disediakan sebelum bayi lahir akan bermanfaat buat anda sekeluarga. - Bukit Besi Blog