Untuk Renew SSM iaitu lesen perniagaan bagi semua peniaga boleh dibuat secara online dengan cara yang paling mudah di laman EzBiz atau perbaharui di kaunter cawangan, Bank Rakyat atau BSN dengan kaedah manual.
Sijil pendaftaran perniagaan bagi anda yang baru berniaga adalah wajib dan jika ia telah tamat tempoh melebihi daripada satu tahun ia tidak dapat diperbaharui semula kerana telah expired.
Anda digalakkan untuk renew ssm secara atas talian kerana dengan cara memperbaharui menggunakan kaedah ini semuanya jadi cepat dengan hanya di hujung jari sahaja tanpa perlu beratur di kaunter.
Renew SSM EzBiz Online | Kaunter | Bank Rakyat | BSN
Perkhidmatan untuk perbaharui lesen perniagaan melalui laman EzBiz adalah paling terbaik dan lebih senang dengan tawaran harga yang murah sepertimana di kaunter cawangan pejabat SSM.
Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan tidak membuat pembaharuan atau pendaftaran perniagaan di mana-mana laman pihak ketiga yang tidak dikenali kerana dibimbangi ada unsur penipuan.
Malahan, ada yang turut mengenakan harga pembayaran berlipatkali ganda daripada harga asal sepertimana yang dicaj oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan kadar yang berpatutan.
Oleh itu, sila berhati-hati dengan setiap laman web yang memberikan tawaran menarik tetapi harganya sangat tinggi daripada harga biasa untuk pembaharuan lesen perniagaan di Malaysia.
Berikut adalah cara untuk perbaharui lesen perniagaan SSM secara online menerusi laman EzBiz yang sah dan dipercayai dengan menekan pautan berikut: https://ezbiz.ssm.com.my/.
1. Layari Laman EzBiz
Pastikan anda telah melayari laman https://ezbiz.ssm.com.my/ dan kemudian menekan butang Sign Up untuk buat pendaftaran sebagai pengguna.
2. Buat Pendaftaran
Setiap individu yang ingin menggunakan perkhidmatan melalui portal EzBiz ini diwajibkan daftar sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Seterusnya masukkan semua maklumat yang dikehendaki seperti nama penuh dalam kad pengenalan berserta No IC atau Identity Card Information.
3. Pengesahan Untuk Aktifkan Akaun
Untuk mengaktifkan akaun sebagai pengguna, setiap individu diwajibkan untuk menghadirkan diri di mana-mana pejabat cawangan SSM yang terdekat dengan kawasan tempat tinggal anda, atau;
Anda juga boleh buat permohonan untuk aktifkan akaun ID pengguna di laman ini dengan cara menghantarkan segala dokumen-dokumen yang dikehendaki melalui email di ezbizactivation(at)ssm.com.my.
Antara dokumen-dokumen yang penting untuk pengaktifan akaun pengguna yang perlu dilampirkan bersama dalam emel tersebut adalah seperti dalam senarai berikut:
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang
- Sekeping gambar setiap pemohon dengan memegang IC di paras leher
- Wajib untuk pastikan setiap gambar adalah berkualiti dan resolusi tinggi
- Pastikan background gambar mempunyai latar belakang yang kosong
- Lain-lain dokumen seperti lesen memandu, sijil lahir atau nikah, passport, bil utility nama sendiri
Selepas penghantaran emel dibuat, pemohon akan menerima satu emel daripada pihak EzBiz akaun anda telah diaktifkan dan seterusnya pengguna boleh membuat sebarang transaksi di laman EzBiz Online.
4. Login Untuk Buat Transaksi
Selepas email pengesahan telah diterima dan telah berjaya mengaktifkan akaun, anda boleh buat transaksi untuk pembaharuan lesen perniagaan dengan login ke laman EzBiz dengan cara-cara berikut:
A. Layari laman https://ezbiz.ssm.com.my/
B. Login dengan menggunakan ID serta password yang telah didaftarkan
C. Pergi ke bahagian My Business Service dan klik pautan tersebut
D. Sila pilih pautan Renewal By Owners
E. Anda akan dapat melihat paparan pendaftaran perniagaan
F. Kemudian klik pada simbol ACTION untuk teruskan proses renew SSM
G. Buat semakan maklumat perniagaan anda dan isi borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1)
H. Sila pilihkan tempoh untuk pembaharuan perniagaan yang dikehendaki samada setahun hingga ke 5 tahun
I. Anda boleh buat pembayaran mengikut kaedah pembayaran untuk transaksi ini atas pilihan sendiri
J. Dalam jangka masa lebih kurang 10 minit selepas pembayaran dibuat anda akan menerima Perakuan Pendaftaran Perniagaan
Baca : Senarai Cawangan SSM Seluruh Malaysia
Mengapa Perlu Pilih EzBiz SSM Online?
Untuk sebarang transaksi dengan pihak SSM semuanya menjadi lebih mudah dan cepat dengan hanya melalui laman rasmi yang sah di EzBiz serta dengan kelebihan yang efektif dan selamat:
- Boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana jua
- Transaksi lebih mudah & pantas
- Beroperasi 24 jam setiap hari
- Tidak perlu beratur
- Pembayaran secara elektronik
Berikut pula adalah senarai transaksi atau perkhidmatan yang ditawarkan serta boleh dilakukan di website EzBiz Online walau di mana anda berada dengan keperluan talian internet sahaja:
- Pendaftaran Perniagaan
- Pembaharuan lesen Perniagaan
- Pembayaran kompaun lewat renew
- Penukaran maklumat pendaftaran
- Penutupan perniagaan (perniagaan masih aktif sahaja)
Cara Perbaharui SSM di Kaunter SSM, BSN & Bank Rakyat
Bagi anda yang perlu pergi ke kaunter atau ingin renew SSM secara manual, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan dengan menggunakan kaedah temujanji supaya tidak perlu beratur.
Berikut adalah pautan laman web untuk borang permohonan tempahan pendaftaran temujanji sekiranya ingin berurusan di kaunter pejabat SSM yang dipilih mengikut kawasan tempat tinggal iaitu:
https://www.ssm.com.my/pages/borang-temujanji.aspx
Selain itu, untuk memperbaharui lesen perniagaan SSM melalui kaunter bank juga mudah untuk dilakukan dengan pergi ke mana-mana cawangan BSN atau Bank Rakyat yang terdekat.
Harga Perbaharui Lesen Perniagaan SSM
Bayaran yang perlu dibayar oleh seorang peniaga adalah mengikut jenis perniagaan yang dijalankan samada besar atau kecil dengan harga yang berbeza sebagai berikut:
1. RM30.00 adalah untuk perniagaan jenis pemilikan tunggal dengan menggunakan nama diri sendiri seperti yang tertera dalam kad pengenalan masing-masing.
2. RM60.00 adalah untuk perniagaan pemilikan tunggal atau pun perniagaan yang mempunyai rakan kongsi dengan menggunakan nama tred.
3. RM5.00 adalah untuk bayaran pendaftaran bagi setiap cawangan yang ingin didaftarkan.
4. RM10.00 adalah pembayaran khas untuk Cetakan Maklumat Perniagaan.
Syarat-Syarat Untuk Renew Lesen Perniagaan
1. Untuk buat permohonan, pemohon haruslah seorang yang bertanggungjawab atau individu tersebut adalah pemilik perniagaan.
2. Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui sebelum tarikh luput pendaftaran pada bila-bila masa sahaja dalam jangka masa 12 bulan selepas tamat tempoh pendaftaran perniagaan.
Cawangan BSN & Bank Rakyat Seluruh Malaysia
Cara Perbaharui SSM Expired
Sekiranya perakuan pendaftaran perniagaan anda telah tamat tempoh melebihi jangka masa setahun, dikatakan tidak lagi boleh diperbaharui dan anda ingin mendapatkannya semula?
Ya, masih boleh dan mungkin akan didenda kompaun tertentu dengan kadar bayaran yang tidak terlalu membebankan dan anda boleh menghidupkan semula dengan nama perniagaan syarikat tersebut.
Walau bagaimanapun, ia berpandukan kepada nama perniagaan masih belum digunapakai oleh peniaga lain dan sekiranya tiada dalam rekod sistem SSM, bermakna anda perlu guna nama yang baru.
Jika pihak SSM mengatakan maklumat nama bisnes berkenaan boleh didaftarkan semula atau masih boleh digunakan, anda boleh dapatkan surat pengesahan pendaftaran perniagaan (Surat Reregister) di kaunter SSM.
Namun, bayaran sebanyak RM10.00 akan dikenakan kepada pemilik perniagaan sebagai pembelian untuk dokumen sokongan yang perlu diberikan kepada agensi yang terbabit sekiranya diperlukan.
Kesimpulan
Untuk sebarang pertanyaan, kemusykilan atau maklumat terkini yang berkaitan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, anda boleh mendapatkannya melalui portal rasmi dan media sosial SSM berikut:
- www.ssm.com.my
- www.fb.com/ssmofficialpage
- www.youtube.com/ssmofficialpage
- www.instagram.com/ssmofficialpage
- www.twitter.com/ssmofficialpage
Pusat Panggilan SSM Contact Number
No Tel: 03-7721 4000
No Fax: 03-7721 4001
Email Address
enquiry[at]ssm.com.my
Diharap perkongsian cara renew SSM EzBiz online berserta guna kaedah manual di kaunter pejabat cawangan termasuk di Bank Rakyat dan BSN ini akan dapat memudahkan semua urusan pembaharuan lesen perniagaan anda. - Bukit Besi Blog